Jadi Mak Ayah, Kalau Marah Anak Macam Mana Sekalipun, Ingat Jangan Sampai Lakukan 4 Perkara Ini

Share

Mendidik anak-anak memerlukan skil keibubapaan yang tinggi. Apatah lagi anak-anak yang kian membesar, mempunyai pelbagai ragam, perangai dan kerenah yang adakalanya memang menguji kesabaran dan mengundang kemarahan mak ayah tahap maksima!
Namun dalam menegur dan memarahi anak-anak macam mana sekalipun, harus ingat jangan lakukan 4 perkara berikut, kerana ia mampu beri pelbagai kesan buruk pada anak-anak nanti. Nota ringkas dibawah ini merupakan perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif .

Semua Mak Ayah Kena Tahu Yang 4 Cara Hukuman Ni Bahaya Untuk Anak

1. Pukul Muka
– Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.

2. Menampakkan kemarahan secara melampau
– Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.
Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.

3. Memukul sampai cedera atau luka


– Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.

4. Memaki dan mengherdik sesuka hati
– Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.
Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!

p/s : Tolong ingatkan pasangan masing-masing ye. Jangan sampai anak dah besar baru nak ubah cara didikan. Parut di kulit mungkin boleh hilang tapi parut kecederaan emosi akan efek si anak sampai la ke tua nanti.

Sumber:Taufiq Razif 

Published by
Suhaidah Abd Wahab