Jadi suami kenalah selalu melihat, kena peka dan sentiasa mendengar. Cukupkan apa yang kurang.
Sekiranya dikurniakan isteri yang berat mulut dan lebih banyak memendam, suami harus mainkan peranan. Sesekali luangkan masa bersama isteri, habiskan masa bersama agar saling memahami.
Jadi Suami Kenalah Selalu Melihat
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar ini, suami, sesekali kena masuk ke dapur. Bukan setakat basuh tangan. Tolonglah memasak.
Bukan apa, kadang waktu itulah kita dapat tengok rupanya dapur masak isteri kita tu apinya dah kecil. Dah tersumbat sebelah. Tinggal sebelah sahaja yang elok.
Kabinet dapur punya laci sudah tercabut. Tunggu nak roboh saja.
Tengah potong sayur, pisau tak lut. Belum cuba potong daging lagi. Entah macam mana punya payah isteri kita cuba tekan pisau.
Blender pun dah macam bunyi enjin lori. Bunyi bising tapi bahan masak tak lumat pun.
Kena Peka & Sentiasa Mendengar
Banyak yang nak kena ganti dah.
Suami, sesekali basuhkanlah baju dekat rumah. Guna mesin basuh yang ada tu. Bukan setakat letak baju dalam bakul baju kotor sahaja.
Kadang masa itu baru kita perasan, pair air sudah bocor. Air menitik tak berhenti. Hos tempat air keluar daripada mesin basuh sudah rupa apa entah. Pecah pecah sampai air melimpah sana, sini.
Waktu itu juga baru kita tahu besi penyidai baju kita dah 10 tahun tak ganti. Daripada awal kahwin pakai yang sama. Siap berkarat sana sini.
Suami, sesekali jenguklah almari baju dekat bilik. Tolong kemas dan susunkan kain baju yang banyak dalam tu.
Kadang masa itu baru kita tahu, rupanya pintu almari tu tak boleh pakai. Sendal macam gitu sahaja. Silap sikit boleh terbalik pintu almari.
Iron baju kita pun silap-silap sudah barai. Jenuhlah isteri ini ironkan baju. Hati-hati takut terbakar baju. Yang ada tu jenis masukkan air, melimpah pula keluar. Basah bajunya.
Suami, jenguk lah juga sesekali ke bilik tidur anak-anak. Lapik kayu katil anak tu ada yang sudah patah. Anak asyik melompat selalu, patahlah. Bila tidur senget dah.
Langsir bilik anak pun sudah luntur. Warna sudah tak berseri. Kita tak pernah pandang.
Ads
Ada banyak lagi kerja rumah yang kita boleh buat. Bukan setakat dapat membantu isteri, tapi lebih utama kita tahu keadaan semasa rumah kita.
Mana yang rosak, perlu diganti atau cuma perlu dibaiki. Benda benda ni kita jarang perasan sebab kita tak pernah tengok.
Yang kita tahu persoal ke isteri bila lambat masak. Lembap kita kata. Padahal dapur rosak sebelah.
Baju kerja kita rosak. Bau kepam. Kisahnya mesin basuh rosak. Jadi basuhan tak sempurna. Kita marah marah je tahu.
Nak cari seluar kerja tak jumpa. Iyalah dah almari separa roboh. Memanglah jadi tak tersusun. Nak mencarinya bukan main payah.
Isteri tu bukan tak nak bagitahu. Diam sebab tak nak susahkan kita. Tak nak bebankan kita. Dia guna segala apa yang ada.
Selalu Mendengar Luahan Isteri
Jadi, kitalah kena selalu melihat. Tengok apa yang perlu.
Ads
TV, aircond, extension plug, meja kerja dekat rumah, sofa dan katil kita tidur memang lah kita tengok selalu. Sebab tu barang kita. Barang yang isteri guna hari hari ni kena perhati juga.
Begitulah hidup suami isteri. Ada banyak lagi. Tinggal kau kena peka dan selalu mendengar.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Suami juga.
Mingguan Wanita: Hidup berpasangan begitulah, kena saling memahami serta bertolak ansur. Jika berdepan masalah, luahkan pada pasangan, jangan dipendam hingga timbul mudarat.
Kata Ustaz Farid Rashidi, ‘ada isteri diuji mendapat suami yang bermasalah. Isteri dah elok pilih mahu berhijrah, berubah ke arah kebaikan. Sayangnya si suami yang jahil memerli dengan sinis.’
Seksa sungguh berdepan dalam situasi rumah tangga begini. Isteri rasa badan tu macam terbelah dua. Antara pilih penuhi keinginan hati nak berubah dengan pilih perasaan sayang pada suami masih menebal. Jika dilanggar amaran suami, bimbang sayang jadi berkurang.
Langsung, isteri tertekan dan tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jelas ustaz ini, kisah yang dipaparkan ini, kisah realiti yang benar-benar terjadi dalam sesebuah rumah tangga.
Jika isteri berdepan situasi semacam ini.. maka isteri jalan mana isteri perlu ambil.
Ajak Suami Solat, Isteri Pula Diperli Penuh Angkuh
“Bang, solatlah sama-sama.”
“Awak nak solat, solatlah. Tak payah nak suruh-suruh. Tahulah saya nanti.” Balas suami dengan wajah selamba.
”Hah, awak tau ke solat tu Tuhan terima ke tak?” Balas suami dengan kata-kata penuh keangkuhan dan perlian.
Ada juga kes, sudahlah tak solat, duit gaji habis pula bermain judi online. Nafkah isteri dan anak langsung terabai dek kerana habis wang pertaruhan. Allahu Rabbi. Kasihan sungguh. Berdouble-double buat dosa besar. Ini kisah benar. Realiti.
Bahkan teguran isteri secara baik-baik langsung tak diendahkan.
Para isteri, jika ada yang punya suami begini. Teruskan berhijrah. Jangan dengar perliannya hingga berputus asa untuk berubah. Ingat, soal rezeki Allah yang beri. Ikut syariat, pasti selamat.
Terus solat dan berdoa dengan sabar. Percayalah, DIA Maha Mendengar. DIA pasti terima solat dan doa hambaNya yang ikhlas.
Tak usah diikut arahan suami yang melanggar hukum Tuhan. Kalian ada pilihan, pilihlah jalan yang terbaik untuk masa hadapan. Kekal atau sebaliknya. Carilah jalan penyelesaiannya terbaik.
Anak-anak perlu didedahkan dengan penjagaan kebersihan gigi sejak dari kecil lagi. Penggunaan ubat gigi juga perlulah dalam kuantiti yang yang bersesuaian dengan umur mereka.Mak ayah perlu memantau perkara ini, agar kebersihan gigi anak-anak terjaga dan miliki gigi yang cantik sempurna tanpa kerosakkan.
Berikut antara jawapan yang dikongsikan oleh Doktor Gigi, Dr Iqbal Rosali yang selalu menjadi persoalan dari mak ayah sebagai rujukan.
MEMILIH UBAT GIGI UNTUK ANAK KECIL
“Adakah perlu ubat gigi?”
Bagi bayi yang BELUM ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.
Bagi bayi yang BARU TUMBUH gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.
Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.
American Dental Association (A.D.A) mencadangkan supaya menggunakan ubat gigi berflourida walaupun anak masih kecil. Untuk pemahaman dan bahasa yang lebih mudah, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.
“Ubat gigi yang mana perlu digunakan?”
(A.D.A) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida. Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Hat ni, ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.
“Tidak bahaya ke kalau tertelan ubat gigi?”
Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri. Nasihat secara general ialah hanya gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.Walaubagaimanapun, (A.D.A) menggalakkan untuk menggunakan ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi flourida untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan memyeluruh.
Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak tanpa flourida dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan?
“Macam mana taknak bagi tertelan?”
