Hiburan

“It’s Ok Idris,You Can Muntah Here..” Luhurnya Hati Adam, Buat Misha Omar Sebak Berair Air Mata!

Share

Ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi bersuara emas yang terkenal dengan lagu-lagu pop dan balada, Misha atau nama sebenarnya Samihah @Aisah Omar, 37 mengambil anak angkat ketika dirinya masih belum berkahwin lagi pada usia masih muda iaitu 24 tahun.Muhammad Adam Emir, 13 dan Humaira Lateefa,7 merupakan anak angkat penyanyi ini yang telah dijaga semenjak mereka masih bayi lagi.

Setelah mendirikan rumahtangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly,37 pada 2014, pasangan ini dikurniakan dengan anak kandung Muhammad Idris Ezzwa,3.

Konsert Soul Sisters

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi berbakat besar ini di studio sempena promosi Konsert Soul Sisters pada 5 dan 6 April 2019 yang akan diadakan di Panggung Istana Budaya. Konsert penuh ‘jiwa’ yang melibatkan lontaran suara 3 nama besar dalam industri seni iaitu Misha Omar, Noryn Aziz serta Siti Sarah Raissuddin.

Konsert Soul Sisters melibatkan Misha Omar, Noryn Aziz & Siti Sarah Raissuddin.

Adam Anugerah Istimewa

Pelbagai perkara di dikongsikan oleh penyanyi lagu ‘Sampai Bila’ ini sendiri. Baik daripada aspek perjalanan kerjaya, perkembangan terkini termasuklah hal peribadi. Antara yang menyentuh hati adalah kasih sayang Misha pada anak-anak tersayang, tanpa membezakan anak angkat mahupun daripada darah kandung sendiri. Begitu juga, keluhuran hati anak angkatnya Adam yang dirasakan anugerah istimewa, cukup menyayangi dan menjaga adiknya, Idris meskipun bukan adik kandungnya sendiri.

“Saya bersyukur hubungan mereka berdua sangat baik.He loves Idris so much.Meskipun jarak hubungan mereka agak jauh, tapi itu yang mematangkan Adam dan memberi peluang padanya untuk memberi sepenuh perhatian pada adiknya”

“Antara momen yang tidak boleh dilupakan adalah, ada suatu ketika Idris sakit dan mempunyai masalah penghadaman serta sering muntah. Tapi Adam sanggup menadah muntah adiknya dengan tangannya sendiri tanpa rasa geli”

“It’s Ok Idris, you can muntah here” kata Adam ketika itu, jelas Misha yang terharu, sebak dan menitis air mata ketika menyaksikan momen tersebut.

Tambah Misha lagi, Adam adalah adalah anugerah buat dirinya.Malah menurut Misha, Adam sangat boleh diharap untuk membantu menjaga adiknya. Menukarkan pampers seawal 12 tahun, membersihkan berak, bagi makan dan sebagainya. Malah menurut Misha, sokongan-sokongan yang diterima daripada keluarga dan anaknya ini, mempermudahkan kerjaya Misha serta mampu membuatkan dirinya fokus dalam menyampaikan dan mengeluarkan single terbarunya ‘Sampai Bila’.

Tips Ambil Anak Angkat

Menyelusuri pengalaman perjalanan 13 tahun lalu, ketika kali pertama mengambil anak angkat, rupanya Misha telah berjumpa dengan 3 individu iaitu Kaunselor, Ustaz dan Doktor untuk bertanya ilmu dan pandangan mengenai perkara ini.

“Bagi sesiapa yang ingin mengambil anak angkat, perlulah mempunyai ilmu. Bertemulah dengan kaunselor, ustaz dan doktor untuk mendapatkan ilmu dan pandangan.Doktor menekankan untuk memberi susu badan, ustaz dan kaunselor pula menyarankan ibu angkat ini, supaya berterus terang dengan status anak angkat ini seawal usia 5 tahun.Diusia 5 tahun, mereka hanya mendengar cerita seperti ‘Cerita Sang Kancil dan Buaya’.Bila semakin besar, mereka boleh berfikir secara positif,” ujar Misha.

Misha sendiri memberitahu Adam dirinya anak angkat ketika usianya 6 tahun. Pada permulaan Misha menerangkan pada Adam, bahawa dirinya bertuah kerana memiliki dua orang ibu. Ibu yang mengandung dan melahirkan, serta ibu yang menjaga dan diamanahkan untuk menjaga Adam. Misha menjelaskan perlu menerangkan pada anak angkat dengan cara membuatkan diri dia dihargai. Sering memuji ibu kandungnya dan sebagainya. Ia merupakan ayat-ayat yang diberi panduan oleh kaunselor sendiri.

Jelas Misha lagi, Kesannya, penerimaan Adam sangat positif, berkongsi dengan kawan-kawannya status diri serta membuatkan Adam selalu bersyukur dengan apa yang dia ada.

MW: Memang terharu dengan perkongsian Misha Omar ini. Jelas tergambar kasih sayang pada anak sendiri dan anak angkat tiada bezanya. Buat mak-mak yang berhasrat untuk mengambil anak angkat boleh jadikan pengalaman Misha ini sebagai panduan.

Published by
Suhaidah Abd Wahab