Sebenarnya tak mudah nak jadi mak yang bertenang. Lagi-lagi bila semua anak di bawah jagaan sendiri, tidak ada orang gaji atau orang lain mengasuh anak sendiri.
Sebab itu ada istilah, mak-mak berubah jadi singa, naga dan sebagainya bila mana anak-anak mula buat perangai. Begitu dahsyat perumpamaannya. Bak kata, Puan Wawa Shauqiini, “penatnya Allah je yang tahu.”
Ada cara macam mana nak jadi mak yang bertenang. Hadamkan perkongsian Puan Wawa ini baik-baik, sebab di akhir ‘struggle’ ini nanti, mak ayah akan nikmati keindahannya.
Selama 5 tahun saya menjaga anak-anak sendiri, tak pernah lagi saya rasa parenting ni senang.
Mm oklah. Adalah terpikir sekali. Tapi sekejap je. 2 minit kemudiannya rasa menyesal. Bahaha!
Dari saat nampak double line pada pregnancy test lagi, diri dah mula diuji mabuk. Keluar anak ke dunia, tidur kita tak pernah cukup. Penat, Allah je yang tahu.
Tapi, tenaga yang berbaki itulah anak minta kita guna untuk angkut dia ke mana-mana walaupun waktu tu lantai perlu dimop, dan makanan perlu dimasak.
Bila anak dah mula boleh merangkak, kena jaga dia dari kutip taik cicak pulak. Dah pandai berjalan, kepenatan kita kejar dia dalam mall. Dah besar sikit, Allahu… fasa tantrum bermula. Bila anak mula sekolah, nak pastikan dia pandai menulis pandai mengaji, pandai segala.
Kesabaran teruji hampir setiap masa. Kita yang suami kenali santun bak Mira Filzah, kini berubah menjadi singa.
Air mata jangan kata. Entah berapa kali tumpah depan anak-anak. Kadang-kadang pakat berpelukan menangis bersama.
Jadi, kepada mak ayah yang rasa pecah kepala sebab menghadap perangai anak-anak, ada benda yang saya nak bagitau.
Apa yang anda lalui…
Sebenarnya dilalui oleh ibu/ ayah lain di seluruh dunia. Anda tidak keseorangan. Walaupun anda rasa macam nak gila, percayalah anda sebenarnya NORMAL.
Siang hari dunia terasa macam ribut. Terjerit menyelesaikan tugas-tugas dengan kalut, sambil layan anak dengan mood ke laut.
Tapi, bila malam, anak dah tidur, baru timbul rasa sesal. Waktu melihat wajah tenang anak kita sedang tidur, baru keluar rasa sebal.
Betul? Kalau betul, anda tak gila. Anda normal.
Ada hari, rasa diri sangat bertenaga. Rasa sangat Supermom. Semua tugas selesai dengan sempurna. Tapi hari lain, badan jadi penat secara tiba-tiba. Semua benda nak buat tapi tak berjaya. Anak menangis, kita makin rasa nak gila.
All the time melaluinya?
Tahniah. Anda tidak gila. Anda adalah seorang ibu/ ayah yang normal.
Nak menjadi ibu / ayah yang tenang, bukanlah perkara mudah. Tapi kalau dapat kekalkan mood tenang bak Mira Filzah, itu dah sangat indah. Bila mula rasa penat, jangan lupa zikir Fatimiyyah (tasbih Fatimah).
“Allah… diorang dah keluarkan lego pulak! Satgi aku jugak yang susah nak kemas.”
Biarkan. Bagi je anak-anak nak buat apa. Tak perlu terlalu banyak peraturan. Terlalu banyak peraturan buat expectation kita tinggi. Expectation yang tinggi, buat kita mudah kecewa.
Let kids be kids.
Gunakan otak kita untuk fikir macam mana nak gembirakan diri sendiri dan anak-anak. Bukan cari punca yang buat kita tak gembira.
Otak ikut apanyang kita percaya. Kalau kita percaya kita ni singa, dah tentu singalah yang kita jadi.
Berita baiknya, kita boleh ‘tipu’ otak untuk buat dia percaya kita mak yang tenang. Kita mak yang less stress.
Caranya, sebelum tidur bayangkan mak macam mana kita nak jadi. Bayangkan diri kita yang tenang bercakap dengan anak. Banyak ketawa bila bersama mereka. Funny & playful macam anak-anak juga.
Kemudian bayangkan sejelas-jelasnya dalam kepala, mak macam tulah kita akan jadi esok.
Cara lain untuk trik otak adalah, self-affirmation. Macam dalam gambar ni. Ini yang saya tulis dan akan saya baca bila rasa down.
Senyum paksa pun tak apa. Kalau payah sangat, ambik sebatang pen, gigit pen tu. Asal nampak mulut tu menyeringai.
Senyum selama seminit. Secara automatik, otak akan push badan untuk keluarkan hormon gembira yang membantu kita lebih tenang dan rasional.
Ini dah banyak kali saya kongsikan. Menulis perkara-perkara yang kita syukur akan buat kita kurang mengira apa yang kita tak ada dalam hidup.
Bersyukur akan buat kita jadi lebih positif dan happy. Dan Allah dah janji akan tambahkan nikmat kepada hambaNya yang bersyukur.
Bersenam.
Bersenam bukan setakat untuk kurus. Tapi untuk sihat dan bantu badan dapat hormon gembira dan oksigen yang lebih.
Nak jadi mak yang less stress adalah usaha setiap hari. Macam nak masak air. Kalau pasang api kemudian tutup, kemudian pasang, kemudian tutup, sampai bila-bila air takkan masak.
Api kena pasang berterusan sampai air mendidih. Sama macam tabiat. Kena praktik setiap hari. Tak apa ‘start small’, asal konsisten.
Parenting is the easiest thing in the world to have an opinion about. But the hardest thing in the world to do. We are creating ‘the future adults’. So it’s okay to feel struggle sometimes.
Ingat untuk hadirkan rasa sayang kat diri sendiri, sebelum mampu kongsikan sayang tu kepada anak-anak.
Share this & show support to other struggle parents!
Sumber/Foto : Wawa Shauqi , TheProParenting