Berita

Izara Aishah Selar Pembuli Arwah Zulfarhan, “Banyak Duit Tapi Bod*h, Syirik Hilang Maruah…

Share

Izara Aishah selar pembuli arwah Zulfarhan, “banyak duit tapi bod*h, syirik hilang maruah. Kematian arwah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibuli dan ditekap 90 tekapan seterika sememangnya menggemparkan negara tujuh tahun lalu.

Bermula dari sebuah laptop yang hilang ketika menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bomoh mengatakan hasil tilikan nama arwah yang “naik” ketika itu yang menjadi titik tolak kepada buli hingga mengorbankan nyawanya.

Izara Aishah Selar Pembuli Arwah Zulfarhan

RAMAI yang tersentuh hati dan menitiskan air mata tatkala membaca kisah kematian sadis  Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan semalam ramai yang beryukur apabila enam tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selain dianggap hakim antara kes buli paling kejam pernah berlaku di negara ini.

Dalam perkembangan semalam,  Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman.

Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Selain itu enam tertuduh dikenakan hukuman gantung, apa yang menarik perhatian ialah keupayaan keluarga salah seorang tertuduh yang mengupah peguam terkenal, Datuk  Hisyam Teh Poh Teik yang sememangnya diketahui sering mewakili kes-kes besar dan pastinya jumlah dibayar agak tinggi.

“Banyak Duit Tapi Bod*h, Syirik Hilang Maruah…

Bermula dari satu pertanyaan di twitter itu, “siapa antara budak tu anak orang kaya gila siap boleh hire Hisyam Teh Poh Teik? ia menarik minat pelakon terkenal, Izara Aishah untuk memberikan komen berkaitan pertanyaan tersebut.

Dalam komen di aplikasi Xnya, Izara Aishah dilihat seakan menyelar perbuatan enam tertuduh yang dilihat tidak berperikemanusiaan. Jelasnya biar mengupah peguam terkenal tetapi jelas maruah mereka sudah hilang. Bukan saja, katanya tertuduh perlu meminta maaf kepada arwah di akhirat kelak.

Apa pun, ini pengajaran buat semua pembuli dan pastinya doa mak ayah arwah Zulfarhan yang mahukan keadilan buat anak mereka sudah Allah jawab.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kronologi Kes Menyayat Hati, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan, 6 Pelaku Ke Tali Gantung

Ini Yang Buat Ayah Mangsa Buli, Zulfarhan Sujud Syukur Di Mahkamah

“Arwah Lambang Kasih Sayang Pertama Saya.” Ibu Zulfarhan Alami Katarak Serius Akibat Kerap Menangis

Ustaz Ebit Sebak & Sayu Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Sempurnakan Cita-Cita Arwah Bawa Mak Ayah Ke Tanah Suci

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros