Jalan-jalan Cari Makan, Terkejut Jumpa Ikan Bakar Murah Harga Dua Ringgit

Share

Dah masuk cuti sekolah kan, tentu ada mak ayah yang dah mula rancang nak bawa anak jalan-jalan cari makan. Kalau lah dapat menikmati ikan bakar atau makanan laut bakar dengan harga berbaloi alangkah seronoknya.

Bagi Nadhirah Muhammad Arib percutiannya ke Tanjung Dawai, Kedah memberi kejutan kepadanya. Lagi-lagi bila dapat menikmati makanan dengan harga yang tidak dibayangkan.

Inilah ikan RM2

Kongsinya, “Makanan mahal terkejut, murah lagilah terkejut. Begitulah perasaan kami ketika misi JJCM ke utara minggu lepas.

Kat sini tau
Kat sini kedaiya

Kami mencari kedai di sekitar Tanjung Dawai, akhirnya berhenti dahulu di pasar untuk mencari ikan kering dan bilis. Tapi kami jumpa kedai makan yang mewah dengan sotong.”

Baca sini : Wanita ini kongsi waktu terbaik bercuti ke Kelantan, tempat wajib singgah

Gemuk gais. Ada banyak jenis sotong lagi

Ikan Kembung Bakar Hanya Dua Ringgit Seekor

Sudahlah sotongnya gemuk satu hal, murah pula tu. Adudu, teruja betul kami. Lagi terkejut ikan kembung bakar hanya dua ringgit seekor.

Masya-Allah tabarakallah nikmat manakah yang mahu kami dustakan.

Menu kami.

Ikan segar dengan harga murah memang bertambah-tambahlah kami makan.

Betul ke dua ringgit ni?” Saya tanya kepada penjaga cashier.

Iya, kalau boleh jual murah kami bagilah harga murah.” Responnya.

Ikan besar pun hadoi
Tak tahu nak pilih kononnya
Kenalah bergambar kat mercu tanda kan

Rasanya inilah kedai makan paling murah dan sedap sepanjang kami jjcm. Jadi gais jika ke Tanjung Dawai sila ke bangunan Arked ni. Kedai paling hujung sebelah surau. Makan sambil tengok bot nelayan.

Mingguan Wanita : Masa inilah seronok bila dapat bawa keluarga jalan-jalan sambil menikmati ikan bakar atau seafood sedap tepi laut. Dah boleh rancang percutian dari sekarang iya.

Sumber/Foto : Nadhirah Muhamad Arib

Published by
Netty Ah Hiyer