Isu cikgu hempuk muka anak murid, mendisplinkan ikut kaedah betul bukan melangkaui batasan tugas. Tertarik apabila membaca coretan Peguam, Puan Nor Zabetha Mohamad Nor tentang sebuah video viral baru-baru ini tentang cikgu hempuk muka anak murid dengan buku.
Tidak ada ibu yang mahu melihat anak disakiti. Namun perbuatan guru yang bertindak menghempuk muka anak murid dengan sebuah buku membuatkan ibu tersebut berang.
Ternyata tindakan guru tersebut juga mendapat kecaman netizen.
Benarlah jika mahu mengajar janganlah smpai memukul di wajah anak, apatah lagi anak murid yang dihukum itu merupakan murid darjah tiga. Pukul untuk mendidik dalam Islam benarkan, namun berpada-pada.
Perkongsian dari Puan Nor Zabetha ini cukup menarik dan MW juga bersetuju dengan pendapatnya mendisplinkan itu boleh tetapi ikut kaedah yang betul dan bukan melangkaui batasan tugas kita. Malah Puan Zabetha juga berkongsi cara perbincangan terbaik dalam menyelesaikan masalah sebegini.
“Boleh tak kalau saya puk muka cikgu macam tu?”, tanya si ibu.
“Buatlah”, jawab si cikgu.
“Dari awal menonton video kedua, isu cikgu hempuk pukul anak murid.
“Hendak selesaikan masalah dan kita menjawab dakwaan, jangan guna ‘mode’ menyerang. Apabila kita dituduh salah dan kita akui kita salah, seperti dalam video ada sepatah dua, cikgu itu mengaku silapnya cuma kaedah yang digunakan dan susunan ayat sangat ‘defensive’ dan menyerang. Sebab itu, perbincangan jadi keras.
“Dalam video itu, cikgu ada minta maaf dan mengaku salah tetapi intonasi suara dan cara menjawab tidak mengambarkan dia mengaku kesalahannya. Cara begini tidak akan selesaikan masalah.
“Kata cikgu memberi justifikasi perbuatannya, dia beri reaksi begitu kerana cara si anak murid ini menjawab, “kalau dia kata, cikgu saya minta maaf..”.
“Dakwa cikgu ini, kalau misalnya anak murid itu terus minta maaf, mungkin caranya berbeza. Ironinya, cikgu ini sendiri tidak menunjukkan contoh seperti yang dia mahukan anak muridnya jadi.
“Kalau kita hendak anak murid kita memohon maaf bila melakukan silap. Kita juga perlu buat perkara yang sama.
“Saya tonton video pertama oleh si ibu juga, pada pengamatan saya ibu ini jenis tegas dan garang. Anak dia juga dia marahkan. Dia maklumkan waktu perbincangan di sekolah. Hendak rotan boleh, dia tidak kisah tetapi bukan muka.
“Isunya, adalah memukul dibahagian tubuh badan yang sensitif. Bukan tentang perbuatan mendisplinkan itu.
“Jadi saya tidak setuju bahawa dia meminta penjelasan dari cikgu kerana manjakan anak. Tidak. Itu haknya sebagai ibu dan individu, apabila dia percaya salah guna kuasa dengan kedudukan yang ada lalu menghempuk muka anaknya.
“Saya juga akan ikut kaedah yang sama iaitu aduan kepada pihak sekolah dan mendapatkan penjelasan sekolah.
“Cikgu ini mengaku ada bantai anak-anak murid lain. Katanya dia catatkan nama anak-anak murid yang lain. Memberikan alasan bahawa anak murid lain juga diberi layanan yang sama bukanlah justifikasi perbuatan membantai itu betul.
“Saya memang setuju bahawa sekolah adalah asas mendisplinkan pelajar tetapi dalam mengamalkan proses itu perlu ikut SOP dan perlu ada batasan.
“Menjadi guru bukan lesen untuk salah gunakan kedudukan dan pangkat. Ada etika. Saya percaya majoriti guru tahu hal ini. Selagi mana perbuatan mendisplinkan itu, pada akal yang munasabah adalah untuk tujuan displin, bukan salah guna kuasa, bukan emosi.
“Pada akal munasabah ibu ini, dia membenarkan anaknya dirotan tetapi kenapa sampai hingga ke muka? Saya juga tidak setuju, tidak munasabah tindakan guru itu.
“Malah guru itu juga mengaku bahawa dia silap tetapi itulah bila cara menjawabnya yang memberikan gambaran “tak ingin mengajar” si anak murid itu selepas menghempuk buku ke muka anak murid, reaksi si ibu juga telah hilang sabar. Ini memang bakal berlaku jika satu pihak lagi dicabar dengan cara jawapan yang tidak mengaku salah.
“Mendisplinkan itu boleh tetapi ikut kaedah yang betul dan bukan melangkaui batasan tugas kita,” kongsi Puan Nor Zabetha.
Baca Disini : Pelukan Bersama Guru Ketika Sambutan Raya Sekolah, Kenangan Terakhir Sebelum Maut Digilis Lori!
Selepas 17 Tahun, Jenazah Guru Mengaji Masih Keadaan Elok Tak Hancur!
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi pendapat mereka tersendiri.
Mingguan Wanita : Bukan semua guru suka naik tangan, paling penting guru-guru kawallah emosi dan amarah.
Sumber : Facebook Nor Zabetha
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Berisi selepas kahwin?