‘Jaga Adik’, Mak Ayah Jangan PANDAI MENGARAH, Elak Anak Rasa Tersinggung, Pujilah Sikapnya!

Share

Bila tengok pasangan yang ada anak ramai, seronoknya. Masa inilah fikir, senangnya bila anak-anak dah besar, boleh jaga adik dan tolong buat kerja rumah.

Tidak dinafikan anak ramai ini best sebab bila mereka besar boleh tolong tengok dan jaga adik yang lain-lain. Tapi , jangan ditanya masa mereka masih kecil dan tak tahu apa-apa. Orang tengok pun boleh kasihan.

Maklumlah, anak berderet dan kecil lagi, mesti mak ayah tak menang tangan uruskan mereka. Itulah orang cakap, masa anak kecil mungkin agak kasihan tapi bila mereka besar beruntungnya masing-masing ada tugas untuk dilakukan.

Tak kira masih kecil atau besar, mak ayah jangan hanya pandai mengarah untuk anak lakukan kerja rumah, mahu pun jaga adik. Bila terlalu mengarah, tentu ada yang berkecil hati. Tak kurang juga anak-anak mula bercakap ‘asyik dia’ saja.

Jadi, sebagai mak ayah, kenalah puji sikap anak, barulah dia rasa bersemangat dan tidak ras beban bila kena jaga adik atau buat kerja rumah.

Inilah yang dikatakan oleh Insyirah Soleha dalam perkongsiannya tentang mak ayah yaang punyai anak ramai tidak terlalu mengarah anak-anak. Ada cara sesuai untuk ajar anak buat kerja rumah, bukannya dengan hanya mengarah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Risau, Ibu Adalah Penjaga Yang Paling Layak Menjaga Anak – Peguam Amirul Akmal

Anak Kurang Rapat, Jauh Hati Bila Mak Ayah ‘Berat Mulut’, Layan Dan Berbuallah

Info Lebih Menarik DI SINI

Jaga Adik & Puji Sikapnya

Beberapa minggu ni baca confession berkenaan merancang keluarga. Banyak luahan hati anak-anak yang tersinggung dengan ibubapa beranak ramai tapi tidak manage dengan baik.
Anak-anak tersinggung sebab kena mengasuh adik rapat-rapat. Kena buat kerja rumah itu ini, sampai naik menyampah dengan ibu bapa.

Cuma saya muhasabah diri sendiri, letak diri anak di tempat yang orang besar duk confess segala perasaan terbuku.

Masa kecil, saya ada pembantu rumah. Duduk sekali 24/7. Kalau kami bercuti, bawa sekali pembantu rumah ikut. Tak pernah tinggal pembantu rumah, bukan sebab nak pelekoh mengasuh anak tapi mereka pun teringin nak berjalan.

Ada pembantu rumah kami paling teruja bila kami nak balik kampung sebab almarhumah nenek sangat baik. Menumpang kasih sayang, tak selalu tapi kerap nenek bagi duit pada pembantu rumah. Upah tolong masak kata nenek. Boleh shopping kat pekan hari (pasar tani).

Walaupun ada pembantu rumah, memang kena buat kerja sendiri juga. Bukan semua benda pembantu uruskan. Masih kena tolong ibu masak, kena cebokkan adik, bancuhkan susu untuk adik. Bersihkan tandas, sapu sampah dan mop lantai.

Semua pembantu rumah (kecuali seorang dua) yang sangat rapat dengan saya sebab saya perempuan sulung. Tidur sebilik.

Selepas jam 9 malam, tak boleh ganggu pembantu rumah. Bapa tak bagi dah merengek ke nak memerap suruh bancuh air ke apa ke. Buat semua sendiri.

Bila dah tak ada pembantu rumah, masih kena buat kerja rumah macam biasa. Tidaklah rasa terbeban sebab benda tu memang dah biasa buat juga.

“Kadangkala cara ibu ayah yang anak ramai ni hanya mengarah anak buat itu ini tapi tak pandai nak puji anak buat benda baik, kalau silap sikit terus maki hamun. Adik makan bersepah, kakak abang kena marah. Adik jatuh, kakak abang kena marah. Nak beranak ramai jangan suruh kakak abang jaga adik.”

Gitu kata mereka.

Terkebil baca.

Iyalah, betul. Ibu ayah kalau anak buat baik, pujilah setinggi gunung sebanyak mana pun.

Bukan puji anak, tapi puji sikapnya.

Ada anak willing mengasuh adik-adik sebab sayang.

Tapi ada anak meluat mengasuh adik-adik sebab nak kebebasan macam kawan-kawan lain.

Ada anak suka mengasuh adik-adik sebab ibu ayah pandai ambil hati. Dia tak rasa terbeban pun. Dia okay.

No judging at all.

Rumah mereka tak sama dengan rumah kita.

Ada 7 beradik, bilik hanya 2. Tiada ruang privasi. Nak almari sendiri pun tak boleh, mungkin hatinya rasa tak seronok.
Mempunyai 11 beradik, bilik hanya 2. Untuk ibu bapa dan anak perempuan. Jadinya belajar bersungguh boleh duduk asrama, nak jadi pandai supaya boleh ubah kemiskinan.
Ada orang anak cuma 2 tapi bilik 10 buah. Tapi sunyi dari gelak ketawa, jauh dari suara manusia.
Malah, ada anak ramai dan mampu penuhi hak anak-anak.

Kebahagiaan masing-masing.

Rancang Keluarga

Saya setuju kalau ibubapa tak boleh nak uruskan anak dan beremosi, sebaiknya merancanglah keluarga. Anak-anak bukanlah babu, suruh mereka buat kerja sebab nak ajar mereka berdikari bukan melepaskan tanggungjawab di bahu anak-anak.

Setiap anak berbeza personaliti.
Ada yang manja, garang dan ada yang strong still.

Kemahiran hidup untuk bekerja demi kelangsungan kehidupan, bukanlah kerahan untuk mereka sehingga menanah di hati.

Kita lebih tahu diri kita.
Apakah sabarnya lebih atau kurang.
Anak-anak pun ada perasaan juga.

Ummu Amir,
Be kind. Always.

Mingguan Wanita : Kebahagian setiap keluarga berbeza. Begitulah.

Sumber: Insyirah Solehah

Menarik Lagi DI SINI

 

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora