Jagalah Percakapan Dan Perlakuan, Sebab Kita Tak Tahu Sejarah Lampau Orang Sekeliling

Apabila berdepan dengan perkahwinan seperti yang tidak diharapkan, jika ianya mengundang bahaya dan mudarat pada diri sendiri, cubalah usahakan untuk dapatkan bantuan pihak yang sepatutnya.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Peguam Syarie ini, Roslina Sabiyah & Co. mengenai beberapa pemerhatian kes yang dihadapinya, beliau menitipkan pesanan. Apa yang sepatutnya dilakukan, agar jalan penyelesaian terbaik untuk kedua pihak dapat diperoleh.

Kongsinya,

Dah lama saya nak share pasal isu ni.. tapi tak ada kesempatan. Ini secara ringkas melalui pemerhatian kes-kes saya sahaja ye.

Sebenarnya ramai manusia yang psiko di luar sana.. ada gangguan emosi dan personaliti yang membawa kepada gangguan mental. Luarannya mungkin nampak normal. Berkerjaya, ada pangkat tinggi, dihormati di sisi masyarakat, kebanyakannya memang golongan terpelajar.. tapi hakikatnya mereka ada masalah jiwa.. mereka juga perlu dibantu kerana mereka sendiri tak sedar mereka ada masalah yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri apatah lagi boleh mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling mereka juga!

IKLAN

Mereka tidak tahan dengan tekanan atau provokasi. Mereka hanya akan normal sekiranya semua perkara berjalan seperti apa yang dirancang dan mengikut kehendak mereka.. tapi jika sesuatu berlaku di luar apa yang dia harapkan..dan ada yang menghalang dia melaksanakan hasratnya.. dia akan sanggup buat apa sahaja sehingga sanggup memutuskan hubungan saudara, mencipta cerita yang tak wujud, mencederakan diri sendiri ataupun sehingga ke tahap membunuh!

Baca sini : Kenapa isteri sanggup bertahan walaupun jadi mangsa deraan emosi dan fizikal

Kes Perebutan Pun Boleh Jadi Punca

Yang paling menakutkan.. ia bukan terhad kepada kes cerai-berai atau rumahtangga sahaja. Tapi merangkumi semua kes.. kes perebutan hak jagaan anak, kes perebutan harta pusaka, kes perebutan harta sepencarian.. hatta hinggalah kepada kes berebut parking kereta.

IKLAN

Penyakit ini kadang-kadang tak dapat didiagnos secara formal. Tapi simptomnya dapat dilihat dalam kebanyakan kes di mana pelakunya tak dapat lagi mengawal emosi dan tidak lagi rasional dalam apa jua tindakan yang dibuat. Hilang kawalan terhadap diri sendiri.

Dan Apa Kita Perlu Buat?

√  Jaga Percakapan Dan Perlakuan Kita

Kena berhati-hati selalu. Jaga percakapan dan perlakuan kita sentiasa. Jangan provok atau sengaja mendatangkan kemarahan sesiapa sahaja. Kita tak tahu tahap penyakit atau sejarah lampau orang yang di sekeliling kita.

IKLAN

√  Dapatkan Bantuan Segera

Jika ada keraguan, dapatkan bantuan segera. Sentiasa waspada. Jangan bertindak sendirian. Bahaya penyakit ini sama macam virus covid juga. Tak nampak dengan mata kasar tapi ia memang wujud di sekeliling kita. Mungkin tanpa disangka orang yang paling hampir dengan kita..

Banyakkan berdoa semoga dijauhkan dengan penyakit akhir zaman yang semakin pelik-pelik ini.

Al-fatihah untuk mereka yang telah menjadi mangsa. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kita semua dan tiadalah tujuan akhir hidup kita melainkan mengharapkan keampunan dan syurga Allah jua.

Sumber/Foto : Roslina Sabiyah & Co. *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI