Kalau selalu kita masak umbut batang pisang, tak sangka rupanya batang pisang juga boleh dimakan. Dijadikan ‘jajan’ atau kudapan seperti kerepek yang rangup. Rasanya pula boleh tahan, sedap sangat.
Nak tahu macam mana rasanya, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Deanna Chee ini sebagai rujukan;
“Saya nak share dekat awak semua sejenis jajan rare iaitu Batang Pisang Rangup yang sedap yakmat!
Rugi tak cuba.
Bahan, cara masak dan tip boleh tengok di gambar, okeh.
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
Sebut saja resipi cheesecake mesti semua akan teruja. Maklum sajalah bukan mak-mak yang suka tapi anak-anak pun sama, kek keju katakan.
Rupanya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah susah sangat pun. Cukup bahan mesti menjadi. Malahan, ada juga yang mak-mak ikut citarasa masing-masing. Ada yang tambah bahan tertentu untuk rasa lebih sedap.
Sebenarnya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah remeh. Paling mudah dan cepat, lebih-lebih lagi bila anak-anak minta malam-malam. Inilah resipi yang diajar oleh doktor, cara buatnya yang hanya ambil masa sejam lebih dan menggunakan 3 bahan saja. Menarik kan!
Jam 8 malam anak-anak kata rasa nak makan kek. Saya terus kata, “Marilah teman Papa buat cheesecake, guna 3 bahan je. Nak?”
“Nak!” jawab Along (10 tahun), Angah (7 tahun 8 bulan) dan Aboy (4 tahun 6 bulan). Isteri di sebelah saya tersenyum.
Kek keju versi saya ini guna 3 bahan saja:
1) 250gm cream cheese
2) 6 sudu besar susu pekat manis
3) 4 biji telur ayam
Ilham ini datang selepas tengok satu rancangan masakan di TV, orang Jepun buat cheesecake versi mereka. Tapi mereka punya kompleks lagi, letak gula, esen vanila, beberapa sudu tepung gandum dan sebagainya. Saya ni manalah suka nak buat resepi kompleks jadi saya kenalah reka/cuba sendiri buat versi sendiri je….
Senang buat, tak ambil masa lama. Anak-anak kecil pun boleh buat. Sebelum jam 9.15 dah boleh makan. Cepat kan!
Bahan-bahan yang diperlukan.
Kacaukan cream cheese dan susu pekat manis. Pastikan ketul-ketul ni dikacau hingga hilang.
Bila sudah siap kacau cream cheese tadi, kacaukan pula telur kuning dan tak perlu kembang pun. Boleh saja minta anak tolong kacaukan telur kuning.
Putih telur perlu dikacau hingga jadi meringue. Tuangkan putih telur ke dalam bekas tinggi dan putarkan guna mixer.Kalau nak kacau manual guna tangan pun boleh.
Guna mixer jadi senanglah. Ini tekstur meringue daripada putih telur ni, kita sendukkan, ia tak jatuh ke bawah.
Masukkan kuning telur ke dalam adunan cream cheese tadi.
Kacau sebati.
Ini rupa adunan cream cheese + susu pekat manis tadi dicampur kuning telur.
Kemudian, masukkan meringue putih telur ke dalam adunan cheese. Kacau perlahan.
Selepas itu, sediakan loyang nak bubuh kek. Terbalikkan bekas,ukurkan dan bentukkan baking paper ni dari bahagian luar.
Alaskan baking paper dalam loyang, tuangkan adunan cheesecake 3 bahan ke dalamnya.
Buat water bath. Loyang kek tu diletakkan dalam bekas lain yang berisi air.
Panaskan oven pada suhu 175’ selsius sebelum masukkan adunan kek. Adunan kek secara water bath ini bakar pada 175’ selsius selama 45 minit.
Dah selesai 45 minit, jam 9 malam anak-anak excited nak makan cheesecake ni. Boleh periksa sudah masak atau tidak dengan menggunakan lidi sate.
Tak ada melekat, maksudnya kek sudah masak elok. Alhamdulillah.
Matikan suis, tutup semula pintu oven tetapi biarkan terbuka sikit, letak guna lidi sate tadi. Biarkan 10 minit lebih kurang.
Dah sejuk, keluarkan daripada oven. Beginilah rupa cheesecake versi saya.
Potong pun senang je. Takde pecah-pecah.
Lembut gebu. Seronoknyaaaaa kek menjadi. Lain kali boleh guna loyang/bekas kecil yang tinggi, supaya kek lebih tebal. Rasanya kalau lebih tebal jadi lebih gebu ni
Sedap, tak manis. Kalau anda suka manis, lebihkanlah susu. Lembut ni tekstur dia, memang tak rugilah buat. Senang pula tu.
Mingguan Wanita : Nanti bleh cuba buat. Guna 3 bahan saja. Mudah sangat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Tak semua pandai masak sagu dengan betul. Silap cara masuk air lebih, masih ada biji-biji sagu dan melekat-lekat, berketul. Mulalah hilang mood nak makan sagu gula melaka.
Bagi mak-mak yang masih ‘fail’ nak masak sagu, ada cara yang boleh membantu. Katanya bukan setakat sagu nampak cantik sebiji-sebiji tapi mampu tahan lama dalam peti ais, lebih kurang 1-2 minggu lamanya.
Dalam perkongsian Aisya Humaira, dia masak sagu berbintil cantik dan tak melekat dengan cara ini.
Caranya:
1. Didihkan air. Air betul-betul menggelegak baru masukkan sagu dalam periuk dan air mesti lebih dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.
2. Setelah sagu bertukar jadi jernih iaitu warna putih dah hilang, angkat periuk dan tuang sagu salam bakul dan bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya sagu tak terkeluar.
3. Simpan Ssgu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Tutup kemas dan simpan dalam peti air. Boleh tahan 1-2 minggu.
4. Cara ini sagu nampak cantik berbiji dan tidak melekat. Sedia guna untuk bila-bila masa.
5. Jika buat untuk manisansagu gula melaka, hanya campurkan air gula melaka, sagu dan susu cair. Boleh juga sudukan sagu dan masukkan dalam bubur yang telah siap.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...