Jaga Pergaulan, Biarlah Kita Nampak ‘Old School’ Tapi Menjaga Hukum Tuhan! Memang cukup kesal dan menyedihkan dalam masyarakat kita pada hari ini, ramai yang ingin kelihatan berfikiran terbuka dengan tidak menjaga batas pergaulan dan perhubungan. Bahkan hubungan kekeluargaan juga semakin ‘longgar’.
Jagalah pergaulan, ikhtilat dan hubungan kekeluargaan.
Ada banyak perkara yang buat saya sebak, antaranya:
Di negara Arab, sangat biasa pemandangan anak lelaki berjeans berperwatakan agak ganas, tapi memimpin ibu tua melintas jalan. Itu tak termasuk mereka melayan, mencium ibu bapa yg sudah tua. Sebab itu bangsa mereka adalah bangsa yang hidup berkeluarga. Satu bangunan, satu famili. Zaman dahulu, satu kawasan satu kabilah.Orang kita? Faraid pun berebut adik-beradik.
Mat Saleh, Jepun, Korea, Singapore? Kita berdoa sahajalah tak mati sendirian.. depa apartment studio lebih banyak dari apartment untuk keluarga. Berapa ramai auntie dan uncle di Malaysia yang duduk sendirian asbab anak semua berhijrah ke luar negara.
Saya pernah dinasihati oleh seorang Dato dalam sebuah mesyuarat “Prof untung kalau anak-anak masih duduk bersama” aduh.. meleleh pula air mata saya dengar luahan hati orang tua begini… kaya-raya semua ada, tapi sunyi…
Ya budaya Arab India dan Pakistan suami menjaga isteri bagai nak rak. Semua maklum itu, lihat sahaja musim haji. Suami mana yang mengiring isteri sampai ke tandas? Budaya kita? Langka sekali, tapi suami boleh pula iring staf perempuan ke mana-mana. Isteri ke kedai seorang takpe pula.
Ketika saya mula bekerja, ada teman sekerja berpendirian, beliau tidak suka bekerja sekali dengan isteri, letih lemas dan leceh katanya.
Bagi saya, zaman ini zaman fitnah. Jika mereka memilih untuk bekerja sekali, itu pilihan mereka. Lihat Irfan Khairi, isterinya menjaga kewangan syarikatnya. Dan ramai lagi.
Biarlah rapat dengan pasangan dari rapat dengan orang lain…
Apa pun, hidup anda pilihan anda…
Kasih sayang bukan boleh dibuat-buat. Seperti pasangan artis barat, berpeluk sakan kala jurugambar merata-rata seolah-olah mereka pasangan bahagia. Gambar boleh menipu tetapi bukan jiwa….
Saya baru sahaja bermuamalah dengan seorang technician yang membawa isterinya bersama.
“Saya bawa orang rumah sekali, cuti sekolah boleh jalan sama-sama” katanya. Saya tersenyum memandang isterinya dan dia membalas senyuman saya.
Bagi saya, itu bukan cemburu buta, tapi manifestasi kasih sayang suami dan isteri.
Begitula orang bekerja ni adakala ruang fitnah perlu dijaga. Pelanggan kita bukan sahaja sama jantina. Saya juga begitu, jika yang mahu berjumpa saya itu lelaki, kita berjumpa di public place atau saya akan bawa teman.
Pelajar lelaki guru perempuan jangan jumpa berdua melainkan berteman.
Samalah juga pensyarah lelaki berjumpa pelajar perempuan.
Samalah juga bila ingin berurusan dengan client lain jantina.
Di mana anda berjumpa?
Bagaimana pakaian anda?
Jika anda mengambil ringan hukum Tuhan, syaitan sentiasa sahaja mengambil peluang.
Biarlah kita nampak syadid, nampak old school tapi kita menjaga hukum Tuhan.
Dewasa ini ramai orang tak value ‘family’
Mesti Baca:Kalau SUAMI Tak Jaga Ikhtilat Dalam PERGAULAN, Memang WAJIB Isteri Rasa Insecure
Baca Lagi Di Sini:Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!
Artikel Menarik:Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita menjaga batas pergaulan dan perhubungan, serta berusaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Biarlah kita mampak ‘Old School’ tapi menjaga hukum tuhan!
Sumber:ياسمين حناني محمد سفيان
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.