Isu insuran INSAN, Prof dedah bahaya anak muda terjebak hutang kerana tawarkan servis WavPay. Sejak semalam, kecoh di media sosial berkaitan kebocoran data melibatkan pengundi di Selangor yang didaftarkan secara automatik dalam skim insuran INSAN dari kerajaan negeri Selangor.
Bagi yang kurang jelas mengenai apa dia insuran INSAN ini, ia merupakan) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.
Isu Insuran INSAN
Namun yang menjadi isu di sini ialah, berlaku kebocoran data di mana nama secara automatik berada dalam sistem ini walau tidak memohonnya. Dan lebih menambah kemusykilan ialah, seorang anak mendedahkan ibunya telah meninggal dunia tahun lalu tetapi nama wujud di dalam sistem ini.
Bagaiamana pun di sebalik isu kekecohan kebocoran data ini, seorang Profesor iaitu Prof Dr Rafidah Hanim Moktar yang merupakan seorang pensyarah dalam Fisiologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyuarakan kebimbangannya sebagai seorang ibu kerana ada sesuatu yang “tersembunyi” di sebalik skim ini iaitu ia disertakan dengan aplikasi WavPay yang menawarkan servis pemberi pinjaman wang yang boleh menjebakkan anak muda ke kancah berhutang.
Prof Dedah Bahaya Anak Muda Terjebak Hutang Kerana Tawarkan Servis WavPay
Isu ini disuarakan di fbnya.
Isu insuran INSAN oleh negeri Selangor ini benar-benar mengguris hati saya sebagai seorang ibu.
Kalau ada yang boleh explain, how it is actually a “good thing”?
Saya ada 4 orang anak pengundi muda di Selangor. Saya check semalam nama mereka ada didaftarkan. Ada tarikh mula dan tarikh expire. It’s already a policy. Bukan pra-pendaftaran.
Ads
Pertamanya isu “data breach”, this is clearly a violation of individual rights, dan saya memang terpaksa study PDPA, asking my children to study personal data act.
But equally disturbing is, INSAN ini datang bersama aplikasi WavPay yang ada servis “money-lender”.
Bagaimana kerajaan negeri boleh membenarkan syarikat sebegini mensasarkan secara langsung kepada pengundi muda mereka, budaya sebegini?
Sebagai seorang yang masih lagi rapat dengan anak-anak, saya boleh berpesan pada anak-anak jangan sesekali terjebak dengan khidmat loan sebegini. Kena pesan sungguh-sungguh kerana Apps dengan kemudahan klik sebegitu sudah banyak kali menjerumuskan orang muda ke arah bankrap.
Ads
Tetapi kalau ada anak-anak muda dari keluarga yang kurang faham hak data peribadi, kurang faham IT, tentang aplikasi atau konsep loan-shark…
Ada anak-anak muda (dari Undi18) ni yang baru nak bina hidup, sentiasa kesempitan dengan kerja yang hanya cukup-cukup makan, para pelajar kita, merasa “selamat” kerana apps/insuran yang diendorsed oleh kerajaan negeri menggunakan khidmat loan-shark tanpa mereka sedari atau faham implikasi.
Adakah saya yang over-paranoid, atau kita dah boleh endorsed loan-shark services atas nama insuran oleh kerajaan negeri?
Isu Syariah Compliance? Tukar dari konvensional kepada syariah compliant juga bukan semua anak-anak muda faham.
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, setiap perbelanjaan perlu diurus dengan lebih cermat. Selepas bersara, wang persaraan hendaklah digunakan secara berhemah. Mengurus duit persaraan dengan sebaiknya bukannya satu hal yang mudah. Andai boros, bimbang duit yang menggunung tinggi akan habis begitu saja.
Amalkan tip ini untuk membantu mengurus kewangan anda dengan bijak.
1. Beli barang dengan harga diskaun
Untuk membantu anda berjimat, beli barang yang menawarkan diskaun. Promosi ini harus sentiasa disedari melalui hebahan, surat khabar dan iklan yang diberikan ketika berkunjung ke pasar raya. Beli barangan itu secara pukal dan pastikan ia tidak mudah rosak. Dengan ini anda akan lebih berjimat.
