Jalan TAR meriah diserbu menjelang Syawal, pengunjung sanggup bersesak pada jam 2 pagi. Kekal meriah seperti tahun-tahun lalu,   biar dikatakan jualan dalam talian banyak mendominasi  namun Jalan TAR terus kekal menjadi destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan Syawal.

Jalan TAR Meriah Diserbu Menjelang Syawal

Jalan TAR Meriah Diserbu Menjelang Syawal, Pengunjung Sanggup Bersesak Jam 2 Pagi
Raya setahun sekali. Jalan TAR menjadi syurga membeli belah bagi pengunjung dan lubuk duit bagi peniaga. Kredit gambar:- Hermann Zeindt

Dari petang menjelang malam membawa ke dinihari, jalan TAR berubah menjadi “pasar malam gergasi” yang penuh dengan lautan manusia, kesibukan peniaga dan sorakan tawar-menawar.

Dengan pelbagai pilihan baju kurung, baju Melayu, songkok, tudung, kain ela dan kasut, tempat ini menjadi tumpuan utama bukan sahaja warga kota, malah pembeli dari luar bandar yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pengalaman membeli-belah di tengah hiruk-pikuk kemeriahan raya. Biar masa menginjak ke dinihari namun sekitar jam 2 pagi, orang ramai masih berpusu-pusu di kawasan ini.

Bagi peniaga di sekitar Jalan TAR, fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap tahun menjelang Syawal, kawasan ini menjadi ‘syurga membeli-belah’ buat orang ramai yang mencari baju raya, tudung, songkok, kain ela, kuih raya serta pelbagai aksesori fesyen dengan harga yang lebih berpatutan. Ditambah pula dengan jualan murah dan promosi agresif, ramai yang sanggup berasak-asak demi mendapatkan tawaran terbaik.

Ads

Jalan TAR Meriah Diserbu Menjelang Syawal, Pengunjung Sanggup Bersesak Jam 2 Pagi

Jalan TAR Meriah Diserbu Menjelang Syawal, Pengunjung Sanggup Bersesak Jam 2 Pagi
Timbul rungutan  dalam kalangan pengunjung, air dijual pada harga RM10 per cup walau sewa hanya RM500 dikenakan DBKL. Ini kerana peniaga tahu lokasi ini adalah lubuk duit sepanjang Ramadan. Kredit gambar:- Hermann Zeindt

Pengunjung Masih Bersesak Pada Jam 2 Pagi

Isu kesesakan lalu lintas  dan kesukaran mencari parkir sering menjadi cabaran utama bagi mereka yang berkunjung ke Jalan TAR. Beberapa jalan utama di sekitar kawasan itu sering mengalami kesesakan teruk terutama pada hujung minggu dan malam-malam terakhir sebelum raya.

Walaupun sesak dan mencabar, ramai yang menganggap pengalaman membeli-belah di Jalan TAR sebagai sebahagian daripada tradisi raya yang tidak boleh ditinggalkan. Keseronokan memilih baju raya, menawar harga, dan menikmati makanan di gerai-gerai tepi jalan menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.

Ads

Bukan saja dipenuhi dengan peniaga berjualan tetapi busking dari penyanyi jalanan di kawasan sekitar menjadi nadi kemeriahan kenapa Jalan TAR tetap dikunjungi ramai saban tahun. Dan ini sudah pastinya berbeza jika membeli dalam talian sahaja.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Ads

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI