Jaga Pokok CILI BARA Paling Mudah, Subur Merimbun Sesuai Bagi Baru Nak Belajar Tanam!

Share

Jaga Pokok CILI BARA Paling Mudah, Subur Merimbun Sesuai Bagi Baru Nak Belajar Tanam! Memang seronok apabila bercucuk tanam, pokok subur menghijau dan meriah merimbun hasilnya.

Cili antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri. Sepohon merimbun cili, tak habis makan.

Cili Bara lebih kurang cili jambak. Banyak dijual dekat pasar-pasar tani. Pasaraya susah nampak. Selalu mak-mak suka cili ni sebab pedas guna sikit je dah terasa. Cili ni rasa lebih kurang je dengan cili kampung yang kecil-kecil tu cuma beza saiznya besar sikit.

Jika nak tanam pokok cili di rumah boleh baca perkongsian daripada Puan Alin Lin ini sebagai rujukan.

Nak tip jaga pokok cili bara paling mudah?

Jika saya boleh anda juga boleh. Saya ambil masa hampir satu tahun untuk kumpul semua info dan akhirnya hari ini saya dapat berkongsi pengalaman menanam cili tapi masih juga belajar dan masih banyak kekurangan.

Tip bagi yang baru nak cuba tanam Cili Bara.

1) Kenal Tanah & Nisbah

Kalau guna cocopeat campur lah ia dgn bahan lain seperti.

a)Tanah hitam
b)Topsoil *Topsoil biasanya ada tanah merah, Tanah hitam, Sekam sawit dan pasir.
c)Sekam padi/sawit
Nisbah 2+1

Contoh dua cocopeat dan satu tu boleh lah pilih antara 3 bahan tadi
Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri.

Pengalaman yang pernah terjadi masa musim pertama saya menanam, jika cocopeat baru perlulah dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campur lah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1.

Contoh dua topsoil dan satu cocopeat

Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yang peroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yang menyebabkan anak pokok bantut atau mati.

Pengalaman yang pernah terjadi ketika musim kedua saya tanam) topsoil yang dibeli secara pukal lain beno rupanya dengan yang kita beli satu beg rm3 tu. Bila hujan air tak lalu. Tidur-tidur anak pokok saya masa tu. Terpaksa buat kerja dua kali keluarkan anak pokok dan tambah cocopeat pas tu tanam semula…fuhhhh. Disebabkan rasa kecewa lepas tambah cocopeat tu saya tak jaga dah tinggal macam tu je.

Jika di tanya saya suka guna yang mana?

Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat.Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri. Pengalaman saya tanam dan tinggal tanpa baja dan siram ingat pokok tu semua mati tapi tau-tau dah ada bunga. Selepas dirawat semula itulah pokoknya yang anda lihat sekarang pada gambar di bawah.

2. Baja

Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15.
Dan racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh la tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru nak bertatih.

Baja npk sudah cukup lengkap
N untuk daun
P untuk akar
K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.

Seawal 7 hari selepas pindah dalam pasu kita boleh buat kawalan serangga. Guna sukatan paling sedikit.1ml untuk 1 litter air. Jangan sembur terlalu banyak hanya sekali lalu bagi anak-anak pokok. Perlu cegah awal dari dia baby sebelum hama datang.

3. Racun Serangga

Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu. Bila serangga dah tak nampak lagi boleh lah kita jarakkan semula seminggu sekali.

Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air.

4. Pokok Rosak Apa Nak Buat?

Bab ni atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polly beg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.

Kalau ada yang begitu kita potong pucuk tu dan asingkan dari pokok yang lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan sangat dia sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat dia satu tu je.

Kita ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan.Selepas dua minggu jika masih juga dia tak sihat, nasihat saya cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.

5. Siram

Pagi sebelum jam 9 dan petang selepas jam 6. Jika kawasan tu redup awal boleh lah siram awal.Siram seluruh pokok terutama bawah daun.Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.

Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah hama putih di bawah daun.Jadi kita dah boleh jimat racun serangga dan kita dah tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.

Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi. Lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.

Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan. Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas.

Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.

Pokok ni saya dah kutip buah dia minggu lepas yang tinggal ni belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis saya suka petik yang besar-besar je so dapat lah lepak-lepak kat kebun seminggu sekali petik cili.

Info Ekstra!

Saya beli anak pokok. Saya tak tanam sendiri guna biji benih. Kalau untuk makan sendiri boleh tanam sendiri.

Begini Caranya:

Bila anak pokok dah ada 7,8, atau 9 daun alihkan dalam pasu atau Polly beg. Kemudian biarkan dekat tempat teduh 7 hari. Tujuan bagi akar dia kuat dulu. Tempat tu perlu ada matahari tapi bukan terus.

Contoh macam bawah net hitam atau bawah pokok. Lepas 7 hari tu boleh lah baja dan pindah keluar tempat yang kita nak letak atau nak tanam terus pada tanah. Jika kita cabut dan terus tanam kat tanah dia terkejut dan akan layu tapi kalau kita pindah kat beg atau pasu tu bagi dia belajar keluar akar dan hidup dulu baru lah dia tak terkejut.

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Mesti Baca:CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!
Baca Lagi Di Sini:Cantas POKOK CILI Sewaktu Tinggi Sejengkal, Pucuk Baru Naik Merimbun Berbuah Banyak!
Artikel Menarik:Guna Syampu Baby Dan Cuka, Hilangkan Bena Putih Pada Pokok Cili

Mingguan Wanita:Jadi kalau ada tanam pokok cili di rumah tu,boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang cili meriah merimbun, sesuai bagi yang baru nak belajar tanam pokok cili.

Sumber:Alin Lin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Published by
Suhaidah Abd Wahab