Jaga Mak Sakit Terlantar, Pihak Sekolah Sampaikan ‘Result’ Cemerlang 11A Pelajar Terbaik SPM Di Rumah

Share

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang baru diumumkan semalam, mempunyai seribu satu kisah tersendiri. Kejayaan meraih keputusan cemerlang disertai dengan usaha gigih dan pengorbanan luarbiasa disamping keberkatan doa ibu.

Bukan mudah untuk menguruskan ibu yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar akibat sakit kanser tahap 4, disusuli perlu membahagikan masa sebagai pelajar dan pergi ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan penting.

Pelajar Terbaik SPM Sekolah

Namun ternyata segala penat lelah dan pengorbanan adik Mohd Syahril,18 ini berbaloi apabila dapat menjadi pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Ugama Darul Iman, Beris Lalang, Bachok dengan memperolehi keputusan 11A.

Lebih menyentuh hati, pada hari keputusan SPM diumumkan remaja ini tidak dapat mengambil keputusan di sekolah kerana perlu menjaga ibu tersayang. Atas inisiatif pihak sekolah, guru-guru yang mengajar adik ini berbesar hati menyampaikan sendiri keputusan cemerlang ini di rumah.

Dalam video yang dikongsikan, adik Mohd Syahril kelihatan sebak dan terharu dengan kehadiran pihak sekolah dan guru-guru ke rumahnya dengan membawa salinan keputusan SPM, jambangan wang tunai dan plakad tertera 11A. Malah lebih manis saat istimewa ini disaksikan sendiri oleh ibu tercinta dan keluarga tersayang.

Ramai yang tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan adik ini. Meskipun sibuk menguruskan dan menjaga ibu yang terlantar sakit namun tetap bijak membahagikan masa sebagai pelajar dan meraih keputusan cemerlang.

@c.la92 #syukurselalu #anakkelantanhebatsokmo #semogaberjayaduniaakhirat ♬ Ya Rabbi Ya Nabi Nidik

 Mesti Baca:3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah, Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM
Baca Lagi Di Sini:“Sepatutnya Abah Yang Teman Ke Pentas..” Ayah Meninggal 15 Jam Sebelum Keputusan SPM Diumumkan

Mingguan Wanita: Alhamdulillah dan tahniah buat adik ini dan seluruh ahli keluarga. Moga diberikan kejayaan dunia akhirat buat adik ni dan diberikan kesembuhan buat ibu tersayang. Sekaligus menjadi contoh buat anak-anak kita juga.

Sumber: TikTok c.la92

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab