Memang benar bila jadi mak-mak ni pengurusan masa sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang masih kecil, penatnya memang berganda. Kena lebih kreatif dalam menguruskan anak-anak dan buat kerja rumah. Barulah tak terkejar-kejar buat itu dan ini, akhirnya kepenatan sendirian.
Perkongsian tip daripada Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini mungkin boleh menjadi rujukan dan panduan buat mak-mak dalam menguruskan rumahtangga.
Puan,
“Saya surirumah. Saya ada 4 orang anak. Paling besar darjah 2 dan yang kecik 1 tahun. Saya penat. Tolonglah saya.”
“Saya bangun pukul 5.00 pagi. Saya rasa macam saya tak dapat duduk sampailah pukul 11 malam.”
“Saya sangat penat dan ada masanya saya sampai fikir yang bukan-bukan. Macam nak larilah. Macam nak matilah. Macam nak tinggalkan anaklah. Dan macam-macam lagi.”
Jawapan saya:
1. Beli penyangkut baju banyak-banyak. Semua baju basuh, sangkut, sidai di luar dan bila kering, sangkut pada tempat penyangkut baju.
Jimat masa untuk lipat baju.
2. Beli bakul ikut jumlah penghuni rumah. Benda kecik yang tak boleh guna penyangkut, letakkan dalam bakul ini. Tulis nama setiap orang.
Jimat masa menyelenggara pakaian dalam dan kecil.
3. Masak seminggu sekali dalam jumlah yang banyak. Simpan dalam bekas kecil di freezer. Setiap pagi keluarkan bekas yang akan dipanaskan untuk lunch dan dinner.
Jimat masa masak.
4. Derma dan buang barang dalam rumah yang tidak dipakai. Dalam rumah mesti hanya terdapat barang yang diperlukan sahaja. Barang yang menyemak, sila keluarkan dari rumah.
5. Hadkan mainan anak kepada satu bakul sahaja. Lepas main mesti simpan. Jika tidak simpan, mainan akan disimpan selama beberapa hari sebagai hukuman.
Jika simpan, anak-anak akan dipeluk 2 minit sebagai rasa gembira mak.
Barang yang kurang menjimatkan masa mengemas dan tak perlu mengendali benda yang tak guna.
6. Latih anak kecil ikut masa tidur waktu siang. Selepas beberapa hari, mereka akan mula tido secara teratur.
Ada masa nak rehat sikit bila anak tidur.
7. Latih anak tidur pada waktu malam pada jam yang tertentu. Tutup semua lampu. Mula agak sukar tapi lama-lama anak akan tidur pada jam yang tetap.
8. Latih anak yang berusia setahun ke atas supaya tidak minum susu ketika malam. Bagi susu waktu nak tidur. Malam jika bangun, bagi air kosong. Anak akan mengamuk dan melalak. Dalam masa seminggu, anak akan tahu tiada susu di waktu malam dan akan tidur sehingga pagi.
Mak akan ada waktu tidur yang lebih panjang.
Jadi mak kena kreatif dan profesional. Mesti ada rancangan atas kertas. Jika tiada bantuan daripada suami, doakan Allah ganti balik semua penat di syurga nanti.
Selamat mencuba. Ambil yang sesuai sahaja.
Normaliza Mahadi
Baca Lagi Disini: Kadangkala Perasaan ‘Down’ Ni Datang Dari Persekitaran & Kehidupan Yang Serabut
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak, jadilah lebih kreatif dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga, agar dapat lebih jimat masa, tak penat sendirian.
Sumber: Normaliza Mahadi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI