Jangan main-main dengan suami orang atau mungkin biasa kita panggil laki orang. Keadaan yang boleh menyebabkan berlaku curang melibatkan suami orang dengan perempuan lain.
Laki orang inilah yang boleh dikatakan menjadi rebutan. Sebabnya, dalam fikiran seseorang itu, dia sudah mempunyai jawatan yang kukuh, pandai mengambil hati dan kewangan yang stabil.
Bukan anak gadis mahupun janda atau perempuan lain yang berjaya merampas kebahagiaan wanita lain. Tapi, mungkin ada silapnya dari laki orang itu sendiri. Kalau tak ada angin mana kan pokok bergoyang. Begitulah.
Waima, kalau berlaku juga kecurangan ini, apa yang dilihat dan dipersalahkan tentulah anak gadis atau janda yang memulakan dulu. Alasan yang diberi, antaranya saling suka menyukai, menarik dan bersefahaman dan sebagainya.
Boleh bayangkan apakah perasaan isterinya. Kalau sebelum ini, kehidupan suami isteri bahagia tetapi bila ada orang ketiga, terus keruh dan kerap berlaku pergaduhan, kononnya tiada lagi persefahaman.
Apa yang dikatakan oleh Rohana Saad ini dalam perkongsian sangat betul. Moga ia memberi kesedaran baik laki orang mahu pun orang ketiga.
Baca Artikel Menarik Di Sini: CURANG, Apa Tak Kena & KURANGNYA Lagi Pasangan, Jangan Nak Cari Alasan!
Kalau Sayang Keluarga, Jangan Sesekali MULAKAN, Elak Wujudnya ORANG KETIGA
Info Lebih Menarik DI SINI
Laki Orang, Jangan Usik & Sakiti Hati Orang
LAKI ORANG TU!
Kalau dah nama hak milik orang jangan lah sekali-kali diusik. Jangan sakitkan hati orang.
Tak baik buat macam tu. Jangan bina kebahagiaan atas kehancuran hati orang lain. Doa orang teraniaya, doa seorang isteri dan ibu dimakbulkan ALLAH.
Kehidupan atas kesengsaraan orang lain tak akan bertahan lama. ALLAH tu Maha Adil.
Ya, memang jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Sanggupkah kamu menjadi peruntuh rumah tangga? Sanggupkan kamu menjadi penyebab kepada perselisihan? Menjadi sebab hubungan kekeluargaan menjadi renggang? menjadi sebab masa ayah bersama anak-anak berkurang?
Laki orang memanglah menarik sebab :
1. Ada yang take care (isteri)
2. Makan cukup , sedap-sedap pulak tu (isteri masak).
3. Nafkah zahir batin cukup.
4. Baju ada yang gosokkan. (sebab tu nampak kemas)
5. Kerja rumah isteri yang buatkan. (laki tak stres)
6. Sudah faham emosi perempuan, tahu macam mana nak pujuk, nak ayat perempuan, tahu apa yang perempuan suka dan tak suka. (sebab hari-hari hadap bini).
Perempuan yang sanggup menjadi orang ketiga kerana menagih perhatian daripada seorang lelaki. Nampak sangat perlukan perhatian yang awak tidak dapat. Malangnya, awak meminta perhatian daripada orang yang salah. Itu suami orang.
Dalam Islam, lelaki boleh kahwin lebih dari satu, tapi awak kena tahu ramai juga lelaki setia pada yang satu. Biarlah si suami isteri itu hidup bahagia.
Dengan kehadiran orang ketiga mungkin sedikit menggugat si suami isteri itu untuk terus mencapai kebahagiaan yang mereka impikan. Berfikirlah sambil berpijak pada bumi jangan berfikir di awang-awangan.
Boleh dikatakan dalam masa seseorang mabuk cinta mereka berada di awang-awangan sebab itu jarang sekali dapat berfikir secara normal.
Sebelum ambil keputusan untuk berumahtangga, janganlah diganggu masjid yang dah dibina. Jangan ganggu suami orang. Kalau tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Merana hati tu nanti.
Kalau iman penuh di dada, Insya Allah awak boleh kontrol. Kalau iman suam-suam kuku, baik cegah dari awal. Jauhilah suami orang. Jangan jadi penyebab runtuhnya rumahtangga orang lain.
Lebih baik single dan tunggu the right person to come and make you his one and only. Trust me, the right person will come but don’t forget to open your eyes and use your brain to think.
Nampak baik tak bermakna baik. Siasat betul-betul background that guy, tak kira la apa cara sekalipun. Kalau boleh check kat Jabatan Pendaftaran Negara status lelaki tu. Tapi kalau memang ALLAH dah tetapkan jodohmu berkongsi, maka jalankan tanggungjawabmu keranaNYA. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang diperkatakan ini. Tak perlu nak runtuhkan rumahtangga orang lain. Tapi kalau sudah dijodohkan untuk ‘berkongsi’, lakulah secara adil dan penuh tanggungjawab.
Sumber: Rohana Saad
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI