Isu Kieda Crepe ada unsur paksaan belian, Ustaz Lariba beri penerangan paling jelas mudah  difahami. Beberapa hari ini tular tentang isu kieda crepe yang didakwa wujudnya paksaan dalam belian crepenya yang mendapat sambutan ramai.

Saat dikecam ramai orang termasuk ada merasakan dirinya membuat paksaan dalam sistem jual belinya, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan bahawa dia mahu membantu vendor-vendornya sama. “Ia bukan berkaitan poket atau perut saya saja tapi untuk bantu vendor-vendor mencari rezeki sama.

“Dari awal lagi, semasa pembeli datang ke kedai, sudah dimaklumkan tentang konsep belian vendor ini. Tapi bagi yang nak beli Kieda Crepe saja tanpa makanan vendor boleh ikut tour personal kami,” katanya dalam penerangan video selepas wujud banyak kecaman mengenainya.

Isu Kieda Crepe Ada Unsur Paksaan Belian

Dalam pada itu, isu ini turut mendapat perhatian bila mana Ustaz Azhar Idrus turut ditanyakan soalan dalam ceramahnya dan isu ini terus menarik perhatian bila mana katanya adalah salah jika ada konsep paksaan dalam jual beli.

Dalam pada itu, memandangkan isu ini masih tular, Ustaz Lariba tampil memberikan penerangan paling mudah untuk difahami. Adakah benar wujud unsur paksaan dan menjadi dosa atau apa sebaliknya.

Dikongsikan di fbnya, Ustaz Lariba memberikan penerangan paling mudah.

ISU KIEDA CREPE – ADAKAH ITU SUATU JUAL-BELI PAKSA?

Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa beliau telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.

Ini adalah kerana beliau menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pulak kerana agak ramai yang mendakwa beliau memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.

Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredhaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.

So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?

Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredhai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.

Ini berasaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 29:

Ads

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ

(Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”

Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?

Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredhaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan. Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;
  2. Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;
  • Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan

Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.

Contoh jual-beli paksa ialah:

  1. Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minya ialah RM90 maka kita mintak daripada pekerja stesen minyak baki RM10. Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan. Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.
  2. Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.

Ustaz Lariba Beri Penerangan Paling Jelas Mudah Difahami

Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:-

  1. Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe beliau sahaja.
  2. Beliau kini tidak menjual crepe secara berasingan dan kini menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk orang lain. Beliau memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.

Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?

Ads

Walau apa pun niat beliau menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:

  1. Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan samada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru beliau.
  2. Syarat-syarat baru beliau adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar. Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Beliau dah ubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.
  3. Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang dah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan. Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.
  4. Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab beliau telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak. Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.

Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.

Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).

Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.

Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan beliau agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.

Jom belajar muamalat!

Semoga bermanafaat.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Ads

Insha Allah…

Nota Lariba: Sebahagian isi post ini dipetik dari FB Dr MAZA dan mesti produk crepe sedap ini…

Rujukan penerangan Kieda Crepe https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6706039699481074&id=100002253308569&mibextid=Nif5oz

Rujukan pendapat UAI https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6744350835631964&id=100001713420637&mibextid=Nif5oz

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Usia 47 Tahun Ustazah Norhafizah Dapat Cucu Pertama, Namakan ‘Sara El Latheefa’

“Saya Namakan Sempena Nama Anak,” Penyanyi Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi!

Kurus Tanpa Jalan Singkat, Fasha Sandha Dedah Tak Makan Nasi 2 Minggu & Workout

“Maggi Saya Kutip & Suap Ke Mulut Anak”, Isteri Gaji RM10 Sehari Sedih Suami Kaki Dadah Sepak Makanan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Nasihat untuk kaum wanita tentang hari Safar iaitu 360 ribu bala akan diturunkan hari ini. Jaga akidah kita kerana bala itu bila kita lakukan dosa. Itulah bala namanya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI