Macam-macam dugaan dan kontroversi yang dihadapi oleh pelakon Izreen Azminda semenjak sah bergelar isteri kedua kepada seorang pemuzik. Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda, 33, ada meluahkan rasa kesal apabila ada pihak berniat jahat cuba menutup periuk nasinya dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.
Isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude itu berkata, dia terkilan apabila beberapa status mengelirukan dimuat naik menerusi akaun palsu menggunakan nama, @therealizreenazminda sejak 5 Mac lalu.
Izreen berkata, paling mengecewakan apabila periuk nasinya cuba diganggu menerusi status yang menyatakan dia bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu lagi dihimpit kontroversi sejak memilih untuk hidup bermadu.
Ads
“Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya
“Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu,” katanya.
Menurut Izreen, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu itu.
Ads
“Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.
“Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada,” katanya.
Izreen berkata, ketika ini, dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.
“Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya,” katanya.
Ads
Buat Izreen Azminda, bersabarlah banyak-banyak iya.Buat baik dibalas baik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Wanita sememangnya dilahirkan dengan penuh sifat lemah lembut dan belas kasihan berbanding kaum lelaki. Wanita akan mudah tersentuh malahan mudah kasihan bila melihat orang lain bersedih atau ditimpa kesusahan. Kadang-kadang kebaikan ini membuatkan orang sekeliling mengambil kesempatan.
Wanita ini adalah antaranya, dia menjadi mangsa keadaan apabila suaminya memilih kawan baiknya atau anggap seperti adik sendiri untuk dijadikan isteri. Biarpun pedih, kenyataan harus ditelan. Suaminya dikatakan telah memilih seorang pengusaha kek bulan yang bernama Yaya untuk dikahwini.
Berbuat baik, tak semestinya kita menghalalkan apa sahaja kehendak suami. Apatah lagi ketika ketika bertarung dengan nyawa, melahirkan anak dan berpantang, suami bertindak curang. Memang tidak boleh diterima.
Menurut Hanna Baa, dia baru sahaja memfailkan permohonan cerai dan meninggalkan rumah. Seterusnya kini tinggal bersama orang tuanya buat sementara waktu. Hanna nekad untuk bercerai dan tidak mahu bermadu.
Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korang berjaga-jaga dengan orang sekeliling.
Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya.
Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan. Saya cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya. Atas alasan simpati itu jugalah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya. Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yang mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam-diam di belakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama YAYA. Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, di belakang saya dia bercinta dengan suami saya…
Allahuakbar!
Saya salahkan kedua-duanya. Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan di belakang saya tetapi dalam masa yang sama perempuan yang saya anggap adik berpura-pura baik di depan saya.
Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini. Sungguh tergamak mereka.
Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yang bahagia dengan tiga cahaya mata, tetapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.
Jika mengenangkan kembali kebaikan yang saya lakukan untuk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa.
Saya tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.
Kepada kawan-kawan di luar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar.
Tapi saya harus bangun dan kuat demi tiga cinta hati saya. Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih…
Abang,
Terima kasih banyak-banyak atas rasa cinta yang kita bina selama hampir 11 tahun ni.
Susah senang yang kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur.
Abang berjaya sekarang dan abang memilih kebahagiaan bersama dia.
Sedangkan sayang tiada apa-apa yang nak dibanggakan. Saya percaya perjalanan yang Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dengan ujian yang besar, saya yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari. I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri….
Assalamualaikum.
MW: Memang terlalu berat ujian yang ditempuh Hanna Baa, bukan mudah seorang ibu muda membesarkan tiga orang anak yang masih kecil sendirian. Semoga dia terus kuat menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Doktor scan bayi cacat tanpa tempurung kepala, bahaya kencing manis ketika mengandung. Ketika kehamilan, ibu-ibu diminta menjaga pemakanan khususnya kepada yang sudah mempunyai penyakit kencing manis.
Ini kerana kencing manis yang tidak terkawal ketika mengandung boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini yang dikongsikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Muhammad Izzat yang berkongsi di twitternya risiko bayi lahir tanpa tempurung kepaakibat kencing manis tak terkawal.
Doktor Scan Bayi Cacat Tanpa Tempurung Kepala
Dr Muhammad Izzat berkongsi nasihat ibu-ibu jangan meremehkan kencing manis ketika mengandung. Anak berisiko cacat
Ada sesetengah ibu-ibu meremehkan pengambilan vitamin yang dibekalkan kerana risau anak besar dan sebagainya tetapi ia sebenarnya membantu ibu-ibu untuk kekal sihat.
Baca catatannya :-
Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby. Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby. Baru saya mengerti kenapa Dr tersebut merujuk ibu mengandung ini untuk second opinion.
Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu. Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti.
Seakan-akan anencephaly (baby tiada tempurung kepala ). Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat. “Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”
“Kalau ikutkan masa tak mengandung tak ada kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis” “Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?” “Oh yang tu saya tak pergi” Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.
“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu” “Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”
Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir “Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu” Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.
“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat.
Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal” “Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang.
Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya” Check HbA1c = 13% Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.
Penting. 1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa
2) kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa
3) ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan
4) ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum HBA1c < 6.5% (48 mmol/mol) sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
5) wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil. Ini ikhtiar kita. Sumber : Twitter Dr Muhammad Izzat OBGYN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya berat hati untuk seorang ayah melepaskan anak kesayangannya pergi jauh. Apatah lagi ke luar negara. Namun itulah yang perlu dikorbankan untuk memberikan pelajaran yang terbaik buat si anak.
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menerusi entri di akaun Instagram meluahkan rasa berat hatinya untuk melepaskan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Perkongsian yang dimuat naik itu juga menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang.
Lindungilah Dia ,Ya Allah
“TabarakALLAH YA ALLAH KAU lah sebaik Baik nya penjaga utk anak ku @danishanaqiaaron I leave him in YOUR HANDS OH ALLAH. Protect him and all students from harm seen or unseen. Berat hati ini melihat anak sulong ku ke luar negara utk 3 tahun di Japan.” luah Aaron
Danish Lanjutkan Pelajaran Kursus Pra-IB dan Diploma
Aaron dan isterinya Diyana Halik, begitu sayu ketika menghantar anak mereka Danish Anaqi, 16 berangkat ke Jepun untuk menyambung belajar.
Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
Beberapa hari sebelum itu, Aaron mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anaknya;
Untuk rekod Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
MW juga ucapkan semoga Danish sukses sebagai seorang pelajar di sana.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...