Jadi guru demi tunaikan impian ibu, begitulah jawapan apabila ditanya mengapa dia memilih menjadi guru, Ainul Fatmy Binti Shamsuddin menjelaskan semuanya kerana doa seorang ibu.
Jadi Guru Demi Tunaikan Impian Ibu
“ Ibu saya memang menginginkan anaknya menjadi guru untuk mencapai cita-citanya yang tidak kesampaian. Rentetan itu, timbul minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.
” Setelah menuntut di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, saya memang jatuh cinta dalam bidang perguruan kerana ingin memberi sumbangan kepada anak-anak bangsa dan negara.
“ Mula timbul rasa hormat dalam diri saya terhadap bidang Pendidikan. Saya ingin menjadi salah seorang pendidik anak bangsa yang membuka mata dan minda anak-anak kecil mengenal dunia dengan ilmu berfaedah yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian.
“ Pandangan saya kerjaya guru ini sangat mulia dan hanya guru yang tahu ketinggian bidang perguruan.
” Walaupun mungkin zaman sekarang masyarakat tidak memandang tinggi akan kerjaya guru, pada saya kerjaya guru sangatlah membanggakan kerana bukan sahaja kita dapat kejayaan di dunia malah di akhirat,” ujar guru yang berkhidmat di Sekolah Bukit Raya yang terletak di Cheras, Selangor ini.
Jadi Jurulatih Bercerita
Jadi guru buat Ainul puas apabila anak didik yang diajar itu daripada tidak tahu mengeja dan membaca serta menulis akhirnya dapat membaca dan menulis.
“ Kejayaan juga kepada saya apabila dapat mengembangkan bakat anak didik ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh saya berminat dalam menjadi jurulatih bercerita. Dan saya melatih sehingga murid mendapat tempat di peringkat daerah dalam pertandingan bercerita selama beberapa tahun.
” Kepuasan apabila kita dapat buat apa yang kita minat dan dapat ajar anak-anak didik serta dapat mengembangkan potensi mereka.”
Banyak cerita menarik yang boleh dikongsi oleh Ainul sepanjang dia mengajar dan menjadi guru kelas tahun 1 selama lima tahun.
“ Saya akan dapat anak didik baharu setiap tahun dan mereka mempunyai perangai serta sikap yang berbeza. Mereka jadi rapat dengan saya sehingga pernah anak murid memanggil gelaran mama kepada saya kerana mereka menganggap saya ibu di kelas mereka.
“ Tetapi saya jelaskan bahawa mama hanya di rumah. Di sekolah walaupun cikgu seperti ibu, awak tetap kena panggil cikgu supaya amalan professional sebagai guru diterapkan di sekolah.
“ Cerita menarik lain pula, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ibu bapa murid di kelas saya dan mereka banyak memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada saya tanpa mengira masa. Ada sahaja hadiah yang diberikan oleh murid dan ibu bapa kepada guru kelasnya.”
Amalan Bersedekah Pengurus Dedah Arwah Siti Sarah Bantu Dalam Diam, Tidak Suka Dihebahkan
Empat Bulan Lamanya Ambil Hati Mertua, Akhirnya Guru Disatukan Dengan Bekas Pelajar
Cabaran Melayan Ibu Bapa
Bercerita mengenai pengalaman juga, Ainul tidak dapat melupakan pengalamannya menguruskan murid-murid tahun 1.
“ Kebanyakan ibu bapa akan selalu menelefon saya untuk meminta saya memujuk anak mereka ke sekolah jika anak mereka buat perangai tidak mahu ke sekolah. Kata ibu bapa ini, anak-anak mereka akan lebih mendengar cakap cikgu berbanding ibu bapa. Saya juga sering diminta oleh ibu bapa untuk menasihatkan anak-anak mereka kerana anak-anak mereka lebih mendengar cakap cikgu.”
Seperti kerjaya lain, Ainul turut menghadapi cabaran sebagai seorang guru. Cabaran utamanya ialah dalam mengikuti perubahan dalam sistem Pendidikan yang sentiasa berubah mengikut arus.
“ Jadi sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa update dan berubah serta akur dengan sistem-sistem terkini. Saya juga perlu terbuka untuk mempelajari apa-apa yang saya tidak tahu.
“ Selain itu jadi guru juga kami mengalami cabaran melayan pertanyaan ibu bapa dalam group Whatsapp. Saya cuba untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan saling menerima antara ibu bapa anak murid dan pihak sekolah supaya dapat memudahkan apa jua urusan sekolah yang melibatkan ibu bapa.
“ Saya bertuah kerana dapat menjadi salah seorang guru yang rapat dengan ibu bapa anak didik kelas saya. Semasa saya jadi guru kelas tahun 1, selama itu juga saya menerima ibu bapa dan murid-murid baharU tahun 1.
“ Selama 5 tahun saya dapat menguruskan group Whatsapp dengan baik. Ibu bapa anak murid pula sangat memberikan kerjasama terhadap saya demi kejayaan dan kemudahan anak-anak belajar di kelas.”
Guru Paling Ceria
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) masih belum dimiliki sepanjang tempoh perkhidmatannya tetapi perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik sepanjang mengajar.
“ Saya masih belum memperoleh APC. Tetapi jika sambutan hari guru, saya selalu mendapat anugerah guru paling ceria dan anugerah guruku idolaku. Saya juga sentiasa menjadi guru kelas yang memenangi kelas terbersih dan terceria tercantik dalam aliran perdana di sekolah yang sedang bertugas sekarang sejak menjadi guru kelas tahun 1.
” Saya juga sentiasa mendapat sijil kehadiran penuh ke sekolah kerana jarang mengambil cuti sakit dan cuti khas sejak mengajar.
“ Harapan saya semoga dapat menjadi seorang guru yang sentiasa disenangi oleh anak didik dan rakan sekerja. Saya juga berharap dapat meningkatkan ilmu dalam bidang Pendidikan.”
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI