‘Jadikan Ini Semua Asbab Hidayah’ Dr Zulkifli Mufti Pertama Jadi Menteri

Share

Pembentangan senarai kabinet 2020 semalam mencatatkan nama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perlantikan itu menjadikan Dr Zulkifli satu-satunya mufti yang dilantik sebagai menteri. Sebelumnya, Dr Zulkifli menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak Jun 2014 sehingga 9 March 2020.

Sebagaimana yang dikongsikan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ini, doanya agar perlantikan Dr Zulkifli dapat dijadikan asbab hidayah. Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu hati dekat denganNya.

Menteri Agama Negara Yang Dihormati

Syukur Alhamdulillah. Tahniah Tuan Guru Sahibus samahah Dato Seri Dr @drzulkifli.albakri yang teramat saya hormati dan sayangi Menteri Agama Negara kita. Betapa masyarakat dan anak muda kita memerlukan usaha berterusan terutama dalam membina jiwa anak muda dengan Islam.

Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingatlah lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat.

Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan.

Di wajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam… Tahniah Dr Zulkifli Al Bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli.

Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah

.

Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami.

Dr Zulkifli Mentahnik Bayi Yang Baru Lahir

Sepanjang menyandang tanggungjawab sebagai mufti, Dr Zulkifli terkenal dengan perwatakan warak dan sopan. Beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

Malah, beliau juga aktif menjawab dan berkongsi ilmu agama di laman sosial miliknya. Menjadikan golongan anak muda lebih mendekati beliau.

Dr Zulkifli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.

MW : Alhamdulillah.. syukur, semoga negara Malaysia terus dirahmati dan diberkatiNya.

Baca sini : Isteri tak boleh dikontrakkan, ini teguran mufti tentang drama Isteri Untuk Disewa.

Sumber/Foto : Ebit Lew, Harian Metro

Published by
Netty Ah Hiyer