Wahai wanita terutamanya yang bergelar isteri. Bergantung harap pada suami itu bagus, tetapi terlalu bergantung sepenuhnya pada suami itu perlu difikir-fikirkan semula baik buruknya. Hakikatnya, menjadi wanita kaya itu lebih indah dan hebat lagi kesannya.
Ini kerana, punya kebebasan kewangan yang lebih untuk berbuat apa juga impian yang dimiliki. Namun, jangan menjadikan kekayaan yang dimiliki itu medan kesombongan. Berpada-padalah.
Seronok baca perkongsian, Marlia Ramli ini. Mengajak wanita agar berusaha menjadi wanita kaya dalam masa yang sama mendapat redha Ilahi. Hadamkan tipnya.
TIKET BESAR.
Bolehkah wanita memiliki aset sendiri?
Tentulah, boleh!
1) Belajar ilmu menjana wang. Nafkah suami bagi, jangan habiskan pada barangan make up tetapi beli buku untuk tambahkan ilmu.
2) Elak hadkan dunia hanya suami dan anak-anak. Bergaul dengan ramai guru berilmu. Perhati dan tiru apa yang mereka buat. Setiap orang yang berjaya ada “resepi rahsianya”.
3) Wujudkan tabung sayang diri. Tabung ini tidak akan dikorbankan kepada sesiapa kecuali untuk persaraan diri. Daftar akaun emas GAP, konsisten menabung emas sehingga bersara. Emas sangat berkuasa bagi simpanan jangkapanjang.
4) Tolak jadi penjamin suami atau keluarga. Bank minta penjamin sebab tak yakin peminjam mampu bayar hutang. Jangan kita jadi bola tanggung hutang sesiapa.
5) Letak had. Nak reward orang yang disayangi? Letak had jangan melebihi 2/3 daripada kekayaan. Kak Lopa sendiri letak had maksima 1/4 sahaja. Lebih? Sorry, usaha sendiri! #apeni
Baca sini : Simpan duit ikut tarikh, hari, bulan, genap setahun boleh dapat RM5767
6) Bina mindset, suami hanya pinjaman. Ungka tak ambik, Tuhan ambik. Belajar fahami erti hidup dan tahu urus kewangan diri. Jangan selesa hatta suami kita orang baik-baik.
7) Anak-anak adalah proses. Mereka lahir, membesar dan kemudian tinggalkan kita. Elak letak nasib persaraan kita di tangan anak-anak. Sahabat pengharapan adalah kekecewaan.
Belajar daripada arjuna yang bijak. Mereka fokus, drive for results dan rajin bekerja. Learn from them. Arjuna sejati, kepimpinan mereka luarbiasa.
9) Bina boost untuk motivate diri
. Setiap kali capai sesuatu, reward diri dengan tingkatkan simpanan gram di akaun emas GAP. Anggaplah menabung sebagai terapi.10) Sponsor anak yatim atau ibu tunggal di dalam keluarga anda. Ini TIKET BESAR untuk kita meraih perhatian dan kasih sayang Allah.
Salam Sayang, wanita wajibkanlah diri kaya.
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
Sumber/Foto : Marlia Ramli
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW