Ternyata bukan satu angka yang kecil kes kematian angkara virus korona di Itali. Setiap hari ratusan kematian dicatatkan di Itali. Apa yang terjadi di Itali cukup menyedihkan kerana dalam masa yang singkat sahaja kematian meningkat secara mendadak.
Vatican City akan bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19. Semoga Itali kuat menghadapi pendemik ini.
Itali bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang bagi menghormati 11,591 korban pandemik Covid-19.
Negara dengan 60 juta penduduk itu mencatatkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat virus berkenaan di seluruh dunia.
Tempoh ini juga menjadikan Itali mencatatkan kematian lebih banyak daripada mana-mana bencana sejak Perang Dunia Kedua.
Virus berkenaan pertama kali dikesan di Milan penghujung Februari lalu sebelum ia merebak sehingga kini.
“Kita akan menghadapi (keadaan) ini bersama-sama,” katanya selepas satu acara bacaan doa oleh paderi bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Vatican City juga mengibarkan bendera kuning dan putihnya separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19.
Semalam, Itali mencatatkan 812 kematian manakala, Jumaat lalu angka yang dicatatkan disifatkan terlalu menyedihkan dengan 969 mangsa maut dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi dicatatkan sejak virus ini tersebar akhir tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini akan membuatkan mak, ayah lebih peka dan patuh dengan PKP. Sudah tentu kita semua tidak mahu apa yang berlaku di Itali berlaku pada negara kita.