Tak mudah nak jaga anak bagi tak terlalu moden dalam bab pergaulan, malah banyak kes mak ayah tak kisah pun kalau anak yang masih sekolah rendah keluar dengan pakwe makwe sampai lewat malam.
Inilah kesilapan dalam didikan hari. Untuk jentik sedikit hati mak ayah dalam membuka mata bagi mengelakkan kes yang pelik-pelik berlaku dalam bab jaga anak, jemput baca perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh…
Jaga anak tak perlu moden sangat la beb…
Ini cerita hari ini. Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.
Minggu lepas, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan ‘pregnant’ hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung.
Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, hari ini murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki beb.
Bab jaga anak ni, tak perlu moden sangatlah beb. Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.
Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam.
Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya ‘oldschool’.
Waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. Anak kita tu kan?
Biar dia menangis hari ini dari kita yang menangis kemudian hari.
Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.
Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak ‘privacy’ anak mereka.
Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet. Hmmmm.
Konon ‘sporting’. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka ‘check in’ hotel baru kita yang menyesal tak sudah.
Tektik belajar rumah kawan pun tektik lapok. Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin.
Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.
Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar disitu. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.
Telefon ni tak payah la bagi anak guna secara bebas. Nak sangat, kau bagi je telefon nokia yang jenis boleh call dan sms sahaja. Tak perlu bagi yang jenis smart phone macam android dan sebagainya.
Yang smartphone tu, bagi dia guna dirumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.
Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.
Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?
Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.
Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.
Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan.
Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.
Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.
Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.
Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.
Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!
Kadangkala ‘oldschool’ itu lebih baik.