Jadi Suami Jangan Hanya Tahu Buat Anak, Kena Pandai Jaga & Uruskan

Share

Setiap pasangan mempunyai perancangan masing-masing sama ada ingin memiliki anak ramai atau sedikit. Namun memilih anak ramai atau tidak perlukan perbincangan antara suami dan isteri, bukan sebelah pihak sahaja.

Sebenarnya bukan mudah untuk membesarkan anak lebih-lebih lagi bagi keluarga. Mental dan emosi isteri perlu dijaga sebaik mungkin. Melainkan sang suami bijak menguruskan dan menjaga anak-anak. Bukan sekadar tahu buat anak semata.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :

Anak itu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri uruskan seorang diri…

Cuci berak, isteri… Bagi mandi, isteri… Pakai baju, isteri… Suap makan, isteri… Ajar kerja sekolah, isteri… Ajar mengaji, isteri… Tidurkan anak, isteri…

A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yang buat daripada dia baby sampailah anak itu besar… Kita yang jadi suami, terus serah bulat-bulat tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing itu atas bahu isteri…

Jangan Salahkan Isteri

“Tengok anak jadi macam itu sebab cara awak salah dalam membesarkan dia…”

Isteri salah sebab anak nakal… Isteri salah sebab anak hyper… Isteri salah sebab anak kurang pandai… Isteri salah sebab anak out of control…

Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?

Bukan bila dia sudah besar, baru kita nak marah-marah dia… Bukan bila dia sudah besar, baru kita nak tangan-tangankan dia… Bukan bila dia sudah besar, baru kita nak dekati dia…

Fungsi Ayah

Fungsi ayah itu sejak anak dilahirkan…

Dari situ kita dah kena bersama-sama isteri untuk membesarkan dan menguruskan anak…

Ini tidak, suruh basuh berak pun sudah marah-marah… Suruh ajar anak kerja sekolah, kita kata sibuk… Suruh main dengan anak, suruh layan anak, buat lah sejam… Lepas itu  tak tahan, tak nak dah, tak boleh dah, terus pass dekat isteri…

Ya, kita sibuk cari rezeki… Ya, kita keluar bekerja… Ya, kita balik rumah sudah malam… Ya, kita letih dan penat…

Tapi itu anak kita dan kita perlu untuk mendidik dan membimbingnya… Ianya lebih dari sekadar menyediakan kewangan dan keperluan untuk anak tersebut… Suami perlu bersama isteri dalam soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…

Jadi suami ini, jangan hanya tahu untuk buat anak, tahulah sekali untuk menjaga dan menguruskan anak…

Jangan biarkan isteri uruskan seorang diri…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Sebaiknya sebagai lelaki jadilah suami yang ringan tulang membantu tugas isteri di rumah. Sekurang-kurang sikap anda membuatkan perkembangan anak menjadi positif kerana mereka mendapat sentuhan yang seimbang iaitu daripada seorang ayah dan mak. Jangan sesekali bebankan isteri dengan segala hal, kemudian salahkan isteri tak pandai menjaga anak.

Published by
Syazwani Mehat