Sebagaimana seorang mak melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Begitu juga dengan suami, dia juga ingin berusaha dan lakukan yang terbaik untuk keluarga. Pengorbanan ayah jarang-jarang didendang, namun jasa ayah tetap besar.

Sebenarnya jadi ayah tidaklah susah namun tetap tak semudah yang disangka. Walaupun penat bekerja seharian, sampai sahaja di rumah terus hulurkan bantuan pada isteri yang juga penat uruskan rumah tangga. Walaupun penat tetap kena buat disebabkan ianya adalah tanggungjawab.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:

Jadi suami ini tak susah, namun tak juga senang…

Pagi-pagi buta sudah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan… 6.30 pagi keluar rumah dalam keadaan luar gelap gelita… Bawa motosikal 30 hingga 40 minit baru smpai tempat kerja… Dalam perjalanan itu, dia punya sejuk tak payah nak katalah, sampai ke tulang… Subuh kot… Beku muka dengan tangan…

Itu belum lagi bawa motosikal ketika hari hujan, pagi-pagi…

Ads

Sampai tempat kerja, sudah letih… Tak mula buat kerja lagi, tapi sudah letih… Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30 hingga 40 minit perjalanan…

Kereta ada, tapi bagi isteri guna… Tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik motosikal kerana jika bawa kereta ulang-alik ke tempat kerja, kosnya tinggi dan sesak lagi…

Tetap Buat Kerja Walaupun Penat

Maka buatlah kerja satu demi satu mengikut arahan… Kalau tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain… Kalau tak siap, tak boleh balik… Ada kerja yang simple, ada kerja yang rumit… Ada kerja yang menggunakan fizikal, ada kerja yang menggunakan mental…

Ads

Penat fizikal, penat mental…

Sampai saja di rumah, baru turun motosikal, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak sudah ajak keluar ronda, isteri sudah suruh keluar beli barang… Seharian sudah letih bekerja, seharian sudah kena buat macam-macam, tapi turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri… Layan anak-anak… Layan isteri…

Malam-malam hendak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya… Allah, rasa macam nak meletup pun ada… Nak tengok televisyen pun tak senang…

Ads

Pengorbanan Yang Tak Didendang

Tapi itulah, hendak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami itu selalunya jarang didendang atau diceritakan… Bagi suami-suami di luar sana, apa yang kita buat sekarang ini dinamakan tanggungjawab kepada keluarga…

Kewajipan dan tugas kita…

Tak larat macam mana pun, usahakan juga bagi larat, bagi kuat… Apa yang kita buat ini akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita sudah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa hidup kita di dunia…

Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah… Insyallah ganjaran yang setimpal menanti kita di sana kelak…

MW: Percayalah, setiap pengorbanan yang ayah-ayah lakukan pasti mendapat ganjaran pahala. Walaupun penat dan letih, menggembirakan isteri dan anak-anak adalah sunnah. 

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI