Wanita ini menjadi cantik selepas dikecewakan, pada mulanya memanglah dia salahkan teman lelaki tetapi akhirnya berterima kasih kerana dia berubah selepas ditinggalkan.
Wanita jika dia nekad, dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah melakukan pembedahan plastik bagi merubah seperti yang dilakukan wanita Vietnam. Apatah lagi tindakannya itu mendapat sokongan daripada ibunya.
Hanoi: Keinginan tampil cantik selepas dikecewakan teman lelaki mendorong seorang gadis di Vietnam melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.
Oddity Central melaporkan percubaan Nguyen Tuong Vy, 21, melakukan transformasi itu tidak sia-sia apabila hasilnya memuaskan dan jelas ketara perubahan pada wajahnya berbanding sebelum ini.
Malah, kisah dan gambar Tuong Vy selepas menjalani pembedahan juga tular di laman sosial hingga mendapat perhatian warganet.
Menurut Tuong Vy, dia sudah meminta izin terlebih dulu dengan ibunya sebelum melakukan pembedahan itu.
Baca Juga Di sini:
Wanita Cantik, Senang Kata PERFECT PACKAGE So Far Bagi Saya, HANYA ISTERI SAYA
Dekat Luar Sibuk Tengok Perempuan Cantik, Nak Isteri Bergaya Keluarlah Belanja
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
“Saya berterus-terang dengan ibu mengenai keinginan melakukan pembedahan pada wajah kerana tiada keyakinan diri disebabkan penampilan.
“Ibu tidak membantah, sebaliknya sanggup membayar kos keseluruhan selain membawa saya ke klinik dan sokongannya membuatkan saya rasa bersyukur,” katanya.
Difahamkan, Tuong Vy yang berasal dari daerah Dak Dak pernah menjalin hubungan dengan seorang pemuda yang tampan.
Pemuda itu pernah membawa Tuong Vy ke satu majlis dan memperkenalkan dengan rakannya.
Namun, hubungan mereka terputus tidak lama selepas itu apabila pemuda berkenaan menjauhkan diri dari Tuong Vy kerana dikutuk rakannya yang mengatakan mereka tidak sepadan.
Lebih menyedihkan apabila Tuong Vy bertemu bekas teman lelakinya itu dengan wanita cantik tidak lama kemudian.
“Sudah empat tahun saya tidak bertemu dengan bekas teman lelaki tetapi dia masih mengikuti saya di laman sosial.
“Saya pernah menyalahkannya sebelum ini atas apa yang berlaku tetapi kini sedar akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.
“Dia beri motivasi untuk saya berubah dan memperbaiki diri,” katanya
Sejak berusia 19 tahun iaitu sebaik tamat sekolah menengah, Tuong Vy melakukan transformasi menerusi pembedahan plastik untuk pembentukan semula hidung, pipi, dagu dan beberapa bahagian lain.
Ramai yang memuji kejelitaannya tetapi ada juga mengecam Tuong Vy.
MW: Kecantikan bukanlah soal utama dalam mengejar kebahagian, kerana makin lama kecantikan makin pudar. Sebaliknya hati paling penting, carilah pasangan yang menerima mak, ayah seadanya.
Sumber: myMetro