Jaga-jaga Mak Ayah, Rupanya Jam Kecergasan 8 Kali Lebih Kotor Dari Tandas

Sekali baca memang rasa ‘ewww’.. tapi inilah penemuan daripada satu kajian yang dijalankan baru-baru ini. Membuktikan jam tangan yang kita pakai terutama jam kecergasan lapan kali lebih kotor dari tandas.

Kajian ini dibuat oleh Tic Watches yang melibatkan 10 jenis jam yang berbeza. Tujuannya untuk mengesan bakteria dan kuman yang terdapat dalam setiap jenis jam itu.

Nah! Hasilnya memang mengejutkan. Kerana setiap jam itu dengan purata tiga kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Dari kajian itu juga mendapati jam tangan lelaki jenis bertali kulit itu lah yang paling kurang kotor. Sebab daripada rekod cuma 3.3 kali lebih kotor banding dengan mangkuk tanas.

Sama juga keputusan untuk smartwatch. Yang mana pada jam jenis ini pengguna mudah nak akses telefon dari jam saja.

IKLAN

Jam Penjejak Kecergasan, 8.3 Kali Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas

Haa.. jangan terkejut ya mak ayah. Sebab, jam tangan yang mencatat rekod 8.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas itu jatuh kepada jam kecergasan yang digunakan untuk mengesan kadar kecergasan semasa kita lakukan aktiviti.

Selalunya, pengguna pakai jam ini untuk kesan kadar langkah, jarah yang kita lalui dan juga kadar nadi si pemakai. Dah tentulah, peluh yang keluar tu meresap masuk dalam tali jam.

IKLAN

Itu yang buatkan jam tadi tercemar dengan bakteria.

Lagipun, ada ke pengguna yang rajin nak cuci jam? Takkan.. paling-paling kita cuma cuci tangan, tapi tak sampai tahap cuci jam.

IKLAN

Bak kata Pengarah Urusan Tic Watches, Daniel Richmond ni,

“Sama ada anda memakai jam tangan setiap hari, atau hanya pada waktu kerja, satu perkara yang pasti ialah anda tidak membersihkannya seperti mencuci tangan.”

Malangnya tak semua jam kalis air. Jadi elakkan sentuhan jam dengan air sewaktu memakainya untuk mengelakkan bakteria.”

MW : Tak ramai pun daripada pemakai jam yang perasan akan kehadiran bakteria pada jam tangan masing-masing. Bila dah sedar ni kenalah rajin-rajin lap dan bersihkan jam kita pakai tu iya mak ayah. Terutama jam kecergasan.

Sumber : The Sun UK

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI