Sememangnya jadi isteri bukan mudah, macam-macam ujian datang bila bergelar isteri. Ada yang diuji dengan sikap suami yang makan hati, kemudian ada pula suaminya baik , ibu mertua pula bermacam ragam.
Macam-macam ujian timbul bila bergelar isteri. Bagi yang kuat iman dan tinggi sabarnya, mungkin dia sanggup bertahan hingga hujung nyawa. Namun jika sudah takdirnya rumah tangga yang dibina berakhir di tengah jalan, maka menyerah sajalah.
Tapi itulah, masih ada lagi isteri di luar sana yang sedang bertahan dengan ujian-ujian yang dihadapkan Allah SWT terhadapnya…
Diselitkan sisa-sisa kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang masih ada dalam diri untuk melalui hari demi hari…
Kalaulah “isteri” itu satu pekerjaan, sudah lama dah letak jawatan, cari pekerjaan yang baru, yang lebih bahagia, malah yang lebih gembira atau yang tidak ada hendak bersengkata dan tak dimengata oleh sesiapa…
Hati sendiri pun lebih terjaga… Jiwa tenang, fikiran tak serabut…
Bila Bergelar Isteri Pelbagai Ujian Datang
Mungkin ada yang akan merasa lelah, segelintir pula mungkin ada yang akan mengalah dan mungkin juga ada yang akan menyerah…
Namun ingatlah, walaupun hidup ini jadi tak seindah yang kita bayangkan dulu, namun kita masih boleh berubah… Berubah untuk mengubah apa yang kita lalui dan alami…
Kadang-kadang perubahan yang kecil itulah yang akan membawa kesan yang besar dalam hidup kita…
MW: Tak kiralah sama ada mak-mak menyerah atau Bersabar dengan ujian yang datang dalam rumah tangga, pilihlah jalan yang terbaik. Fikirlah kepentingan diri sendiri daripada menjaga hati orang.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meriah sungguh ucapan Hari Ibu di laman sosial dua tiga hari ini, walau dah berlalu tapi aura hari istimewa mak-mak tetap dirasai. Bukan hanya kita-kita saja yang excited tepek gambar bersama mak tetapi artis pun sama dan salah seorang yang menjadi perhatian netizen ialah ucapan istimewa Dato’ Fazley Yaakob buat insan tersayang.
Apa yang menarik, dalam ucapannya terselit cerita suka duka sepanjang 13 tahun berumah tangga. Kalau orang lain diuji tentang rezeki duit, lain pula kisah dugaan pasangan suami isteri ini. Namun apa yang terjadi, mereka berdua dah redha dan sekarang saling menghargai apa yang Allah bungkuskan saat ini dengan 4 orang anak walau isterinya, Azrene Ahmad pernah keguguran sebanyak 10 kali.
“Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya.”
Kata-kata Buat Ibu Tersayang
“Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik-adik serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu-cucu kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi”
Luahan Buat Isteri Tercinta
“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad”
Ini Ucapan Buat Mentua
“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!”
Kasih Sayang Seorang Suami Buat Isterinya
Kalau ikuti di laman Instagram milik Dato’ Fazley Yaakob, ternyata dia seorang suami yang penyanyang dan sangat menghargai isterinya. Tak pernah terlupa wish hari-hari penting buat ‘orang rumahnya’ dan ibu tersayang. Ini salah satu ucapan manis seorang lelaki berpangkat suami buat isterinya…
“Thank you Adik sayang, @azrene_ahmad sentiasa berdiri teguh di belakang abang, walau pun abang teruk di cerca, dimaki dan dihina dari awal kita berkahwin. “Syurga isteri di bawah telapak kaki suami”.. maka abang doakan syurgalah tempatmu nyawaku. Segala pengorbanan adik buat abang dan anak-anak, jasa adik pada arwah bapak dan uwan, bakti adik pada ibu @rsd.umi , serta kasih sayang adik yang tak putus putus pada ibu kandung adik sendiri malahan sentiasa mendoakan beliau di dalam solat. Tabahlah isteri ku, Allah maha adil Maha mendengar! Bertahanlah nyawaku ❤️”
Kenapa Panggilan ‘Adik Sayang’
Mungkin ada yang tak perasan tentang isu panggilan Dato’ Fazley Yaakob pada isterinya, namun di Twitter agak ‘panas’ sekejap. Macam biasa, ada yang komen positif dan ada sesetengah netizen pertikaikan kenapa panggilan ‘ADIK’ pula digunakan buat isteri tersayang. Haaa… khas buat anda yang rasa pelik sangat, ini cerita sebenar dari pihak Dato’ Fazley sendiri…
“Wow ramainya berasa pelik kenapa saya panggil isteri saya “Adik Sayang” . Macam ni ceritanya, Isteri saya anak bongsu, so semua ahli keluarga dia panggil dia “Adik”, lepas tu masa saya jumpa dia di Albert Hall #London (Semasa menguruskan concert Datuk Siti Nurhaliza) it was love at first sight.
Saya ingat dia baru berumur 18 tahun, saya pun naturally panggil dia “Adik” dan dia panggil saya “Abang”, sebab kami berdua agak traditional dari segi panggilan ni. Nak dijadikan cerita, arwah Bapak saya panggil ibu saya @rsd.umi sebagai “Dik Mi”, so bila saya dah makin rapat dengan Azrene, panggilan manja kami terus menjadi “Adik Sayang” dan “Abang Sayang”, dan panggilan ni lekat walau pun kami dah ada 4 orang anak dan 13 tahun bercinta, dah jangan gaduh-gaduh sebab nak mencari sebab kenapa saya panggil @azrene_ahmad “Adik” ok?”
Jadi tak perlulah kecoh-kecoh tentang panggilan apa yang pasangan ni nak guna ya. Moga penjelasan ini dapat memuaskan hati semua pihak, dan team Mingguan Wanita sendiri mendoakan moga hubungan Dato’ Fazley Yaakob sekeluarga makin bahagia dan murah rezeki. Kita doakan yang baik-baik, in shaa Allah yang baik-baik itu juga akan balik pada kita.
Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya bukan mudah mak-mak menjadi “guru”. Oleh itu tabahlah mak-mak hadapi PdPR, ajarilah anak dengan hati bukan emosi biarpun payah.
Tidak dinafikan, melakukan tugas dari rumah dan dalam masa yang sama perlu mengajar anak sepanjang PdPR berlangsung amat menguji kesabaran mak-mak. Kalau anak sudah besar, mungkin mak-mak hanya perlu pantau dari jauh.
Tabahlah Mak-Mak Hadapi PdPR
Namun berbeza bagi mak-mak yang memiliki anak yang masih kecil, anak memerlukan pemantauan penuh dan mak-mak perlu berada di sisi anak sepanjang PdPR berjalan.
Oleh sebab itu membuatkan mak-mak jadi kurang waras setiap kali berdepan pelbagai karenah anak-anak sejak bergelar guru interim kala ini:
Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ajarilah Anak Dengan Hati Bukan Emosi
Ajarilah anak anakmu dengan hati bukan emosi.
1. Pastikan dulu hati mu tak serabut sebelum mengajar. Hati serabut punca kita mudah nak marah.
2. Pastikan dulu hati mu tidak terburu buru. Bila terburu buru itu yang emosi kita meluru luru cepat melenting.
3. Pastikan dulu hati mu tak ada emosi terpendam. Kadang kita marah kat orang lain anak yang jadi mangsa.
4. Pastikan dulu hati mu tidak ada expectation yang tinggi tinggi pada anak. Expectation tinggi sangat punca kita senang tertinggi suara.
5. Pastikan dulu hati mu tidak tertekan. Hati yang tertekan buat kita cepat hilang sabar pada anak.
Kredit foto: FB Mohd Fhais Salim.
6. Pastikan dulu hati mu boleh menerima sepenuhnya segala kelemahan anak kita. Baru kurang rasa tidak puas hati.
7. Pastikan dulu hati mu bebas dari harapkan pujian orang lain tapi fokuslah memuji anak sebanyak-banyaknya.
8. Pastikan dulu hati mu boleh fokus pada anak sahaja ketika itu. Dari fokus itulah datang rasa ikhlas hendak mendidik.
9. Pastikan dulu hati mu sudah ada niat baik mahu mendidik anak, bukan sekadar untuk jadi pandai tentang dunia tapi biar dia pandai sampai akhirat.
10. Pastikan dulu hati dan jiwa mu tenang-setenangnya baru anak rasa senang nak belajar dengan kita. Bila hati dan jiwa tak tenang, mendidik pun boleh jadi mencemuh!
Tabahlah wahai hati hadapi pdpr ketika ini. Itu cabaran untuk kita upgrade diri kita. InsyaAllah.
MW: Rasanya sejak anak-anak PdPR, mak-mak sudah banyak upgrade ilmu dan ulangkaji banyak pelajaran sejak tinggalkan zaman sekolah dahulu bukan? Hihihi… Jadi teruskan bersabar, sudah pasti ada hikmahnya dengan setiap apa yang berlaku.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Rutin setiap hari, mak bangun siapkan sarapan, anak masih lagi tidur. Selesai sediakan sarapan, mak kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Suami awal pagi dah gerak. Anak-anak pula bersedia untuk di hantar rumah pengasuh atau taska. Malamnya pula, hanya ada masa dua tiga jam sahaja dengan anak-anak. Inilah setiap hari yang dialui oleh mak ayah yang bekerjaya.
Sedar tak sedar, anak dah makin membesar dan masa kecil dengan mereka langsung tidak di rasa. Sedihnya. Rasa ingin kembalikan zaman kecil anak-anak ini dan tumpukan sepenuhnya pada mereka.
Masa yang berlalu tidak akan berulang. Tapi dengan masa yang ada ini gunalah sepenuhnya dan curahkan kasih sayang yang ada untuk anak-anak serta keluarga. Bagi mak ayah boleh gunakan tip ini untuk tunjukkan kasih sayang pada anak-anak agar mereka rasa tidak disisihkan, malah lebih dikasihi dan dicintai.
Beri Kejutan
Anda jarang memberi hadiah untuk anak. Mungkin setahun sekali sempena hari lahir. Tetapi, tidak salah untuk anda membuat beberapa kejutan yang tidak pernah terduga oleh anak anda. Contohnya, membeli aiskrim atau barang mainan yang disukai. Anda tidak perlu memanjakan mereka tetapi sekali sekala tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang.
Lagu Istimewa
Lagu atau syair ciptaan anda sendiri dapat menjadikan kenangan manis untuk anak anda apabila dewasa. Anda boleh menyanyi atau bersyair ketika bermain bersama atau sedang di bilik tidur.
Membaca Buku Cerita
Selain menyanyi atau bersyair, anda juga boleh luangkan masa dengan membacakan buku cerita dengan memilih cerita kegemarannya. Walaupun, anak anda meminta berulangkali, jangan dikesalkan. Sebaliknya, tunjukkan kesabaran kerana ia dapat membuatkan anak anda bahagia.
Berbaring Bersamanya
Waktu tidur adalah masa yang tepat untuk anda berkongsi perasaan dengan si kecil. Berbaring bersama mereka seketika dan berkongsi cerita tenang perkara yang anda lakukan. Anda juga boleh mendengar keinginan, kesedihan dan kegembiraan yang dilaluinya. Tentu membahagiakan.
Catatan Cinta
Jika anak anda belum dapat membaca, anda boleh gambarkan sesuatu tentang cinta dan perhatian anda kepadanya. Tampalkan catatan cinta di tempat-tempat yang kerap mereka lihat seperti bekas berus gigi, bawah pinggan makan dan sebagainya.
Isyarat Khusus
Buatlah isyarat khusus dengan gerakan tangan yang bermaksud ‘I Love You’ dan anak ini dapat lakukan semasa mereka ke sekolah atau berjauhan dengan anda.
Bercuti
Luangkan masa untuk mengimbas kembali dengan anak-anak tentang perkara yang mengasyikkan. Atau anda juga boleh bercuti dalam masa yang singkat di tempat yang menarik. Inilah salah satu perkara yang boleh menghilangkan rasa penat dari rutin seharian.
Tak kisah, anak kecil ataupun anak makin membesar, sekurang-kurangnya dia tahu kita tidak pernah lupa, walaupun sibuk dengan kerja. Moga anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang mak ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...