Jadilah orang baik, yang akan memberi manfaat kepada orang lain. Jadilah ‘syurga’ untuk dikenang. Kita hidup bukan sekali. Justeru perjalanan seterusnya perlu dibekali. Apabila kita menjadi ‘syurga’ untuk orang lain, maka nama kita akan diingati dan kita terus didoai biarpun sudah lama kita pergi.
Jika diberi pilihan, saya yakin kita semua mahu meninggalkan nama baik yang bakal menjadi sebutan biarpun setelah ketiadaan kita di dunia nanti.
Jadi, kita akan berusaha untuk menjadi orang baik lagi bermanfaat kepada mereka yang berada di sekeliling kita
Misalnya seorang perompak yag dianggap jahat yang membantu orang susah itu sesuatu yang melapangkan dadanya biarpun hakikatnya dia seorang perompak. Justeru, kesimpulannya ialah, melakukan kebaikan itu adalah satu tabiat.
Jika tabiat ini dapat kita terapkan dalam hidup maka kita akan tetap melakukan kebaikan biar apa pun status kita. Dia mungkin dikeji orang kerana seorang perompak tetapi ada juga yang mengenangnya kerana kebaikannya.
Kita juga tidak perlu berlakon untuk kebaikan kerana kebaikan itu adalah tabiat yang datang daripada satu keterbiasaan hati dan perasaan. Kita juga tidak perlukan mewar-warkan kebaikan kita kerana tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Lebih buruk ia akan membawa sakit hati mereka dan menyakitkan hati kita.
Jadi, memadai kita dapat meninggalkan nama pada orang yang kita sayang. Memadai kita dikenang oleh orang yang disayang sehingga akhir hayat mereka. Mereka akan sentiasa menghargai kita.
Mereka akan selalu mengingati apa yang kita lakukan kepada mereka kerana setiap perlakuan kita kepada mereka disertai dengan kasih pernah menjadi syurga mereka sewaktu hayat kita di dunia.
Saya pernah mendengar satu nasihat yang saya rasa sangat baik. “Jadilah syurga untuk pasangan kamu.
” Sangat benar. Kita perlu menjadi syurga bukan sahaja untuk pasangan tetapi pada anak-anak kita.Lagi artikel menarik di sini:
JAGA Mulut Menegur Orang Walaupun Niat BAIK, Silap Haribulan PUTUS Silaturahim
Kalau Ada Masalah, Jangan Jadikan Suami Orang Sebagai KAUNSELOR, Mereka BUKAN Penasihat TERBAIK
Jangan lupa FOLLOW kami di instagram
Kita dikatakan syurga bagi mereka apabila keberadaan kita sentiasa dinanti. Kita dinanti bukan kerana apa tetapi keberadaan kita sangat menyenangkan hati mereka. Biarpun kita tidak memberi harta tetapi kita memberi satu kesenangan perasaan yang datang secara tulus.
Menjadi syurga tidak sesukar yang dijangkakan kerana kita tidak perlukan wang berjuta dan harta yang bertimbun. Kita dikatakan syurga apabila kita tidak melakukan apa yang tidak disukai dan menyakitkan hati. Kita sentiasa menjaga hati mereka agar tidak terguris kerana mereka mungkin sudah banyak terguris dengan orang lain.
Kita jadi penyejuk hati mereka kerana hati mereka mungkin sudah tinggi suhunya. Kita sentiasa menyokong tanpa memaksa. Kita sentiasa mendengar biarpun telinga sudah mula menjadi tuli. Kita sering terlepas pandang untuk menjadi syurga. Mungkin kerana kita sentiasa mahu disyurgai tanpa mahu mensyurgai.
Saya selalu memberitahu mereka yang bertanya, cara mudah untuk menjadi syurga ialah jaga perbuatan kamu jangan sampai perbuatan kamu melukai pandangan mereka. Jaga tutur kamu jangan sampai lidah kamu menikam perasaan mereka.
Jaga diri kamu jangan sampai dia menghidu bau hingga menjauhkan dia dari kamu. Kita boleh bermanja tetapi jangan sampai mengada-ngada. Kita boleh bergurau tetapi jangan sampai merosakkan hubungan. Kita boleh menasihati tetapi jangan sampai kita meninggi diri. Kita boleh meminta tetapi jangan sampai membebani.
Sumber: Dato’ Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA)