'Itu Anak Aku, Sampai Hati Awak Buat Macam Tu’ Luah Ibu Si Kecil Yang Didera Penjaga Taska

Semalam tular kisah penjaga taska di Melaka yang memukul anak lelaki tanpa sebab sehingga tercampak dari kerusi. Malah dalam video yang lain, ada juga anak perempuan yang digoncang-goncang tubuhnya dengan kasar.

Video kes penderaan itu sampai juga ke tangan ibu kanak-kanak perempuan yang digoncang tubuhnya. Ibu itu, Nur Hasriha Mohamad masih belum mampu menerima penderaan yang dilakukan terhadap anaknya, Dina Hanania Binti Shahrulzaman.

Luahan di laman facebook miliknya sememangnya tidak menyangka penjaga tersebut sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

Berkenaan dengan kes dera anak saya itu. Terus terang saya katakan, saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.

Saya tak sangka, orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar).

 

Cikgu-cikgu Semua Nampak Baik Sangat Depan Saya

Tambahnya, setiap bulan dia akan membayar yuran bulanan yang mahal untuk menghantar anaknya ke taska tersebut.

Kami bukan dari keluarga orang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga.

Bukan dengan cara macam ini. Terus terang saya cakap, sepanjang menghantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.

Ads

Sikap guru-guru itulah membuatnya sentiasa berfikiran positif apabila anaknya tidak mahu ke sekolah itu. “Rupanya inilah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah. Dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina.

Tapi cerita tu sebelum-sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak. Dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana.”

Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap. Setiap kali bukak fb penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ini.

 

Mungkin Si Kecil Ini Rasa Syurga Bila Dah Tak Sekolah Situ

Cerita ibu ini lagi, genap 14 Ogos 2018 adalah hari jadi anaknya yang ke-3 tahun. Malah dia membuat perancangan mahu menyambutnya di sekolah berkenaan.

Ads

Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni. Memang tak buatlah.”

Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ini. Tadi sebelum dia tidur, saya ada cakap dengan dia. Dian nak sekolah baru tak? Seronok dia bila dengar Ummi dia nak carikan sekolah baru.

Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ. Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ini berulang lagi. Kasihanlah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”

Dan ketika menyaksikan rakaman video anaknya yang didera pada 11 Ogos lalu, Nur Hasriha terkejut dan menulis di status facebooknya, “What happen ni. Tu anak aku. Nape buat macam tu. Sampai hati awak.”

 

Ads

 

Terima Kasih Tuan Perakam Dan Pengurus Sekolah

Apa pun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan Pengurus Sekolah kerana bertindak cepat. Puan dah melakukan yang terbaik untuk anak-anak yang teraniaya ini. Terima kasih sangat-sangat.

Akhir sekali saya nak wish pada anak saya, Dina Hanania Binti Shahrulzaman ‘SELAMAT HARI JADI’ yang ke-3 tahun.”

Semoga kamu jadi anak yang solehah, berbakti pada ibu bapa, cemerlang dalam hidup dan semoga kamu di bawah lindungan tuhan ya nak.”

Sebelum mengakhiri kata, Nur Hasriha menitipkan kata-kata ini untuk penjaga anaknya, “Kepada si pelaku, saya tak kan maafkan awak sampai bila-bila. Dan saya harap nasih anak saya dan lain-lain akan terbela nanti. Tak lupa juga terima kasih sarjan dari IPK kerana bersungguh-sungguh untuk membela nasib anak-anak kami.”

Sumber/Foto : Nur Hasriha Mohamad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI