Pergi ke pasar beli makanan basah, bukan takat beli.. siang sekali dan letak elok-elok bahan makanan basah tu dalam bekas. Simpan kemas dalam peti ais. Nanti bila isteri nak masak, tinggal rendam bagi cair. Bahagianya hati.. nak memasak pun tenang nanti tak kalut.
Sebab nak isteri jadi mudah beginilah lelaki ini, Ariff Ismail kongsi tip untuk mudahkan para suami bantu isteri mereka. Taklah nanti semua ilmu dapur tu isteri sorang je yang tahu.
Alamak Kena Pergi Pasar
“Abang tolong sayang p market sat, tolong beli ikan temenung sekilo.”
Naaa mimpi ngeri bermula, weh boleh termenung keluar jendela. Ikan temenung tu ikan apa? Haa baru ada akal nak google jenis ikan.
Jangan sebab kita ni lelaki brother kita ambik tahu pasal kereta, motor, pc dan ps4 je. Kena ambil tahu bab bab nak beli ikan, sotong, udang, ketam dan lain lain lagi.
Hari ni dah alang alang temujanji tak jadi, dah sampai pulak area Pasir Penambang. Saya lajak kan sikit perjalanan ke pasar ikan segar. Nak cari hasil laut segar.
Meh saya kongsikan tips nak beli lauk seafood. Macamna nak tahu fresh ke idok ikan itu dan ikan apa yang nak beli.
Ads
Tip Macam Mana Nak Tahu Ikan Dibeli Segar Ke Tak
1. Ambil Tahu Jenis Ikan & Masakan
Ikan ni ada banyak jenis bro, macam manusia gak ada banyak jenis. Ada ikan bersisik, ada ikan kulit licin. Ikan ada misai dan ikan yang leper pun ada.
Tanya cik bini nak masak apa, baru senang nak p beli ikan. Kalau dah dia kata nak buat asam pedas ikan jenahak dan pari adalah pilihan terbaik.
Nak masak lemak cili api, boleh cari ikan sembilang, mayong atau pon ikan parang. Bini nak buat laksa, kena la beli ikan sardin atau ikan termenung. Bukan ikan sardin dalam tin tau, ikan sardin segar.
Dah alang alang p pasar, jangan lah bini suruh beli ikan tu, beli ikan semata. Kita buat budget untuk lauk seminggu. Boleh la beli sotong, udang dan ketam sekali.
2. Pilih Ikan Segar
Nak pilih ikan segar tak susah pon abang abang sekalian. Benda pertama yang kita kena tengok, mata ikan tersebut, tapi ada je ikan yang dah pakai kanta lekap untuk nampak lawa lagi.
Ads
Oleh itu, kita pegang badan ikan yang nak beli tu, tengok ikan tu badan masih keras atau dah lembik. Kalau masih keras maknanya segar la tu. Keras yang saya maksudkan struktur ikan tu tau, bukan sebab keras kena ais.
Boleh juga tengok insang ikan tersebut, haa jadi persoalan macam mana nak tengok insang ikan pari. Ikan pari ni lagi senang tengok lendir pada badan dia, if ada lendir makna baru la ikan pari tu.
Atau kita boleh angkat yang dah potong tu cium, bukan cium kat badan pari macam kita cium bini. Kita ambik bau, kalau ada bau macam hancing tu tak yah la beli ye.
3. Sotong & Udang Segar Pula Ikut Cara Ini
Macam mana nak tahu sotong dan udang tu segar. Ni lagi senang, kalau udang tu warna dah merah, janggut pon dah tanggal makna nya memang tak segar dah. Udang yang segar warna masih putih dan kepala dia tak tertanggal lagi.
Untuk “sutun” pulak, tengok kulit dan kepala sotong sotong tu. Kalau kulit dah tertanggal dan kepala sotong nampak lembik tu petanda dah tak segar. Sotong yang segar bentuk badan masih utuh ibarat model catwalk.
4. Jangan Beli Terlalu Banyak
Nak beli ikan dan lauk basah ni, kena pandai budget. Jangan beli stok sebulan, tu jadi beli segar jadi rasa peti ais gak la jawapan nya. Budget ikut size family kita.
Ads
Duduk pun bertiga jangan lah beli ikan sampai 3 kg, sotong 2 kg dan udang 4 kg. Kita beli untuk stok masak seminggu. Supaya makanan laut yang kita beli kekal segar.
5. Cara simpan
Bila dah beli stok untuk seminggu pastikan simpan dengan rapi. Ikut budget sekali masak. Pek kan ikan ikut jumlah yang nak masak dalam bekas bekas kecil. Bersihkan dulu ikan sebelum kita simpan.
Sama juga dengan sotong dan udang, bungkus dan pastikan dah bersihkan. Masa bungkus tu masuk kan air dan letak sedikit gula dan garam untuk pastikan sotong dan udang kekal segar.
Bila kita dah bersih kan, mudah lah cik bini nak keluarkan dan memasak. Bila dah mudahkan keje bini, dia pon happy la nak masak.
Semoga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk semua. Nanti saya share kan tips sediakan barang masak untuk mudahkan isteri masak dengan cepat.
Kebanyakan kaum isteri mendambakan suami yang baik untuk rebut kebahagiaan dalam rumah tangga.
Baik itu bukanlah bermakna suami yang ikut kehendak isteri setiap masa, tetapi lelaki yang baik boleh menyelami hati seorang isteri dan mampu bertolak ansur tika ada masalah.
Lebih dekat, istilah baik itu ada dalam perkongsian Puan Nieza termizi ini. Jemput renungkan seminit.
Suami Yang Baik Itu…
Memenuhi keperluan emosi isteri adalah salah satu dari nafkah batin.
Dalam rumahtangga, suami dan isteri menghadapi pelbagai perubahan emosi. Mula-mula kahwin segalanya indah. Hari demi hari, tahun bertukar ganti, kita mula menghadapi ujian dalam rumahtangga. Setiap pasangan pasti tidak akan dapat lari dari situasi menduga ni.
Bercakaplah dengan isteri apabila ada masalah. Jangan mengelak. Jangan minum kopi bersama kawan-kawan di restoran mamak. Jangan menyorok main game di dalam bilik. Jangan buat hal sendiri seolah tak ada apa berlaku.
Isteri diam, terus selidik. Isteri merajuk, terus pujuk.
Berani menghadapi masalah adalah tanda kekuatan seorang suami. Berbincang dengan isteri adalah tanda kita memenuhi nafkah batin untuknya. Mendengar rintihan isteri, diam ketika dia sedang marah, bersabar dengan karenahnya, memujuk dan menyapu air matanya adalah tanda kita memenuhi keperluan emosinya.
Suami tak bagi bunga, isteri tak kisah. Suami tidak hadiahkan kepingan coklat cudburry, isteri tidak sedih. Tiada rantai mahal, tiada percutian mewah, tiada teddy bear, tiada candle ligth dinner atau tiada taburan kelopak mawar atas katil. Semua itu isteri tidak peduli.
Yang dia peduli, apakah suami mendengar suara hatinya? Ketika dia sedang bersedih, menangis, penat, keletihan, marah, geram dan berkecil hati. Adakah suami menyedari dan mengerti?
Kadangkala isteri juga mahu luangkan masa bersama suami. Berdating berdua, berjalan ke tempat cantik, berpegangan tangan, berbual sambil berkongsi straw minuman, makan bersuap, selfie berdua dan seumpamanya adalah cara memenuhi keperluan emosi isteri. Alangkah indahnya perasaan isteri.
Cakap Baik-baik
Selain daripada itu, bercakaplah dengan lemah lembut dan gunakan perkataan yang baik. Jangan suka menyindir dengan maksud gurauan atau sebaliknya. Jika isteri berkecil hati, tercalarlah emosinya. Suami yang baik akan selalu mencairkan hati walaupun tidak mengeluarkan bahasa romantik.
Isteri adalah cerminan suami. Baik suami baiklah isteri (InshaAllah). Suami yang suka mendidik isteri bermakna dia sedang berusaha memenuhi nafkah batin untuk isteri. Beri nasihat dan tegur dengan cara yang baik bila dia tersilap, ajarkan dia tentang akidah islamiyah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Jika suami tidak mampu, izinkanlah dia keluar ke kelas pengajian.
Begitulah..
Seperti kita tidak pernah mengabaikan nafkah zahir (duit belanja, pakaian baru, duit makan, segala keperluan dan kelengkapan diri untuk setiap bulan), begitu juga dengan nafkah batin. Jangan diabaikan. Kerana sesungguhnya nafkah batin bukan hanya keperluan di bilik tidur semata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak juga seorang manusia, adakalanya hatinya juga tersinggung dan terasa dengan sikap anak-anak yang makin membesar. Lumrah seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya biar pun hatinya sakit.
Seorang mak kalau berkecil hati dengan anaknya berdosa, jadi dia telan semuanya agar hidup anaknya bahagia di dunia dan akhirat sana. Begitulah seorang mak.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik ya anak-anak di luar sana.
Kalau Mak Berkecil Hati, Anak Berdosa
Seorang mak tahu kalau dia berkecil hati dengan anak-anaknya, maka anak-anaknya akan berdosa.
Jadi, dia telan semuanya supaya anak-anak tak berdosa.
Jika kita rasa kecil hati dengan mak kita, kita tunjuk, kita protes, kita merajuk sampai mak datang pujuk.
Jangan kata tak pernah, pasti pernah walau sikit. Mak itu walaupun anak tak tunjuk, dia tahu anaknya kecil hati. Soroklah macam mana pun. Sebab dia mak.
Kecil hati kita dengan kecil hati mak, siapa lebih banyak?
Pernah tak kita fikir, kalau mak tak fikir perkara di perenggan pertama itu, entahlah berapa kali hancur remuk redam hati mak tu, lebih dari kita.
Dari kecil dijaga sampai sudah beranak pinak, mesti banyak yang mak itu kecil hati. Mesti banyak.
Macam mana pun mak kita, sayangilah dia. Walaupun dia tak sebaik mak orang lain, kasihilah dia.
Jika dia bersalah menjaga anak-anaknya, itu urusan dia dengan Allah SWT. Bukanlah anak-anak yang patut menghukumnya.
MW: Bagaimanapun mak kita, terimalah dan sayangilah dia seadanya kerana dia yang melahirkan serta membesarkan. Kasih sayang mak tanpa Batasan, hargailah selagi mereka masih ada.
Pasang CCTV demi keselamatan isteri, luluh hati suami bila tahu isteri curang dengan lelaki lain.
Ujian buat suami ini, bayangkan perasaannya yang begitu sayangkan isteri akhirya mengetahui isteri yang dicintai tergamak menduakan dirinya.
Pasang CCTV Demi Keselamatan
Gara-gara memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) demi memantau keselamatan isterinya, luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta curang dengan lelaki lain semasa ketiadaannya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Lelaki tersebut, Peng Jichang yang berasal dari bandar Wuhan, China telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun.
Luluh Hati Suami
Disebabkan corak pekerjaan Jichang yang sering bertugas di luar kawasan, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV bagi memantau keselamatan isterinya dan sebagai menghilangkan rasa rindu.
Pada suatu hari, ketika Jichang memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya, dia terkejut melihat isterinya membawa pulang lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut di pelbagai sudut di dalam rumah mereka.
Bila Tahu Isteri Curang
Selepas diselidiki, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun, iaitu sebelum dia mengahwini wanita berkenaan.
Disebabkan berasa kecewa, Jichang akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak menunjukkan rasa menyesal selepas melakukan perbuatan tersebut. – AGENSI