ibu-bapa-Ainul-Madhiah

Tiada angin tiada ribut, ibu bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani diuji dengan spekulasi ‘downgradekan doktor-doktor di Malaysia’.

Hakikatnya, maklum ibu bapa Ainul dakwaan itu sama sekali tidak relevan. Malah, mereka tidak pernah sekali pun terdetik mahu downgradekan doktor-doktor di Malaysia.

Dan ini penjelasan lanjut ibu bapa Ainul menerusi akaun instagram mereka.

Selidik Dulu Dan Tanyakan Cerita Sebenar – Ibu Bapa Ainul Mardhiah

’Isu Downgradekan Doktor Di Malaysia’ Ini Penjelasan Ibu Bapa Ainul Mardhiah

Solusi.

Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan. Adakah kau selidik dulu atau bertanya dulu pada kami cerita yang sebenarnya? Dua tahun ya kami berdiam diri, kami tak lawan atau tak fight untuk ayat-ayat yang orang macam dia lemparkan pada kami.

Tapi semalam memang cukup melampau sebab mereka up semula kisah Ainul yang tak betul/tak relevan. Mana buktinya kami insist? Kami buat sekian ini, sekian itu?

Ads

Sejujurnya, kami ibu bapa Ainul tak pernah langsung atau terdetik nak downgradekan doktor-doktor di Malaysia. Apa kami dapat kalau kami buat macam tu? Malah kami hargai dan terhutang budi pada doktor di Malaysia sebab dari awal Ainul lahir sampailah ke hari ini, Doktor di Malaysia yang jaga Ainul. Terima kasih semua doktor.

Bukan Isu Nak Jatuhkan Doktor Di Malaysia..

Selepas Ainul viral dulu dan terlalu ramai yang beri sumbangan, terus mereka buat spekulasi yang kami tengah banyak duit, sebab itu kami nak ke luar negara, nak berfoya-foya dengan duit tu. Allah demi Allah, waktu tu kami lagi takut sebab kami takut tak dapat nak kembalikan senyuman Ainul yang waktu tu Ainul tengah hujung-hujung nyawa, terkaku tak bergerak.

Sekali lagi bukan isu nak jatuhkan doktor di Malaysia, tapi kami dapat tawaran yang pantas untuk segera pulihkan/sembuhkan Ainul. Ibu bapa mana yang saje-saje nak goyang kaki biar je anak terkontang-kanting menangung sakit sendiri?

Waktu tu kami grab terus peluang yang ada dan satu je kami minta pada Tuhan setiap kali lepas solat, kalau betul ini jalannya, permudahkan untuk kami supaya Ainul cepat sembuh dan tak sakit lagi.

Ads

Saya minta tolong sangat supaya jangan beri atau jangan buatkan orang lain bersangka buruk pasal doktor di Malaysia mahupun di mana sahaja. matlamat Doktor semua sama, mereka nakkan kesembuhan pada pesakit cuma cepat atau lambat je tindakan mereka.

Sumbangan Digunakan Seratus Peratus Untuk Ainul

Please, saya taknak rakyat prihatin yang pernah beri sumbangan pada Ainul sewaktu ketika dulu tertanya-tanya dan mempertikaikannya. Saya nak jelaskan sumbangan untuk Ainul pda waktu dahulu 100% digunakan untuk kegunaan Ainul, malah kami simpan lagi untuk kegunaan pada hari mendatang Ainul. Biar pahala sentiasa mengalir buat penyumbang Ainul suatu ketika dahulu.

Kami ibu bapa Ainul sudah pun memaafkan dia dan mereka-mereka yang tak puas hati pada kami. Segala tohmahan dan sangkaan buruk pada kami, kami jadikan ia satu pengajaran untuk mendidik kami jadi ibu bapa yang lebih peka lagi.

Ads

’Isu Downgradekan Doktor Di Malaysia’ Ini Penjelasan Ibu Bapa Ainul Mardhiah

Terima kasih juga pada semua yang prihatin pada Ainul, selalu follow rapat kisah Ainul. Terima kasih semua!

Untuk rekod, Ainul Mardhiah ketika berusia sembulan bulan menghidap Germ Cell Tumour. Ainul kemudiannya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.

Mingguan Wanita : Doakan yang baik-baik buat keluarga Ainul. Semoga Ainul membesar dengan sihat.

Sumber/Foto : Nurul Erwani Zaidi

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI