Izara Aishah selar pembuli arwah Zulfarhan, “banyak duit tapi bod*h, syirik hilang maruah. Kematian arwah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibuli dan ditekap 90 tekapan seterika sememangnya menggemparkan negara tujuh tahun lalu.
Bermula dari sebuah laptop yang hilang ketika menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bomoh mengatakan hasil tilikan nama arwah yang “naik” ketika itu yang menjadi titik tolak kepada buli hingga mengorbankan nyawanya.
Izara Aishah Selar Pembuli Arwah Zulfarhan
RAMAI yang tersentuh hati dan menitiskan air mata tatkala membaca kisah kematian sadis Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan semalam ramai yang beryukur apabila enam tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selain dianggap hakim antara kes buli paling kejam pernah berlaku di negara ini.
Dalam perkembangan semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Selain itu enam tertuduh dikenakan hukuman gantung, apa yang menarik perhatian ialah keupayaan keluarga salah seorang tertuduh yang mengupah peguam terkenal, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang sememangnya diketahui sering mewakili kes-kes besar dan pastinya jumlah dibayar agak tinggi.
Ads
“Banyak Duit Tapi Bod*h, Syirik Hilang Maruah…
Bermula dari satu pertanyaan di twitter itu, “siapa antara budak tu anak orang kaya gila siap boleh hire Hisyam Teh Poh Teik? ia menarik minat pelakon terkenal, Izara Aishah untuk memberikan komen berkaitan pertanyaan tersebut.
Siapa antara budak tu anak orang kaya gila siap boleh hire Hisyam Teh Poh Teik? https://t.co/FtBNz4rpdr
Dalam komen di aplikasi Xnya, Izara Aishah dilihat seakan menyelar perbuatan enam tertuduh yang dilihat tidak berperikemanusiaan. Jelasnya biar mengupah peguam terkenal tetapi jelas maruah mereka sudah hilang. Bukan saja, katanya tertuduh perlu meminta maaf kepada arwah di akhirat kelak.
Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit, tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf Kat zulfarhan. Let’s go! Three, four! 🙌🏽 https://t.co/IHj96t9hHv
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bawa anak sambil kerja dan inilah pilihan terbaik untuk menjaga dan menguruskan anak-anak. Jika diletakkan di rumah tentu tidak tahu keselamatan mereka, sementelah umur mereka masih kecil.
Mungkin ada yan tertanya-tanya kenapa perlu bawa anak sambil kerja, di manakah isteri yang sepatutnya menjaga anak-anak-anak ini?
Inilah kisah yang viral di media sosial tentang seorang ayah yang sanggup ‘mengangkut’ anak yang masih kecil ke tempat kerjanya sebagai tukang kasut.
Daripada kisah yang dikongsikan di Berita Harian, pemuda ini yang dikenali sebagai Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24 tahun.atau mesra dengan gelaran Mad berkata, dia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat cahaya mata.
“Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan,” katanya.
Menurutnya, dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya.
Jaga Anak Selepas Berpisah Dengan Isteri
Bagaimanapun dia berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia 3 dan 6 tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia 8 tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa.
Menurutnya, pekerjaan ini dia mampu memberi nafkah RM50 pada setiap hari dan membelikan anak susu serta lampin pakai buang mengikut keperluan.
“Pendapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan,” katanya.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak sangka ada pelanggannya yang prihatin dengan keadaannya itu menularkan kisahnya di Facebook (fb) dan TikTok tanpa pengetahuannya.
Mulut orang memang susah nak ditutup. Ada yang terlebih ‘prihatin’ dengan keadaan diri kita.Baru-baru ini pelakon Datin Almy Nadia ada memuat naik gambar-gambar percutian keluarga mereka sekeluarga di Jerman. Namun sebenarnya ia lebih kepada mengikut suami, Dato’ Fizz Fairuz yang ada penggambaran drama di negara Eropah tersebut.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan dua orang puteri yang comel dan Almy sendiri sedang sarat mengandungkan anak yang ketiga.
Namun apa yang menjadi isu apabila terdapat followers beliau yang terlebih ‘prihatin’ dan mempertikaikan keadaan Almy Nadia yang boleh naik flight walaupun sedang sarat mengandung.
