Izreen Azminda dan Ude timang anak kedua. Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude yang baru saja menimang cahaya mata kedua.
Hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, pelakon wanita ini turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Izreen memaklumkan dia selamat melahirkan bayi lelaki.
Difahamkan, bayi seberat 2.87 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak kini sihat serta stabil.
“Syukur alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini Izreen pernah berkongsi memilih bersalin secara pembedahan kerana tiada pilihan untuk anak ketiga.
“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.
“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” ujar Izreen seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.
Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!
Izreen juga memberitahu hanya akan mengumumkan nama bayi yang dilahirkan seminggu lagi.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Izreen Azminda
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita