“Itulah emak, ayah dia sampailah mati, hubungan itu takkan terputus” Adam Shahz. Begitulah luahan dari pelakon Adam Shahz.
Luahan dari seorang bapa ini ada benarnya. Sememangnya tidak wajar memisahkan seorang bapa dan anak.
Seperti mana di laporkan Harian Metro, Adam Shahz menyatakan hubungan antara anak perempuan dan bapa tidak boleh diputuskan.
“Bila berlaku perceraian, walau macam mana pun kita kena ingat satu, itulah emak dan itulah ayah dia, sampailah kita mati, hubungan itu takkan terputus. Lebih-lebih lagi hubungan anak perempuan dan bapanya,” luah Adam.
Pelakon yang juga bekas suami kepada Fatin Afeefa meluahkan rasa demikian ketika mengulas mengenai kes prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggalnya Ivy Herra Sophia, 7 bersama bekas isteri, pelakon Fatin Afeefa yang gagal mencapai kata sepakat.
“Ini bukan harapan saya saja yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak ini tetapi pada semua golongan bapa yang lain.
“Tak kisah bila berlaku perceraian, jika pihak sebelah sana atau sini ada benda-benda yang negatif pun kita kena ingat satu saja hubungan antara anak dengan emak atau ayahnya di mana itu tidak akan putus sampai kita mati.
“Saya tak kata saya baik kerana ini soal anak. Bila dah besar dia perlukan proses pembesaran yang sihat dan tak nak ada benda yang negatif,” ungkapnya.
Adam juga turut menerangkan kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya, tiga bulan lalu.
“Saya memang rindu dengan anak saya. Orang bercinta pun rindu apatah lagi dengan anak,” katanya.
Baca Disini : Adam Shahz Syukur Fatin Nikah, Pesanannya “Jangan Diputuskan Silaturahim Bapa Dengan Anak”
Sumber Foto: Instagram Adam Shahz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.