Isu Kieda Crepe ada unsur paksaan belian, Ustaz Lariba beri penerangan paling jelas mudah difahami. Beberapa hari ini tular tentang isu kieda crepe yang didakwa wujudnya paksaan dalam belian crepenya yang mendapat sambutan ramai.
Saat dikecam ramai orang termasuk ada merasakan dirinya membuat paksaan dalam sistem jual belinya, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan bahawa dia mahu membantu vendor-vendornya sama. “Ia bukan berkaitan poket atau perut saya saja tapi untuk bantu vendor-vendor mencari rezeki sama.
“Dari awal lagi, semasa pembeli datang ke kedai, sudah dimaklumkan tentang konsep belian vendor ini. Tapi bagi yang nak beli Kieda Crepe saja tanpa makanan vendor boleh ikut tour personal kami,” katanya dalam penerangan video selepas wujud banyak kecaman mengenainya.
Isu Kieda Crepe Ada Unsur Paksaan Belian
Dalam pada itu, isu ini turut mendapat perhatian bila mana Ustaz Azhar Idrus turut ditanyakan soalan dalam ceramahnya dan isu ini terus menarik perhatian bila mana katanya adalah salah jika ada konsep paksaan dalam jual beli.
Dalam pada itu, memandangkan isu ini masih tular, Ustaz Lariba tampil memberikan penerangan paling mudah untuk difahami. Adakah benar wujud unsur paksaan dan menjadi dosa atau apa sebaliknya.
Dikongsikan di fbnya, Ustaz Lariba memberikan penerangan paling mudah.
ISU KIEDA CREPE – ADAKAH ITU SUATU JUAL-BELI PAKSA?
Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa beliau telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.
Ini adalah kerana beliau menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pulak kerana agak ramai yang mendakwa beliau memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.
Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredhaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.
So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredhai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Ads
Ini berasaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 29:
(Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?
Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredhaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan. Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;
Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;
Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan
Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:
Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minya ialah RM90 maka kita mintak daripada pekerja stesen minyak baki RM10. Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan. Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.
Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.
Ustaz Lariba Beri Penerangan Paling Jelas Mudah Difahami
Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:-
Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe beliau sahaja.
Beliau kini tidak menjual crepe secara berasingan dan kini menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk orang lain. Beliau memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.
Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?
Ads
Walau apa pun niat beliau menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:
Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan samada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru beliau.
Syarat-syarat baru beliau adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar. Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Beliau dah ubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.
Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang dah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan. Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.
Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab beliau telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak. Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.
Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.
Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).
Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.
Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan beliau agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
Jom belajar muamalat!
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Ads
Insha Allah…
Nota Lariba: Sebahagian isi post ini dipetik dari FB Dr MAZA dan mesti produk crepe sedap ini…
Nasihat untuk kaum wanita tentang hari Safar iaitu 360 ribu bala akan diturunkan hari ini. Jaga akidah kita kerana bala itu bila kita lakukan dosa. Itulah bala namanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita kena bijak menabung, Ayda Jebat nasihat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Benarlah apa yang dipesan oleh selebriti popular berbadan genit Ayda Jebat.
Ungkapnya sejak dari awal terlibat dalam bidang seni dirinya sentiasa beringat untuk menyimpan wang atau menabung untuk masa depan.
Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros
Pelakon dan penyanyi yang kini sudah bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Ana Nayla juga turut akui kini dia boleh membeli apa yang diinginkan hasil dari duit simpan ketika aktif berlakon.
Dek kerana itu juga dia juga menyeru golongan selebriti agar tidak terlalu boros ketika berbelanja. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ayda menerapkan dalam diri untuk menabung demi masa depan.
“Wang simpanan saya tidaklah terlalu banyak, tapi saya memang menyimpan sejak terbabit dalam dunia seni.
“Saya selalu terapkan dalam diri untuk membuat simpanan pada masa mendatang.
“Jadi setiap bayaran projek yang diterima saya akan menyimpan dan selalu beringat untuk tidak terlalu boros,” ungkap Ayda yang sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya.
Bayaran Hasil Lakonan Tidaklah Terlalu Tinggi
Akuinya lagi bayaran yang diterim sebagai seorang pelakon tidaklah banyak berbanding menjayakan penggambaran produk aatu kempen di media sosial namun dirinya sentiasa beringat.
“Sebenarnya bayaran yang diterima daripada hasil lakonan tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan projek penggambaran untuk produk atau kampen media sosial yang saya buat sekarang.
“Dulu masa berlakon saya perlu keluar duit banyak sebab hampir setiap hari keluar bekerja.
“Sekarang ni saya boleh melakukan kerja di rumah atau mengikut kesesuaian saya dan pelanggan,” akhirinya.
‘Terlalu pendek, kurang menarik.’ Tak disukai ibu mentua, wanita ini ditinggalkan bakal suaminya di majlis perkahwinan mereka yang sedang berlangsung.
Dek kerana mulut ibunya juga, lelaki tersebut akur dan meninggalkan kekasih hatinya. Tidak dapat bayangkan perasaan wanita ini apabila perkahwinan yang diimpikan terhenti di tengah jalan.
Hari bahagia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidup. Itu yang berlaku kepada seorang wanita Tunisia yang ditinggalkan bakal suami pada majlis perkahwinannya.
Ia selepas ibu kepada si lelaki mendakwa pengantin perempuan ‘hodoh dan pendek’.
Daily Star melaporkan ibu kepada si lelaki hanya melihat gambar bakal menantunya itu, menjelang hari bersejarah itu.
Kurang Menarik
Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya itu buat kali pertama di majlis berkenaan.
Ibu kepada lelaki itu dilaporkan kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya.
Dia kemudian mengarahkan anak lelakinya untuk menghentikan majlis itu serta-merta, kerana dia tidak boleh membenarkan anak lelakinya menikahi wanita dikenali sebagai Lamia Al-Labawi itu.
Lelaki terbabit bersama-sama dengan ibunya dilaporkan kemudian meninggalkan Lamia.
Sebelum ‘drama’ berkenaan, Lamia dilihat bergambar di sebelah pasangannya yang dilihat sedang mengelap mukanya dengan sapu tangan.
Susulan insiden berkenaan, Lamia kemudian memuat naik video di media sosial untuk menerangkan mengenai insiden berkenaan.
Wanita itu memberitahu orang ramai bahawa dia adalah anak yatim piatu dan menghabiskan banyak wang untuk mengadakan majlis berkenaan.
Wanita Ini DiTinggalkan
Bagaimanapun katanya, kebahagiaan itu ‘diragut’ daripadanya oleh bakal ibu mentuanya.
Bakal pengantin perempuan yang jiwanya hancur itu dikatakan dibiarkan menanggung malu dan sekarang dikatakan enggan tampil keluar bertemu orang ramai berikutan penolakan itu.
Bakal Suami
Sementara itu, beberapa portal melaporkan netizen menzahirkan sokongan netizen di media sosial selepas perkahwinannya dibatalkan kerana bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya.
Kisah itu tersebar di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada netizen.
“Dengan kasih sayang dan persaudaraan, saya memberitahu anda, angkat kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda,” kata pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri kepada Lamia.
Mingguan Wanita : Paras rupa bukanlah jaminan bahagia, sedih bila mana ada lagi stigma begini dalam kehidupan sekarang.
Sejak pagi tadi sampailah ke petang ini, bertebaran di newsfeed baik grup WhatsApp gambar mangsa kebakaran anak-anak tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung. Luluh, sayu hati malah tak sanggup pun nak buka dan lihat. Kalau hati kita pun rasa macam itu, apatah lagi ahli keluarga mangsa. Sebab itu, kena dengar saranan Dr Taufiq Razifini. Sebab apa dilarang sebarkan gambar orang yang meninggal walaupun dalam hati cuma bertujuan nak berkongsi kesedihan.
Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal?
Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.
Ada 2 kesan dasyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah camtu.
1. Kesan Pada Diri Kita Sendiri!
Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada efek buruk pada kita juga. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.
2. Kesan Pada Keluarga Arwah!
Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. ” Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! “
Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak camtu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?
Orang Yang Kena PTSD Ni Biasanya Akan
– Mengalami mimpi buruk yang berterusan.
– Mengalami tekanan perasan yang parah.
– Mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu.
– Tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu.
Kredit foto: Berita Harian
Inilah Sebab Utama Yang Akan Buat Menyesal Tak Sudah
Pastu kita pula share je gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah buka Internet je mereka akan menangis tersedu sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai-ramai tu.
Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang ye supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita tak nak tambah beban keluarga arwah dan kita taknak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...