Apa status anak, peguam syarie ulas lafaz taklik talak 3 founder dicurangi suami. Jika sebelum ini kecoh dengan isu Alif Teega yang memilih berkahwin dua di saat isterinya, Aisyah Hijanah mengandung, hari ini kecoh dengan isu lafaz taklik talak 3 yang melanda pasangan usahawan Hajar Hanif dan Mikail Isaaq.
Sering terlihat bahagia di media sosial, semalam Hajar Hanif mengejutkan pengikutnya dengan pendedahan mengenai kemelut rumahtangga mereka di mana Hajar mendakwa Mikail telah berlaku curang dengan membawa balik perempuan lain ke rumah mereka.
Video yang dimuat naik di media sosial, Tik Toknya, Hajar Hanif sudah mencecah tontonan 4.1 juta di mana dirinya memuat naik rakaman ‘menerjah’ kegiatan suaminya yang dipercayai berhibur di kelab malam serta membawa wanita lain masuk ke rumah mereka. Pertelingkahan mulut antara pasangan founder ini juga disusuli dengan pendedahan Hajar yang pernah dikasari sewaktu hamil sebelum ini.
@hajarhaniffAssalamualaikum semua, innalillahiwainnailaihirajiun. Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3 .Tapi i baru sahaja tahu beberapa harini Macamana boleh jatuh talak 3? Si dia pernah lafaz disaat selepas kantoi kegiatannya setelah 1-3bulan bernikah pada tahun 2017, dia berlaku curang & berbukti kukuh, i nak meninggalkan si dia & dirayu untuk menerimanya kembali . Atas sebab cinta & sayang ,i menerimanya kembali. I Dijanjikan & dilafaz “kalau i curang, ada nafsu pada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepasni, kita jatuh talak 3” Dan i dengan naifnya berpegang kepada apa yang dilafaz itu & percaya sidia akan sentiasa setia & menyayangi i dengan tulus ikhlas seperti yang dilihat di social media sehinggalah diketahui beberapa hari lepas bahawa kegiatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun tahun lamanya Hal ini menyebabkan hidup saya trauma & kesihatan saya merosot . Pihak dia mengugut untuk mendapatkan hak penjagaan anak setelah kantoi kegiatan haram yang dilakukan secara bertahun tahun lamanya & masih play victim. I minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya & pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu i kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui Sesiapa yang pernah nampak si dia ke club malam , mabuk & bersama perempuan, tolong sangat share pada hajar di dm. Sebab hajar dah dapat beberapa bukti dari dm. Kalau ada bukti gambar lebih baik. Dia mengugut untuk mengambil anak & pastikan i takdapat hak penjagaan anak anak Ini terlalu kejam. Hati i hancur sehancurnya. Tolong i korang, if ada evidence, give it to me😢 And comment here Btw terima kasih sangat pada team @amnazhan kerana sedia membantu i yang teraniaya. I yang mencari am, bukan am yang cari i. I membawa team kerana risaukan keselamatan i jika ada kekerasan digunakan terhadap i. Rupanya mereka juga teraniaya dalam beberapa hal. I dah tengok bukti yang mereka ada😭 tapi cukup baik kerana belum bongkarkan
Dedah Hajar Hanif lagi, pada 2017, selepas kantoi curang, Mikail ada melafazkan taklik dengan menyebut, “kalau i curang, ada nafsu pada mana-mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepas ini, kita jatuh talak 3”.
”Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun-tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3. Tapi i baru sahaja tahu beberapa hari ini pada hal perbuatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun-tahun lamanya.
Dalam hal ini, ada netizen yang membuat pertanyaan, apakah status anak pada pasangan ini jika lafaz taklik talak 3 itu soreh? Apakah nasab Mikhail Darris yang berusia hampir setahun. Bolehkah dibinkan pada nama bapanya kerana lafaz taklik tersebut?
MW menemubual peguam syarie, Hasanah Johari dari Tetuan Hasanah Johari & Associates mengenai lafaz taklik yang dibuat serta status anak pasangan ini. Boleh ke dinasabkan ke bapanya?
Menurut Hasanah yang pernah viral dengan pendedahan wanita mempunyai empat suami sebelum ini memaklumkan, sebarang lafaz cerai taklik perlu buat pengesahan di mahkamah dalam kes pengesahan lafaz cerai takliq.
“Biasanya, Hakim kena siasat dulu fakta kes. Tarikh masa lafaz dilafaz, keadaan suami waktu lafaz, ayat lafaz itu sendiri, kejadian sebelum, semasa dan selepas terutama bila pelanggaran takliq itu dibuat, sama dengan apa dilafazkan itu.
“Perasan pada perempuan lain macam mana yang dimaksudkan sehingga boleh melanggar takliq? Siasatan ini akan dibuat secara terperinci. Termasuk hakim akan bertanya suami faham tak talak tiga itu maksudnya apa, kesannya dan lain lagi.
Tambah Hasanah lagi, ia bukan seperti dikongsikan di Tik Tok kerana mahkamah yang boleh memutuskan taklik itu terpakai atau tidak, soreh atau tak dan sebagainya.
Ditanya tentang status anak pasangan ini jika lafaz itu soreh, jelas Hasanah semua itu akan dilihat pada tarikh pelanggaran takliq dengan tarikh isteri mengandung.
“Untuk nasab anak pula, tengok juga pada tarikh pelanggaran takliq dan dengan tarikh isteri itu mengandung. Jika pelanggaran dibuat sebelum isteri mengandung dan jika disabitkan jatuh talaq pada tarikh pelanggaran berlaku, barulah ibu kena failkan pengesahan sabitan nasab bagi anak kedua tersebut.
“Jika pelanggaran dibuat selepas isteri mengandung, besar kemungkinan anak itu adalah nasab bapanya. Namun, jika tak sabit talaq itu, maka, tak perlu pun buat pengesahan nasab anak tersebut. Apa pun, kena selesaikan dulu isu pelanggaran takliq itu, baru selesaikan isu pensabitan nasab anak,” katanya.
Akhiri Hasanah, apa pun status nasab anak, ia boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu wati’ syubhah.
“Apa yang dimaksudkan dengan wati’ syubhah ini ialah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu. Pada asalnya anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan yang sah, seperti zina, tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya.
Namun para ulama menyatakan bahawa jika seorang anak itu lahir daripada persetubuhan yang syubhah, ia dikira sama seperti hukum nikah fasid, yakni dinasabkan kepada bapa biologinya.
Elok Bersembang, Tiba-tiba Wajah Isteri Bertukar Pucat, Air Mata Bercucuran
Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.