Satu dunia kini dikejutkan dengan penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang kini sudah mengorbankan banyak nyawa. Hari ini Mingguan Wanita Talkshow bersiaran dan membincangkan pula tentang Risiko HFMD.

Memandangkan penyakit ini berisiko pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah, sudah pasti kita yang bergelar kaum ibu mahu mengambil langkah berjaga-jaga daripada anak dijangkiti.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus.

Jaga Kebersihan & Basuh Tangan Dengan Cara Yang Betul, Langkah Awal Elak Risiko HFMD
Dr. Melanie

Ketika di studio Doktor Pakar Kanak-kanak, Sunway Medical Centre Velocity, Dr Melanie Majaham menerangkan pada kebiasaanya kanak-kanak di bawah umur lima tahun biasanya akan dijangkiti penyakit ini.

“HFMD disebabkan oleh enterovirus. Dua jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah.

Ads

“Penyakit ini akan menyebabkan kulit tumbuh ruam dan boleh melepuh yang melibatkan tapak tangan, lutut, kaki, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak.

“Antara punca berjangkit ialah batuk atau bersin, berlaku sentuhan degan cecair lepuhan atau najis pesakit, perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi, Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas. Pesakit boleh menyebarkan,” ungkapnya.

Ditanya tentang tanda-tanda awal penyakit ini, Dr Melanie menerangkan pesakit akan mengalami demam, badan menjadi lesu dan selsema.

Ads

“Selepas tiga hingga enam hari anda boleh nampak ruam-ruam timbul tertamanya di bahagian tapak kaki dan tapak tangan. Biasanya kanak-kanak yang alami akan berasa susah hendak menelan makanan atau minuman,” jelasnya.

Basuh Tangan Selama 20 Saat

Ads

Dr. Malanie juga menerangkan langkah-langkah awal bagi mengelak anak-anak dijangkiti penyakit ini ibu bapa haruslah memastikan anak-anak anda menjaga kebersihan dan basuh tangan dengan cara yang betul.

“Basuh tangan kena cara yang betul. Basuh dengan sabun dan selama 20 saat. Kebersihan tangan sangat penting,” ujarnya. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini bolehlah ikuti siaran ulagan MW Talkshow pada jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.

TIP CARA MEMBASUH TANGAN YANG BETUL (PETIKAN DARI FB KKM)

1.Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2.Gosok tapak tangan
3.Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4.Gosok kuku pada tapak tangan
5.Gosok belakang tangan
6.Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7.Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.

Jaga Kebersihan & Basuh Tangan Dengan Cara Yang Betul, Langkah Awal Elak Risiko HFMD
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI