Jaga BATASAN Pergaulan,Dengan Siapa Kita Beri Masa, SELALU Akan Datang Rasa Sayang & Cinta

Share

Ada benarnya dalam pergaulan kena ada batasannya. Selalulah luangkan masa dengan pasangan berbanding orang luar mahupun kawan-kawan, apatah lagi berlainan jantina. Kerana masa yang ada, sering diluangkan bersama-sama selalunya akan menghadirkan perasaan sayang dan rasa cinta. Itulah bahaya!

Baca perkongsian daripada Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan;

Sedih bila dengar luahan ramai wanita yang ditipu dan dikecewakan suami di saat mengandung atau sedang penat mengurus keluarga anak-anak bahkan tolong suami cari rezeki semua siang malam. Semoga Allah beri jalan terbaik buat mereka.

Sebenarnya semuanya berpunca dari iman yang lemah dan lupa tujuan hidup yang sebenarnya. Bila kita niat cinta sayang kerana Allah. Tanggungjawab untuk alang-alang nikah biar sampai syurga. Bukan cinta sampai mati. Tapi cinta sampai syurga. Cinta selama-lamanya.

Semoga Allah selamatkan rumahtangga kita semua dari fitnah dan beri bahagia sampai syurga Firdaus. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga kami ini biarlah kami layari sehingga syurga FirdausMu. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.

Rumahtangga ini diasaskan cinta, tanggungjawab dan belas kasihan kasih sayang. Apa kita ingin untuk kita. Itu juga kita ingin untuk pasangan kita. Kita ingin bahagia, bina bersama pasangan halal kita. Ingin dimanja, kita dulu manjakan pasangan. Ingin layanan yang baik. Beri layanan yang baik. Ingin apapun minta dari pasangan yang Allah takdirkan untuk kita. Tiada yang sempurna didunia, Allah sempurnakan dalam syurga. Sempurna itu pada hati bermula dari rasa syukur pada Allah.

Penting Beri Masa Bersama

Kerana itu penting beri masa bersama. Makan bersama. Berjalan bersama. Walau adik beradik ipar ada batasan dalam pergaulan. Walau adik beradik kita asingkan tempat tidur yang berlainan jantina. Inikan pula orang lain yang bukan mahram.

Makan bersama boleh buat jatuh cinta. Berjalan bersama. Time = Love. Dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Kerana itu jangan makan berdua dengan isteri orang atau suami orang. Nanti jatuh cinta. Pentingnya batasan dalam pergaulan. Walau berniaga. Walau outstation. Walau kemana pun. Jagalah batasan pergaulan kerana Allah untuk Allah sayang.

Sedihkan rumahtangga mahligai bahagia yang dibina dengan air mata darah pengorbanan anak isteri. Asalnya rumahtangga dilayari dengan cinta. Anak-anak berlari bahagia. Allahuakbar. Benarlah jodoh ajal maut sudah menjadi ketetapan Allah. Tetapi siapa aniaya sesiapa atau zalimi sesiapa terutama pasangan yang halal yang baik sekian lama pasti kita bertanggungjawab di akhirat nanti.

Baca Lagi Di Sini:Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita manfaatkan dalam rumahtangga. Selalulah luangkan masa dengan pasangan kerana dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Malah, penting batasan dalam pergaulan.

Sumber: Ebit Lew

Published by
Suhaidah Abd Wahab