Jadi Isteri Ini Tak Mudah, Macam-macam Ujian Datang Bila Bergelar Isteri

Share
Sememangnya jadi isteri bukan mudah, macam-macam ujian datang bila bergelar isteri. Ada yang diuji dengan sikap suami yang makan hati, kemudian ada pula suaminya baik , ibu mertua pula bermacam ragam.
Macam-macam ujian timbul bila bergelar isteri. Bagi yang kuat iman dan tinggi sabarnya, mungkin dia sanggup bertahan hingga hujung nyawa. Namun jika sudah takdirnya rumah tangga yang dibina berakhir di tengah jalan, maka menyerah sajalah.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik iya:
Jadi isteri ini tak mudah…
Kalau jadi isteri ini mudah, maka tak tinggilah statistik penceraian di mahkamah syariah…
Macam-macam ujian yang hadir bila mana status itu bertukar menjadi isteri…
Ada yang terpaksa berhadapan dengan karenah mertua dan ipar biras… Ada yang hari-hari makan hati dengan sikap dan perbuatan pasangan…
Belum lagi diberi ujian kesusahan, lambat dapat zuriat, kehadiran orang ketiga dan sebagainya…
Baca Juga Di Sini:
Untuk info menarik, klik saja di sini.

Macam-Macam Ujian Datang

Tapi itulah, masih ada lagi isteri di luar sana yang sedang bertahan dengan ujian-ujian yang dihadapkan Allah SWT terhadapnya…
Diselitkan sisa-sisa kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang masih ada dalam diri untuk melalui hari demi hari…
Kalaulah “isteri” itu satu pekerjaan, sudah lama dah letak jawatan, cari pekerjaan yang baru, yang lebih bahagia, malah yang lebih gembira atau yang tidak ada hendak bersengkata dan tak dimengata oleh sesiapa…
Hati sendiri pun lebih terjaga… Jiwa tenang, fikiran tak serabut…

Bila Bergelar Isteri Pelbagai Ujian Datang

Mungkin ada yang akan merasa lelah, segelintir pula mungkin ada yang akan mengalah dan mungkin juga ada yang akan menyerah…

Namun ingatlah, walaupun hidup ini jadi tak seindah yang kita bayangkan dulu, namun kita masih boleh berubah… Berubah untuk mengubah apa yang kita lalui dan alami…

Kadang-kadang perubahan yang kecil itulah yang akan membawa kesan yang besar dalam hidup kita…
MW: Tak kiralah sama ada mak-mak menyerah atau Bersabar dengan ujian yang datang dalam rumah tangga, pilihlah jalan yang terbaik. Fikirlah kepentingan diri sendiri daripada menjaga hati orang.
Sumber: Firdaus Shakirin
Published by
Syazwani Mehat