Jadilah Pemaaf, Malaikat Cintai Orang Yang Jenis Memaafkan

Share

Payah nak jadi orang yang pemaaf bila hati selalu disakiti. Nak-nak pula bila kepercayaan yang pernah diberi dikhianati berulang kali.

Tetapi bak kata Hajjah Rohana Saad, kalau payah sangat nak maafkan dan berdendam… Itu maknyanya kita selari dengan sikap iblis.

Nauzubillah… Nah, jemput renungkan nasihat ini sejenak.

Tak Rugi Jadi Pemaaf

Semua pengalaman lalu kita sebaiknya di ambil pengajaran dan dicari hikmah daripadanya. Namun sebahagian dari kita kebingungan, bersedih, mengeluh bahkan menyalahkan dan berdendam dengan sesiapa yang terlibat dalam pengalaman tersebut. Ternyata pengalaman di beri ALLAH, adalah guru yang paling baik, tetapi kebanyakan dari kita tidak bersedia dan tidak mahu menjadi murid yang baik .

Renungkan nasihat dari seorang Ulama : ” Tak Ada Makhluk yang paling dendam, terkecuali IBLIS dendam kepada NABI ADAM alaihi’salam”. Jadi, kalimat ini bermakna :

1. Masih berdendam ertinya kita mengikuti langkah IBLIS menuju API NERAKA
2. DENDAM merosak JIWA, IMAN dan PAHALA.
3. DENDAM tidak berhujung kerana yang paling MAHA ADIL hanyalah ALLAH TA’ALA.

Jadi, serahkan masalahnya pada ALLAH sahaja, kerana kelak setiap manusia diminta pertanggungjawab pada perlakuan masing-masing.

Malaikat Cintai Orang Pemaaf

JADILAH PEMAAF dan memaafkan kerana SYURGAnya ALLAH merindukan orang yang pemaaf. MALAIKAT mencintai orang pemaaf dan banyak taubatnya.

Dendam apabila dipendam ia menikam dan melukakan. Tapi kemaafan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka.

Published by
Nadia