Pertama, yang paling penting kena pantau. Please. Pantau.
Kedua, Gunakan kuantiti yang betul. Ini juga penting. Please.
Bagaimana tahu kuantiti yang betul? Sila rujuk gambar rajah diberikan.
Kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.
Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pea. Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih. Kalau cuma sebanyak itu, tak payah berkumur.
“Boleh tak kalau tak guna ubat gigi?”
Boleh. Tapi pastikan gigi anak dibersihkan ke semua permukaan. Dan seperti yang telah diberitahu awal-awal, lebih baik perkenalkan ubat gigi dan biasakan lebih awal.
“Anak tak suka ubat gigi ‘mint’ sebab rasa pedas.”
Ubat gigi kanak-kanak tak ada mint. Yang ada mint cuma ubat gigi orang dewasa. Janganlah digunakan pada kanak-kanak. Belilah ubat gigi yang sudah dikhaskan untuk kanak-kanak. Ia ada rasa yang lebih ‘kena’ dengan citarasa anak-anak kecil.
“Anak saya guna ubat gigi dewasa.”
Kandungan flourida dalam ubat gigi dewasa tak sama dengan yang untuk kanak-kanak. Ia wajib dielakkan, lebih-lebih lagi jika anak tidak pandai meludah.
“Berus gigi anak saya bersemut. Adakah kerana ubat gigi manis?”
Ubat gigi kanak-kanak dirumus supaya sesuai dengan citarasa mereka. Mungkin sedikit manis tetapi bukan gula seperti dalam masakan yang digunakan. Itu tanggungjawab ibu bapa lah untuk pastikan berus gigi dibersihkan selepas digunakan.
“Anak saya tak mahu gosok gigi kalau tak ada ubat gigi.”
Ya. Memang digalakkan memberus dengan ubat gigi. Tetapi pastikan ciri-ciri ubat gigi seperti yang diceritakan dari atas dan gunakan kuantiti yang sebetulnya.
“Boleh cadang jenama apa yang sesuai?”
Sebagai seorang professional, adalah melanggar etika mencadangkan jenama tertentu. Secara amnya, semua ubat gigi di pasaran adalah baik. Paling utama, pastikan ubat gigi mengandungi flourida untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan.
“Bila sepatutnya tukar ubat gigi kanak-kanak kepada ubat gigi dewasa?”
Apabila gigi kekal pertama tumbuh iaitu sekitar umur 6 tahun. Keperluan gigi kekal adalah berbeza dengan gigi susu. Oleh itu lebih flourida diperlukan. Dan pastikan cuma gunakan ubat gigi sebesar kacang pea sahaja.
“Happy Birthday Sayang, Isteri Ku Dunia Akhirat” begitulah antara bait-bait ayat daripada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang terkenal degan gaya romantik dan menjadi pujaan wanita buat isteri tercinta.
Sempena ulang tahun kelahiran isteri Datin Rapidah Abd. Ghani yang ke 50, Jalaludin telah menitipkan kata-kata yang mampu membuatkan ramai orang tersenyum.
Sememangnya pelakon veteran hebat ini seorang yang mampu membawa kelainan apabila membawakan watak lelaki berusia tetapi romantik. Dalam realiti kehidupan Jalaludin juga dilihat sebagai seorang suami dan bapa yang cukup penyanyang. Beruntung sungguh isterinya.
“Happy Birthday Sayang, Isteri Ku Dunia Akhirat”
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun sosial rasmi Instagramnya, Jalaludin mendoakan kesejahteraan kesihatan dan juga kehidupan buat insan yang paling disayangi.
“Selamat ulang tahun yg ke 50.
“Semoga Allah kurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, di murah kan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.
“HAPPY BIRTHDAY SAYANG,
“ISTERI KU DUNIA AKHIRAT,” begitulah luahan yang cukup sweet dan membuangkan ramai orang terutama wanita di luar sana yang ‘bersemut’ mendengarnya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...