2. Masak & simpan
Sudah pasti warga emas ini menghadapi cabaran memasak untuk dua orang makan. Namun semua itu boleh diatasi apabila anda memasak sekali sahaja dalam sehari. Makanan itu, boleh dimakan pada waktu makan tengah hari dan malam. Jika anda memasak hidangan lebih rumit seperti rendang, masak lebih sedikit. Simpan makanan itu di dalam peti ais. Makan apabila perlu. Ia lebih menjimatkan masa dan wang.
3. Guna keistimewaan sebagai warga emas
Guna keistimewaan potongan harga yang diberikan kepada warga emas dengan diskaun sebanyak 50 peratus berbanding harga normal. Contohnya menggunakan perkhidmatan kemudahan awam seperti pengangkutan, hospital dan sebagainya. Namun, anda perlu memohon kad keahlian warga emas untuk menikmati keistimewaan itu.
4. Elak tempah tiket pelancongan awal
Jika teringin melancong, elak tempah tiket penerbangan terlalu awal. Di usia sebegini kesihatan diri tidak menentu. Daripada anda terpaksa membayar lebih banyak wang untuk mengubah tarikh perjalanan, lebih baik anda mencari promosi pada tarikh yang hampir dengan waktu ingin melancong. Bagi menempah hotel, anda perlu bijak untuk membuat perbezaan harga yang terdapat pada laman web.
5. Tanam sendiri sayur-sayuran
Masa yang ada boleh diisi dengan menanam di laman rumah sayur-sayuran dan ulaman. Hobi sebegini dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan pastinya juga lebih sihat dan berkhasiat.
6. Buat aktiviti santai
Jangan hanya duduk di depan komputer atau menghadap telefon sepanjang hari, keadaan ini tidak bagus untuk kesihatan diri. Anda boleh membuat aktiviti santai bersama rakan-rakan tanpa sebarang kos. Seperti menyertai aktiviti amal yang dibuat oleh NGO atau mengikut program agama yang dibuat di masjid.
7. Simpan ke akaun pelaburan
Ramai individu berfikir apabila menghampiri usia 55 tahun, mereka berhasrat mengeluarkan kesemuanya wang pencen atau KWSP itu. Simpan sedikit wang itu untuk menikmati kadar faedah yang tinggi setiap tahun. Anda boleh meletakkannya di dalam akaun pelaburan Skim Amanah yang diiktiraf Bank Negara.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betapa gembira dan syukurnya bila pertama kali diberi tawaran tunaikan haji. Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menjejak kaki ke tanah suci dan menunaikan rukun Islam ke 5.
Tak mustahil juga ada yang sudah berkali-kali jejak kaki ke tanah suci. Baik tunaikan haji atau melakukan umrah. Tapi kemuncakya tentulah untuk menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur. Bayangkan bagi mereka terutamanya warga tunggu yang menungggu saban tahun untuk menunaikan haji, tapi tidak berpeluang.
Semua itu adalah rezeki. Tak kira kanak-kanak, orang muda atau tua, kalau sudah rezekinya pasti akan ke sana juga.
Perkongsian daripada Noraini Ismail yang baru saja menolak tawaran panggilan haji. Bukan melepaskan peluang keemasan tapi untuk memberi peluang kepada orang lain, memandangkan dia pernah tunaikan haji sebelum ini.
Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.
Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.
Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.
Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Saya dah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Saya pun baru je balik daripada menunaikan umrah.
Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.
Saya tolak kerana saya nak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.
Saya teringat pak saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti nak je saya bagi pak saudara tu tempat saya tu.
Tak Boleh Buat Pertukaran
Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.
Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.
Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.
Kalau dah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.
Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.
Mingguan Wanita : Bukan untuk menolak peluang keemasan tapi untuk beri peluang pada yang belum ke sana. Anggap juga ‘jentikan’ Allah untuk beri rezeki ini pada orang lain.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...