Serius, kalau tetiba anak terkena sawan atau ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun, ini satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada mak ayah.
Haaa… boleh berderau jantung mak ayah tengok anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir.
Jangan kalut, sawan bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza dengan epilepsi. Jadi mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan doktor Muhammad Uwais Al Qorni, yang mana dia sendiri berdepan situasi anak kena sawan di rumah…
Bila Anak Terkena Sawan
Awal pagi sehari sebelum krismas, jam di dinding menunjukkan pukul 1pagi. Doc baru balik kerja, dah beberapa hari doc demam dan batuk2. Anak doc yg paling bongsu, namanya Muhammad Thohir Al Haddad pulak berjangkit demam dari doc. Sejak magrib tadi berpangku di paha ibunya, dengan kain basah di dahi.
Baru je doc nak melelapkan mata, doc dikejutkan dengan teriakan suara isteri doc, “Abang, anak kita keras bang!” Doc pon waktu tu menggunakan naluri doc sebagai seorang bapa utk sambung tido balik. Sekali lagi wife doc teriak sambul tunjal kepala doc, “Abang! Thohir keras ni bang!” Suaranya mulai bernada ketakutan.
Baru doc sedar yg anak doc sudah terkena penyakit demam sawan atau dalam istilah perubatannya “Febrile seizure”.
Perkara paling menakutkan apabila anak yg anda kasihi demam dan terkena sawan. Namun apabila mereka terkena juga, walaupon sebagai seorang doc, terkedu juga seketika doc pada saat2 itu. Kali pertama doc berdepan situasi begini pada anak sendiri.
Apa Yang Mak Ayah Patut Buat
Tiba-tiba teringat latihan ketika menjadi doc pelatih (HO) dahulu, mentor pesan:
1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak2 yang merawat
2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38’C) Oleh itu, cepat2 tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber”pampers”.
3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.
4. Keluarkan sebarang object/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.
5. “Mandi jerlum” boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!
6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta samaada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.
7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan,bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.
8. Demam sawan yang melebihi 15minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.
9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (epilepsy). Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah
10. Lagi satu,sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.
Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.
Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sbb antara anak2 doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.
Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.
Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya.
Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!
Nanti doc ada masa lapang doc akan karang artikel lebih detail tentang ini.
Nota:
Alhamdulillah, Muhammad Thohir Al Haddad sudah selamat discharge pada 4pm, 25/12/17 dengan diagnosis “Complex Febrile Seizure”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI