Selalu kita dengar, bila ada pasangan meninggal terutamanya suami, perkara yang disebut-sebut tentulah harta peninggalannya. Masa inilah, ramai ahli keluarga yang mula sibukkan diri untuk membantu dan tidak kurang juga yang membuat kiraan untuk pembahagian harta.
Balu yang baru kehilangan suami tersayang tentulah tidak mampu membuat apa-apa sebab masih lagi dalam kesedihan. Apa yang difikirkan tentulah tentang masa depan yang harus dilaluinya bersama anak-anak.
Bagi ahli keluarga pasangan yang meninggal terutamanya mentua dan ipar duai tidak perlulah sibukkan diri dalam mempertikaikan hak masing-masing untuk dibahagikan mengikut syariat yang ditetapkan.
Sebenarnya, keadaan ini boleh menjadi parah dan tentu sekali isteri atau balu, apabila mentua dan ipar duai mula sibukkan diri untuk menegakkan hak yang dimiliki hasil daripada peninggalan ahli keluarganya.
Mungkin bertambah rumit dan menjadi hidup si balu bertambah susah bila adanya edisi campur tangan mentua dan ipar tentang harta yang dimiliki olehnya. Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk isteri agar tidak hidup susah pada masa akan datang. Kena beringat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta
Isteri Ambil Tahu Kewangan Suami, Bukan ‘Mata Duitan’ Tapi Elak Perkara Tidak Dijangka
Info Lebih Menarik DI SINI
Ini beberapa tanda hidup anda akan susah apabila ketiadaan suami satu hari nanti. Edisi mentua dan ipar.
Pertamanya jika ibu mentua yang pergi dahulu, tanah itu akan menjadi tanah pusaka dan akan difaraidkan. Melainkan adik beradik lain tidak mahu menuntut, tanah itu akan menjadi rebutan. Walaupun sudah ada rumah yang dibina dengan duit sendiri di atas tanah itu. Tetapi tanah itu adalah harta pusaka yang boleh dituntut waris lain.
Keduanya apabila si suami meninggal dan ibu mentua masih hidup. Ini juga boleh mendatangkan masalah jika si ibu mahu menggunakan tanah itu atau mahu menjual tanah itu. Silap-silap, anda akan dihalau dari rumah sendiri.
Ini bermakna, jika tiada si suami yang menjadi pelindung, ipar-ipar yang kelaparan ini akan bersedia membaham harta benda yang ditinggalkan dan sudah tentu anda menjadi orang yang mereka tidak sukai akan diabaikan. Hadirnya hanya pada menuntut harta faraid dan tidak datang bersama tanggungjawab.
Suami anda sebagai penyelamat, suami anda adalah pelindung. Tanpa dia, anda akan terdedah dengan bahaya.
Benar, bukan semua keluarga begini. Banyak keluarga mentua yang baik hati. Tetapi tidak terjadi kepada anda tidak bermaksud ianya tidak berlaku. Ini semua saya dapat dari perkongsian-perkongsian pembuat hibah dengan saya.
Mereka tidak yakin dengan masa depan, takut dengan ibu mentua sendiri dan ipar-ipar mereka. Malah, mereka sedar yang di sana pada bila-bila masa sahaja akan boleh membaham dengan rakusnya kehidupan yang anda dan suami bina sehingga hari ini.
Ingat, segala harta benda yang bukan di atas nama anda sendiri, anda boleh kehilangannya, melainkan tiada siapa yang menuntut.
Tolonglah baca dan jadikan iktibar. Jika anda seorang mentua, jadilah mentua yang tidak membebankan hidup menantu. Jika anda seorang ipar, jangan disibukkan harta adik beradik anda. Pasangan mereka lebih memerlukannya nanti.
Jagalah juga hubungan anda dengan mentua dan ipar. Jika hubungan itu baik, risiko terjadinya perkara yang tidak diingini akan berkurangan.
Jika kehidupan anda ada tanda-tanda seperti di atas, buatlah hibah. Kalau suami tak terbuka lagi hatinya, buat sendiri.
BroOhsem
MW: Memang betul. Walaupun tak semua mentua atau ipar duai sebegini, tapi kita sebagai isteri kena beringat untuk masa akan datang. Kita tak tahu apa akan berlaku.
Sumber: Akhtar Syamir
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita