Jadilah Isteri Tidak Menyusahkan Suami Penuhi Kehendak, Mampu Beri Nafkah Dah Cukup Bahagia

Share

Trend sekarang ini, melihat di media sosial yang macam-macam cara suami hadiahkan untuk isteri. Terus, isteri minta penuhi kehendak walaupun tahu suami hanyalah ‘biasa-biasa’ sahaja.

Kita tak tahu, di sebalik yang berlaku itu. Mungkin itu cara suami penuhi kehendak dan ada wang lebih untuk diberikan kepada isteri, tanda kasih sayang.

Tapi, bagaimana dengan isteri yang tahu suaminya hanyalah biasa sahaja tetapi setiap bulan tidak pernah ‘miss’ beri nafkah pada isteri.

Masih belum bersyukur, hinggakan ada isteri yang memaksa suami untuk memuaskan hati dengan barang-barang mewah. Sampaikan suami pun pening fikir untuk cari duit dan sediakan apa yang diinginkan oleh isteri.

Semuanya bergantung kepada isteri itu sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Kalau isteri sentiasa nak berlumba-lumba dengan orang lain, pantang tengok ada wanita atau jiran beli barang kemas, sanggup paksa suami belikan juga.

Itu salah dan sebagai isteri, jangan terlalu ‘menekan’ suami untuk semua itu demi penuhi kehendak dan kepentingan diri. Jadilah isteri yang simpati dan empati pada suami seperti yang dikongsikan oleh Suffiyah Ramadhani ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: 5 Perkara Ini Perlu Kita Sembunyikan Daripada Orang Lain, Tak Perlu Menunjuk Pun

Nak ‘Reward’ Diri Tak Salah Tapi Biarlah Bawa Kebaikan. Tak Perlu Menunjuk

Info Lebih Menarik DI SINI

Penuhi Kehendak Untuk Puaskan Diri Dan Menunjuk

Jadilah isteri yang ada empati dan simpati pada suami. Bukan yang meminta-minta dan menyusahkan lelaki dengan notasi bahawa suami kena sediakan semuanya untuk isteri.

Sediakan semuanya sehingga suami sendiri berhutang keliling pinggang dan membuatkan suami pening kepala nak memenuhi kehendak si isteri.

Akhirnya pergaduhan, rumah tangga tak aman. Sebab kehendak tak dituruti. Perhalusi semula niat ketika bernikah dahulu, jika dari awal niatnya harta – maka bakal hancurlah rumah tangga. Awal-awal sayang, lama-lama melayang. Kalau jadi apa-apa pada suami, isteri sebegini cepat-cepat nak angkat kaki. Kepanasan dia bila suami tak mampu penuhi keinginan dia lagi.

Tak Perlu Nak Ikut Orang Lain

Jangan ikut sangat trend. Orang lain pakai barang kemas, kamu nak juga. Tengok orang lain beli rumah besar, kamu nak juga. Bila orang lain ada kereta mewah, kamu nak juga. Seronok orang lain pergi bercuti, pun kamu nak juga. Tapi sayangnya, si suami hanya mampu beri nafkah yang asas sahaja.

Apa yang kita lihat di laman sosial ni, bukan semuanya benar dan hebat-hebat belaka. Kadang ada cerita yang kita tak tahu di sebalik sekeping gambar. Hidup kalau berlumba-lumba, memang tak akan pernah bersyukur apa yang ada.

Orang yang kita lihat bahagia, kita tak tahu mana ujian dan kesusahan dia nak sampai ke tahap itu. Lalu kita desak-desak suami untuk jadi macam dia juga.

Tak ke sedih namanya.

Sanggup baling periuk belanga, sebab suami tak belikan apa kita minta – itu ciri-ciri perempuan neraka. Demi nak buktikan pada semua, rumah tangga kita lah yang terhebat dan suami kita mewahkan kita.

Kalau nak hidup bahagia, lupakan soal harta. Asalkan dia bertanggunjawab memenuhi nafkah buat kita, jika ada lebih itulah rezeki namanya.

MW: Tak perlu nak ikut apa yang orang lain ada. Ukurlah baju sendiri. Hidup dengan suami dan anak-anak dengan penuh kasih sayang pun sudah cukup bahagia.

Sumber: Suffiyah Ramadhani

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora