Satu kerisauan di hati isteri yang paling meresahkan ialah bila suami mula tunjuk tanda-tanda tak sayang. Atau suami mula tak melayan dirinya seperti sebelum-sebelum ini.Sepantas kilat, fikiran isteri buat perbandingan; suami ada orang lainkah? tak cantik lagikah aku di matanya. Walaupun tak payahlah fikir sampai begitu, tapi itulah kepakaran seorang isteri. Sebenarnya isteri boleh tawan kembali hati suami dengan memulakan langkah mengikut kaedah projek 5P yang dikongsikan oleh penulis Nik Mohd Iznan ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
P1 – PERIBADI
P yang pertama ialah peribadi. Isteri perlu menunjukkan sifat keperibadian yang unggul. Sifat keperibadian yang tinggi.
Dalam konteks ini, agama adalah penting. Jadikan wanita-wanita yang dijamin syurga sebagai idola. Ikut jejak langkah Siti Khadijah dan Siti Aisyah sebagai contoh serikandi.
Sabda Rasulullah S.A.W. sebagagaimana riwayat oleh Muslim: “Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”
Banyakkan membaca buku-buku, majalah dan laman web yang berunsur keagamaan. Sentiasa menghadiri majlis ilmu untuk memantapkan lagi ilmu agama. Jaga diri, jaga peribadi, jaga suami, insya-Allah syurga menanti.
P2 – PENAMPILAN
P yang kedua ialah penampilan. Siapa tidak mahu memiliki wajah yang berseri. Putih melepak macam selebriti. Gebu menawan macam roti. Pinggang ramping macam artis terkini.
Ada banyak produk-produk yang lulus KKM di pasaran. Namun jangan tersalah pilih produk. Nanti semakin teruk wajah. Yang penting, badan sentiasa wangi dan wajah berseri dengan senyuman. Jangan kedekut untuk keluarkan belanja bagi membeli pakaian-pakaian yang murah tapi cantik. Untuk suami juga.
Tidak kisahlah macam mana pun. Yang penting, sentiasa menjaga penampilan untuk suami. Urus diri sebaik mungkin. Jaga penampilan, suami sayang!
P3 – PEMAKANAN
P yang ketiga ialah pemakanan. Pemakanan di sini adalah merujuk kepada masakan di rumah. Dalam konteks zaman moden yang serba mencabar ini, ramai suri rumah berkerjaya tidak ada masa untuk memasak. Setiap hari beli lauk di kedai. Impaknya, suami jatuh hati kepada tukang masak di restoran Pattaya.
Tidak pandai masak, tidak ada masalah. Boleh belajar, belajar dan belajar. Balik kampung belajarlah dengan ibu sendiri atau ibu mentua. Malah, boleh buka Youtube belajar masakan. Sentiasa memperbaharui resepi-resepi terkini.
Jangan pernah tanya suami, “Sedap tak?”
Tapi lihat secara psikologi. Kalau makan bertambah, sedaplah itu.
P4 – PEMAKAIAN
P yang keempat ialah pemakaian. Bab penampilan sudah disebut dalam P2. Penampilan juga termasuk dalam pemakaian diri. Fokus pemakaian di sini ialah pemakaian suami. Jaga pakaian suami. Sentiasa bersedia dengan pakaian bergosok. Kotor basuh. Jangan biarkan suami basuh sendiri pakaian. Tapi kalau suami yang jenis ringan tangan tidak ada masalah. Itu tanda sayang.
Ambil tahu saiz kasut suami, saiz seluar, saiz baju, seluar yang macam mana digemari suami dan lain-lain.
Kalau suami tanya pendapat tentang fesyen, jangan jawab acuh tidak acuh. “Baju yang ini dengan yang ini mana cantik?” “Dua-dua cantik.” Wahai kaum hawa, jangan jawab begitu. Ambil masa, dan fikirkan jawapan yang lebih sesuai. “Dua-dua cantik. Tapi yang merah ini lebih menampakkan keberanian abang.” Ha, begitu.
P5 – PENGURUSAN KEWANGAN
P kelima ialah Pengurusan Kewangan. Ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ada yang turut bekerja membantu suami. Malah, ada wanita yang menjawat jawatan sebagai CEO, dengan gaji yang lebih tinggi daripada suami.
Suami suka isteri yang tidak boros, cermat, dan pandai berbelanja. Dengan kata lain, sangat cekap dalam bab-bab pengurusan kewangan. Banyakkan juga membaca buku-buku tentang kewangan dan peluang-peluang pelaburan.
Ini demi masa depan anak-anak juga. Rajin-rajinlah menyimpan. Biar sedikit, yang penting ada juga menyimpan. Suami sangat suka kalau tiba-tiba isteri tiba-tiba mengusulkan begini:
“Abang, jom pergi Langkawi lepas raya. Sayang belanja.”
Sumber: FB Nik Mohamad Iznan via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lafaz cerai secara kinayah atau lafaz sindiran perlu dibuat pengesahan bila timbul was-was. Oleh itu jangan dibuat main-main iya mak,ayah. Siapa tengok Drama 7 Hari Mencintaiku 2 baru-baru ini. Fokus time saat Khuzairi halau Mia ketika majlis akad nikah itu.
Haa kalau nak tahu itulah antara bentuk lafaz cerai secara Kinayah yang perlu dibuat pengesahan iya. Ikuti perkongsian Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam baik-baik ya.
Antara contoh Lafaz Kinayah (sindiran):
1- "Mia pergi Mia, Mia pergi abang tak nak tengok muka Mia lagi"
2- "Mak Ri tak boleh tengok muka dia lagi mak, suruh dia keluar"
3- "Ri dah tak boleh nak halang, Ri dah tak boleh nak gapai, sebab itu Ri bagi dia pergi"
4- "Mia, pergilah sejauhmana yang Mia nak, semoga hidup awak lepas ini akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi"
Cerita-cerita juga, mana yang dapat kita tapis jadikan ilmu dan pengajaran itu kita ambil.
Bila Timbul Was-Was Kena Buat Pengesahan
Yang mengada-ngada, yang jadi batu api, yang jadi perampas, yang jadi bongkak, hidung tinggi dan lain-lain watak dalam cerita itu jangan diambil pula.
Bila sudah jadi macam dekat atas itu, lebih-lebih lagi bila rasa was-was dan ragu-ragu, adalah sebaiknya buatlah pengesahan lafaz di Mahkamah Syariah di tempat maustatin. Untuk apa???
Bukankah mengambil langkah berhati-hati itu jauh lebih baik daripada sikap sambil lewa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu. Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda; "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dikirakan bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk."
Jangan Main-main Dengan Hukum Hingga Was-was
Apa yang penting. Jangan main-main dengan hukum.
Bab kenapa Mia dan Khuzairi berbaik macam biasa macam tak ada apa yang berlaku saja, mungkin sebab Pengarah filem nak adakan scene 7 Hari Mencintaiku 3.
Apa yang penting menontonlah sesuatu perkara dengan ilmu. Insyallah banyak manfaat dan iktibarnya 
****************
INFO:
Boleh Rujuk Link Penulisan saya di bawah untuk mengetahui lebih details berkenaan Lafaz Kinayah :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1715412485282254&id=182598295230355
#RabiatulAdawiyahRamli
#CelikMindaSyarie
#7harimencintaiku2
#LafazKinayah
MW: Tak salah nak tengok drama bersiri kerana masing-masing ada hobinya. Cuma yang baik kita jadikan pengajaran dan yang buruk kita jadikan sempadan.
Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak dinafikan bagi seorang isteri, menguruskan rumahtangga dan anak-anak cukup melelahkan. Melakukan rutin yang sama setiap hari, bertahun-tahun, adakalanya membuatkan diri rasa cukup tepu. Mulalah rasa tidak gembira, riak wajah tak berseri dan kurang bersemangat!
Sedar atau tidak situasi ini sebenarnya adalah ‘parental burnout’. Adalah sangat penting bagi seorang suami, bersikap prihatin dengan keadaan isteri ini. Harus bantu isteri, ubah rutin hariannya agar kembali ceria dan bersemangat dalam menguruskan rumahtangga.
Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan;
Bila wajah bidadari saya dah mula kusam dan redup, benda pertama yang akan saya suspek adalah PARENTAL BURNOUT.
Ya, kadang kadang parental burnout ni bukan disebabkan kepenatan pun tapi sebab kita duk ulang ulang circle, rutin dan pattern yang sama bertahun tahun.
Bangun pagi
Kejut anak
Mandikan anak
Kemas baju anak
Pergi kerja
Balik kerja
Ajar anak mengaji
Sambung jaga anak
Dan seterusnya
Ianya adalah circle dan pattern yang sama je tiap hari bidadari saya ni buat. Dah la bidadari saya ni jenis Extrovert yang mana dia dapatkan semangat dan tenaga bila bersosial dan bersilaturrahim dengan orang lain. Bukan sekadar rutin bersama anak sahaja!
Jadi untuk merawat Parental Burnout isteri saya ni saya guna teknik BREAK THE ROUTINE. Ya, saya akan bawa dia keluar daripada rutin harian dia dengan tolong dia buat kerja rumah yang dia selalu buat, minta dia ambil cuti masa weekday dan pergi dating, hantar anak ke pengasuh sekali sekala dan pergi dating berdua atapun bawa je semua bercuti ke tempat yang tak pernah dilawati.
Ya, saya bagi NEW EXPERIENCES, NEW FEELINGS dan NEW ROUTINES pada bidadari saya. Mengejutkan, dia akan kembali bersemangat, badan kembali cergas dan wajah akan kembali jernih dan tenang!
Jadi kepada suami di luar sana, tolong BREAK THE ROUTINE para isteri kita. InsyaAllah para isteri takkan mengalami Parental Burnout lagi. Cubalah sendiri.
Taufiq Razif
Say No To Parental Burnout
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, sikap prihatin suami, ubah rutin kebiasaannya isteri mampu membuatkan dirinya kembali bersemangat, badan kembali cergas dan wajah akan kembali jernih dan tenang.
Sumber: Taufiq Razif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenarnya, dalam berumah tangga tidak ada resipi khas “pengikat” suami. Semuanya soal hati kerana hati manusia ini adalah milik Allah SWT. Sebaik manapun kita melayani suami, jika Allah mahu balikkan hatinya, ianya tetap berlaku dengan kehendak Allah.
Begitu juga hati isteri, biar pun telah dikurniakan suami yang sempurna, namun bila hatinya mulai bosan, dia tetap beralih mencari orang lain. Sehebat mana pun kita sebagai isteri atau suami, semuanya adalah bergantung kepada Ketentuan Allah.
Ketika saya menjadi seorang isteri dulu, saya telah memberikan perhatian serta layanan kepada bekas pasangan saya dengan sebaik mungkin.
Saya berkata begini bukanlah untuk memuji diri. Saya yakin dan percaya bahawa semua isteri di dunia pasti telah berbuat hal yang serupa kepada pasangan mereka.
Dari makan, pakai, minum, percakapan yang tidak pernah membangkang apa lagi untuk meninggikan suara. Bahkan saya tidak pernah berkata “Ah” kepadanya sebagai tanda tidak setuju.
Apa lagi untuk marah, menghentak kaki dan menghempas pinggan dengan kuat ketika mencuci atau menghempas pintu sebagai tanda protes.
Tidak pernah sama sekali.
Tiada Resipi Pengikat Suami
Saya dididik dan membesar dalam keluarga yang sangat menghormati suami. Saya melihat arwah ibu menyenduk lauk ke pinggan ayah, menyediakan dan memilih baju untuk dipakai kepada ayah setiap hari.
Tuala bersih dan stokin disiapkan. Bahkan dia kadang menyikat rambut ayah dan memastikan fesyen rambut ayah kemas sentiasa.
Ketika ayah saya masih bekerja dengan tentera udara, uniform ayah sentiasa berkanji dan diseterika dengan sebaiknya. Kasut berkilat siap tersedia di hadapan pintu setiap pagi bila ayah keluar bekerja.
Ibu-ibu saudara dalam keluarga saya juga begitu. Bahkan adik-beradik perempuan dan sepupu-sepupu saya juga sama.
Jadi ianya adalah perkara biasa buat kami.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Pun begitu saya ingin memberitahu satu perkara. Bahawa dalam berumah tangga, tidak ada resepi khas atau formula tertentu untuk “pengikat” suami.
Bukan cantik yang menentukan perkahwinan kekal. Selain itu, bukan penghormatan atau pengabdian seorang isteri.
Dan bukan juga jagaan yang paling baik buat suami tidak lari. Atau bukan bijak atau memiliki kerjaya hebat yang membuat suami bangga tidak terkira.
Malah, bukan juga pengalaman saya paling hebat dan orang lain tidak rasa. Bukan saya isteri yang paling baik di dunia dan cara orang lain menjaga suami mereka tidak kena.
Bukan.
Saya menulis juga bukan kerana saya pandai. Atau kerana saya sahaja yang tahu segalanya…
Tiada Resipi, Hati Itu Milik Allah
Tetapi ikatan perkahwinan itu lahir dari perasaan dan hati. Dan hati itu milik Allah. Ia boleh merubah cinta dan sayang. Bisa sahaja ia kekal lama. Atau berubah dalam sekelip mata.
Jika tidak hati pasangan yang berubah. Mungkin juga hati kita. Walau bagaimana cinta dan sayang pun kita kepada seseorang, hingga kita berasa sanggup harungi segala untuk si dia… Perasaan ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja.
Kerana apa? Ya…
Kerana hati kita dan dia, bukanlah milik kita. Ianya milik Allah dan tidak lain dari-Nya.
.
Namun, sentiasalah berikan hati, cinta, kasih sayang, rasa hormat yang mendalam kepada pasangan yang kita kasihi dengan penuh kebaikan.
Kerana setiap perbuatan baik tidak akan pernah membawa kesalan. Melainkan rasa lapang dada yang sangat sangat menenangkan jiwa.
MW: Semoga rumah tangga mak, ayah sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Usahakan yang terbaik untuk rumah tangga, kerap berdoa dan selebihnya serah segalanya pada Allah yang Maha Kuasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI