Jaga Hati & Jangan Biar Pasangan Memendam, Barulah Anak Isteri Bahagia

Share

Isteri memang spesisnya suka memendam. Hingga kadang-kadang mereka tak sedar masalah yang dipendam dalam diri mereka menjadi “barah”dan kemudian memakan diri perlahan-lahan. Sudahnya rasa tertekan itu terbawa-bawa hingga anak menjadi mangsa.

Oleh itu sebagai suami, jagalah hati isteri sebaiknya agar dia tidak stres dan memendam rasa. Percayalah bila hati terjaga dan tidak stres, bukan sahaja isteri bahagia, anak-anak pun turut gembira.

Bagaimana tanda-tanda isteri kurang stres, ikuti perkongsian Taufiq Razif ini :

5 Tanda Isteri Kurang Stress

1. Selalu tersenyum di depan suami

Isteri yang kurang stres akan membuat Microexpression pada wajahnya yang menunjukkan bahawa dia selalu tersenyum.

Inilah antara rahsia bagaimana seorang wanita itu boleh kelihatan cantik di mata suaminya.

2. Tidak boleh berenggang dengan suami

Isteri yang kurang stres akan lebih mudah mengekspresikan rasa cinta pada pasangannya. Salah satu ekspresi rasa cinta ( Expression of Love) yang paling mudah ditonjolkan adalah Physical Touch. Tu yang isteri jadi asyik nak dakap dan peluk saja setiap masa.

3. Kata-katanya bernada rendah

Isteri yang kurang stres akan terjaga fikirannya daripada Negative Thinking. Bila Negative Thinkingnya berkurang, Self Talk dalamannya pun akan mula menjadi positive. Bila self talk dah mula positive maka apa yang keluar daripada mulutnya pun akan menjadi positif.

Inilah rahsia bagaimana seorang wanita boleh menjadi penyejuk hati si suami kerana semua yang diucapkan oleh si isteri itu tadi semuanya ucapan positif dan hati yang mendengar pun akan turut merasai positivity.

4. Dia akan mudah menurut arahan

Friction will always cause resistance. Bila kurang stres, maka berkuranglah juga resistance dalam hati isteri. Bila hati dah mula jernih dan kurang serabut maka mudah jinaklah hati si isteri

5. Dia jarang marah anak-anak

Kebanyakan kemarahan yang dituangkan pada anak ini datangnya daripada kemarahan kepada pasangan sebenarnya. Ramai tak tahu sebab mereka sendiri pendam benda itu dan sampai masanya kemarahan yang dipendam tu tadi akan dilampias pada anak-anaknya sendiri tanpa disedari

Jadi, nak bahagiakan anak-anak? Cara pertama adalah bahagiakan dulu ibu kepada anak-anak kita. Ingat, ibu yang bahagia akan mudah membahagiakan. Manakala, ibu yang derita dan sengsara, akan mudah melampiaskan.

Sebarkan ilmu ini pada keluarga kita yang lain ya. Insyallah ilmu ini mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

Sumber: Taufiq Razif

MW: Sebenarnya tak susah nak elakkan isteri stres, layani dengan baik dan cuba memahami dia walau sedikit sudah memadai. Bila isteri tak stres dan hatinya tenang, barulah keluarga bertambah bahagia. 

Published by
Syazwani Mehat