Macam-macam trend dan peraturan pekerja kena ikut sehinggakan waktu kahwin dan hamil pun diberikan jadual dan kena ikut giliran. Keadaan ini terjadi di Jepun apabila pekerja mendakwa telah diberikan jadual bila mereka boleh berkahwin atau hamil serta perlu mendahulukan pekerja senior.
Trend membimbangkan ini didedahkan seorang suami pekerja nurseri di wilayah Aichi yang mendakwa isterinya dibuli majikannya dengan menyuruhnya hamil mengikut giliran.
“8 bulan usia perkahwinan kami, pada bulan Januari kami mendapati, isteri mengandung. Namun isteri bersedih dan bimbang dengan berita kehamilan tersebut.”
“Ini kerana Pengarah di Pusat Jagaan Kanak-Kanak, tempat isteri bekerja telah memberi arahan kepada para pekerja dibenarkan berkahwin dan mengandung. Tapi sebenarnya terdapat ‘peraturan senyap’ bahawa ia hendaklah mendahulukan pekerja senior dan mengikut giliran.
“Kami terpaksa bertemu dengan Pengarah di Pusat Jagaan Kanak-Kanak terbabit untuk meminta maaf kerana ‘terhamil’ tanpa menunggu giliran.
“Pada awalnya, dia terima permohonan maaf kami, namun keesokan harinya dia mula memarahi isteri saya dan menuduhnya pentingkan diri sendiri kerana melanggar peraturan hingga menyebabkannya rasa bersalah,” kata lelaki tersebut menerusi surat dihantar kepada akhbar Mainichi Shimbun pada bulan lalu.
Sejak pendedahan itu, puluhan wanita lain bertindak tampil dan berkongsi cerita sama. Seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa dia perlu menunggu sehingga berusia 35 tahun untuk mengandung walaupun sudah mengalami masalah kesuburan.
Ads
Ads
Sementara itu, wartawan yang pakar dalam kadar kelahiran rendah di Tokyo, Toko Shirakawa berkata, polisi itu biasanya dilaksanakan di mana majoriti kakitangan adalah wanita untuk memastikan rakan lain tidak berdepan bebanan kerja.
Ads
Negara Jepun memang diketahui memiliki rakyat yang sangat kuat bekerja, disiplin yang tinggi, sentiasa menepati waktu serta memiliki kadar kelahiran yang rendah.Bersyukurlah kita di Malaysia peluang mengandung dan berkahwin tak perlu ikut giliran dan jadual. Parah sungguh, jika semuanya kena ikut giliran dan jadual seperti negara Jepun ini.
Apabila bergelar mak ayah, kehidupan kita sudah tak sama seperti masa bujang dulu. Apatah lagi bila dianugerahkan rezeki dengan memperoleh anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Anak inilah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh setiap mak ayah. Malah, boleh dikatakan masa anak kecil, segala keperluan anak diutamakan dahulu. Segalanya untuk mereka.
Mungkin itu, semasa anak seorang. Tapi, anak semakin bertambah, itu pun dipanggil rezeki anak-anak. Tak perlu takut memikirkan duit tak cukup atau sebagainya sebab semua itu Allah sudah aturkan siap-siap.
Cuma apa yang membuatkan mak ayah mula ‘naik angin’ dengan anak bila mereka makin membesar dan peel pun sudah macam-macam hingga boleh hilangkan kesabaran buat mak ayah.
Sebenarnya kita sebagai mak ayah kena fikir, semua ini adalah rezeki. Dikurniakan anak-anak yang macam-macam perangai pun rezeki. Tak perlu mengeluh sebab anak kita tak sama seperti orang lain.
Bersyukurlah dan redha sebab mak ayah diuji dengan pelbagai bentuk termasuklah dengan perangai anak. Baik buruk anak-anak inilah yang menjadi tiket kita ke syurga nanti. Percayalah.
Perkongsian daripada Mohd Fhais ini sangat menyentuh kalbu buat mak ayah. Segalanya apa yang mak ayah miliki anak tak kira bijak, pandai, lasak, kurang bijak dan sebagainya, semua itu adalah rezeki.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Penyanyi tersohor, Ziana Zain tampil memukau 5000 penonton yang hadir menyaksikan konsert solo pertamanya ‘Ziana Zain Konsert 2024’ yang berlangsung di Megastar Arena, sabtu lalu, sekaligus membuang jauh persepsi kesangsian dirinya meragui kemampuan diri sendiri,
Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyaksikan perjalanan suka duka kehidupan seorang wanita bernama Siti Roziana Zain dan kehidupannya dalam kerjaya sepanjang bergelar anak seni.
Muncul di pentas Megastar Arena tepat jam 9 malam, kemunculan Ziana yang menerima sorakkan para peminat setianya sedikit terganggu dengan masalah ‘ear monitor’.
Tetapi ia tidak sedikitpun membuatkan pelantun lagu Anggapanmu ini terjejas malah berbekalkan pengalaman lebih dua dekad bergelar penghibur, Ziana kekal tenang meneruskan persembahan dan masalah tersebut berjaya diatasi di atas pentas.
Penyuntik Semangat
Kejayaan konsert solo ini juga merupakan penyuntik semangat buat dirinya untuk meneruskan kerjaya nyanyian dan kini dia percaya usia bukanlah satu penghalang.
“Kini saya tidak sangsi lagi. Belum cuba, belum tahu. Awalnya saya sendiri kurang yakin. Boleh ke pada umur 56 saya menyanyi 20 buah lagu.
“Selepas konsert malam ini, ia menjadi booster dan memberikan semangat untuk terus buat persembahan selepas ini. Kalau ada rezeki yang Allah berikan, saya akan teruskan,” katanya kepada media usai konsert yang telah menerima 5000 orang penonton.
Pada usia 56 tahun, Ziana Zain membuktikan kemampuan menghiburkan para peminat dengan 20 buah lagu popular secara penuh tanpa medley. Antara lagu yang didendangkan termasuklah Ada Suara Ada Cinta, Sangkar Cinta, Anggapan Mu, Kasih Ku Pertahankan, Bersam Akhirnya, Puncak Kasih, Madah Berhelah, Senja Nan Merah, Lara dan sebagainya.
Sepanjang persembahan, Ziana Zain turut menyelitkan kisah istimewa tentang bapanya, Zain Abdullah yang disifatkan sebagai penyokong utama dirinya dalam kerjaya seni. Malah Pak Zain turut mencuri perhatian ramai apabila membuat panggilan video dengan anaknya ketika membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Menurut Ziana, 56, panggilan video sebegitu bukan perkara aneh sepanjang bergelar artis kerana bapanya tidak pernah terlepas daripada mengambil berat tentang karier seni anak-anak sehingga ke hari ini.
“Boleh bayangkan pada usia sekarang, seorang ayah yang sudah berumur 83 tahun akan sentiasa ‘check‘ keadaan anaknya.
“Betapa prihatin dan risaunya ibu dan bapa pada saya,” katanya pada sidang akhbar selepas konsertnya di sini, semalam.
Ujar Ziana, bapanya sangat gembira dan teruja melihat dia membuat persembahan solo di pentas semalam.
Pada malam tersebut juga, Ziana menggayakan tiga pasang busana indah hasil rekaan pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Rizman Ruzaini, Rizalman dan Ezuan Ismail.
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...