Menjawab segala persoalan tersebut ini penjelasan oleh Almy Nadia sendiri di dalam Instagramnya;
“Sesi luah perasaan.. baca dan faham ok semua…. Terima kasih pada semua yang ambil berat pada saya,bertanya tentang kandungan saya, bertanya tentang due saya bila,bertanya bila saya nak meletop, bertanya girl atau boy.. ok meh saya jelaskan yerk.. Kenapa saya boleh naik flight kenapa saya boleh gi germany masa perut saya besar.. sebelum saya fly atau beli tiket flight saya bertanya pada doc saya ,minta pandangan,pendapat,jadi doc saya sendiri yang bagi kebenaran untuk pergi ikut en suami saya ke germany”.
Lakukan Pemeriksaan Dengan Doktor
“Jadi doc saya dah bekalkan surat untuk pastikan yang saya boleh fly.. jadi untuk makluman semua,jika anda mengandung atau pregnant tolong check dengan doc boleh atau tak naik kapal terbang? minta pendapat doc faham, bukan main naik ja, semua itu risiko”.
Ada Surat Doktor
“Doc saya siap pesan nak pergi ikut en suami saya boleh tapi balik before 10/11.Saya bagitau saya balik ok 8/11.. jadi syukur alhamdulillah semua selamat dengan nasihat doc,bukan saya main suka-suka naik kapal terbang faham, kastam pun tengok surat dari doc saya faham, diaorang takkan lepas tanpa surat doc faham..”
“Jadi moral of the story jika anda mengandung tolong jumpa doc dahulu faham,jangan dengar cakap orang faham, tanpa nasihat doc dan surat doc anda tak dibenarkan naik kapal terbang fahammmmmm. Harap penjelasan saya jelas yerk untuk semua.. tq tq”
MW: Jadi buat yang tertanya-tanya tu dan terlebih prihatin dengan keadaan kandungan Almy Nadia semoga dapat lebih faham dengan penjelasan ini. Pastinya, Almy Nadia sendiri tahu prosedur sebelum dibenarkan naik kapal terbang dan nak memastikan yang terbaik serta keselamatan anak didalam kandungannya.
Betapa rindu terpisah dengan adik beradik malah keluarga kandung itu cukup mendalam sekali. Itulah emosi rindu yang dilalui suami kepada Yayang Zairudin.
Isteri ini menghubungi Mingguan Wanita, mohon bantuan buat suaminya yang ketika ini sedang mencari KELUARGA KANDUNG nya. Suaminya itu terpisah dengan ibu dan ayahnya sejak masih bayi.
Usia Seminggu Terpisah Dengan Keluarga Kandung
Dalam perkongsiannya itu, maklum Yayang, “Suami saya lahir di KLINIK KESIHATAN MANTIN. Dia diambil oleh keluarga angkatnya ketika usianya 1 minggu. Ketika itu, keluarga angkat duduk di Johor Bahru.”
“Ibu angkatnya cuma beritahu nama ibu kandungnya sahaja. Ibu kandung suaminya bernama SALMAH.”
“Suami saya ada 11 orang adik beradik kandung. Kalau tak salah, dia yang bongsu. Mohon bantuan semua share ya. Dapat jumpa adik beradik kandungnya pun tak apa.” Tulisnya ringkas.
Ini Maklumat Lanjut Mengenai Keluarga Kandung, Angkat Suami
Dalam pada itu, Yayang juga berkongsi serba sedikit maklumat berkenaan suaminya.
INFO KELUARGA KANDUNG :
NAMA IBU : SALMAH
ADIK BERADIK : 11 ORANG suami saya anak bongsu.
INFO KELUARGA ANGKAT :
BAPA ANGKAT : HASHIM (UMUR 83)
PEKERJAAN BAPA : GURU (sekarang sudah pencen)
IBU ANGKAT : SA’ADIAH (UMUR 65)
TINGGAL : JOHOR BAHRU
INFO SUAMI :
NAMA : MOHD AZMI
UMUR : 35 tahun
TEMPAT LAHIR : KLINIK KESIHATAN MANTIN
TARIKH LAHIR : 7.10.1983
MW : Semoga suami Yayang dapat dipertemukan semula dengan keluarga kandungnya. Dan sekiranya pembaca ada info mengenai keluarga kandung wanita ini, bolehlah hubunginya di talian whatsapp : 6018 775 4300
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...