Tak mudah nak jaga anak bagi tak terlalu moden dalam bab pergaulan, malah banyak kes mak ayah tak kisah pun kalau anak yang masih sekolah rendah keluar dengan pakwe makwe sampai lewat malam.
Inilah kesilapan dalam didikan hari. Untuk jentik sedikit hati mak ayah dalam membuka mata bagi mengelakkan kes yang pelik-pelik berlaku dalam bab jaga anak, jemput baca perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh…
Jaga anak tak perlu moden sangat la beb…
Ini cerita hari ini. Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.
Minggu lepas, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan ‘pregnant’ hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung.
Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, hari ini murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki beb.
Macam Mana Nak Jaga Anak
Bab jaga anak ni, tak perlu moden sangatlah beb. Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.
Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam.
Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya ‘oldschool’.
Ads
Waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. Anak kita tu kan?
Biar dia menangis hari ini dari kita yang menangis kemudian hari.
Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.
Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak ‘privacy’ anak mereka.
Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet. Hmmmm.
Konon ‘sporting’. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka ‘check in’ hotel baru kita yang menyesal tak sudah.
Tektik belajar rumah kawan pun tektik lapok. Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin.
Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.
Ads
Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar disitu. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.
Telefon ni tak payah la bagi anak guna secara bebas. Nak sangat, kau bagi je telefon nokia yang jenis boleh call dan sms sahaja. Tak perlu bagi yang jenis smart phone macam android dan sebagainya.
Yang smartphone tu, bagi dia guna dirumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.
Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.
Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?
Ads
Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.
Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.
Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan.
Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.
Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.
Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.
Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.
Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!
NOTA:
Kadangkala ‘oldschool’ itu lebih baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella dedah Aliff curang 11 kali. Allahu seksanya hati seorang wanita apabila suami yang disayangi mencurangi diri. Bukan sekali dua tetapi sebanyak 11 kali apatah lagi dengan adik kandung si isteri sendiri.
Itulah luahan perasaan daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang perangai suaminya, Aliff Aziz. Malah Bella bukan sekadar bercakap kosong semua yang diperkatakan punya bukti.
Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali
Seksanya hati wanita yang bergelar ibu tu suaminya sudah 11 kali curang sepanjang perkahwinan mereka. Paling terluka dan perit untuk diterima apabila Aliff turut mencuranginya dengan adik kandungnya sendiri.
“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah curang 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Sakit Dada Nak Cerita”
Benarlah wanita ini bukan sekadar terus hidup dengan pelbagai kisah kecurangan dari suami. Malah sewaktu mengerjakan umrah, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka.
“Allah, saya sakit dada nak cerita.
“Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung,” sambung Bella.
Sesal Putuskan Hubungan & Buang Adik Dari Keluarga
Ibu kepada dua anak ini juga menceritakan dirinya terlalu berat berkongsi mengenainya dan menyesal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibuang keluarga.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bercerai, mula pasangan bawa haluan. Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami wajib beri nafkah dan tanggungjawab isteri seperti biasa.
Tapi bila ikut nafsu, perasaan masing-masing seakan membenci dan kalau boleh tak nak tengok muka langsung. Sampaikan ada yang kena halau dari rumah sebab mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
Sedangkan dalam tempoh iddah inilah suami isteri kena tinggal bersama, wajib beri nafkah dan lakukan tanggungjawab seperti biasa. Sebab inilah waktu untuk mengimbas kenangan manis bersama dan mungkin boleh membuatkan pasangan bersatu kembali.
Antara perkongsian video oleh Ustaz Azhar Idrus mengatakan perempuan itu masih lagi isteri dan wajib diberi nafkah seperti biasa dan tanggungjawab isteri tetap sama.
Semua ini masih boleh tinggal sebumbung dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Haram.
“Duduklah berdua ketika ini kerana masa ini boleh jadi hubungan bertambah baik dan rujuk kembali. Lakukan kehidupan seperti biasa KECUALI melakukan hubungan intim. Tidak boleh tidur bersama.
Mingguan Wanita : Suami isteri jangan terlalu mengikut perasaan. Fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak. Mudah-mudahan, dapat baik kembali.
Berapa ramai yang suaminya rajin ambil alih tugas basuh kain, memasak, kemas rumah. Lagi-lagi bila isteri pun turut sama menyumbang kewangan dalam ekonomi keluarga. Sama-sama cari rezeki kata orang.
Jadi suami pun taknak bebankan isteri, dia membantu sama. Apa perasaan isteri bila suami terlalu baik hati membantu isteri serba serbi. Cuba fahamkan luahan ini.
Saya Serba Salah Dengan Suami, Dia Terlalu Baik
Saya dan suami sama-sama bekerja. Suami saya office hour dan saya pun sama. Ye lah dengan kos hidup sekarang, saya bekerja walau dilarang oleh suami tapi saya berkeras juga. Bila dipujuk akhirnya suami izinkan saya bekerja.
Suami melarang keras saya menolong dia membayar segala apa bill dan barang dapur dalam rumah. Duit nafkah saya dia tetap beri segala semua dia tetap sediakan. Pernah sekali bila saya bz, suami sudah pun masak. Saya balik kerja, suami peluk saya. Siap cakap pergi mandi-mandi nak makan sama… rindu…
Ya Allah… saya serba salah dengan suami… Saya malu… sebab kain pun dia basuh. Kalau hari cuti kami sama. Suami saya akan suruh saya berehat saja dengan anak dan suami akan siapkan semua kerja di rumah.
Saya rasa bersalah kerana itu semua kerja saya. Bila saya tegur suami, suami akan cakap itu semua tanggungjawab abang. Makan minum Ayang wajib abang sediakan. Suami akan cakap macam tu kat saya.
Gambar sekadar hiasan
Saya takut nanti keluarga mak mertua saya cakap saya yang bukan-bukan. Jadi saya call mak mertua saya dan luahkan semua. Tetapi dia tak marah malah mak mertua saya cakap “Alhamdulilah.. anak mak boleh jaga menantu dan cucu mak” Cuma saya rasa segan dengan suami sebab suami terlalu baik sangat.
Tapi sekarang saya akan memujuk suami untuk duduk berehat saja dan biar saya yang uruskan hal rumah seperti masak dan basuh kain termasuk mengemas rumah.
Alhamdulilah… suami saya masih lagi dengan ringan tulang nya.. Sesungguhnya saya bersyukur sangat Allah pinjamkan saya seorang suami yang sangat baik.
***status sape la ni.. bertuah betul badan. Kemain tekun lagi bace ehhh..Tak tau sape punye***
Haa.. kisah ni hakak jumpa masa fbwalking tadi.
Walaupun cuma satu anganan seorang isteri tapi hakak tetap terkesan.
Sebabnya tipulah takde isteri yang berimpian dapat seorang suami sebaik dan seprihatin ini. Pasti ada kan. Sebab itu hakak share dalam ini juga. Sebab ia mewakili perasaan seorang isteri yang berdoa agar dikurniakan suami se prihatin ini.
Jadi, kongsilah dengan suami masing-masing. Moga mereka terinsofff baca harapan seorang isteri ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...