Pada hari ini laman sesawang media sosial mejadi medan utama masyarakat meluahkan perasaan dan perkongsian. Bukan itu saja malah ada individu yang memaparkan keretakan rumah tangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak anak dipamerkan.

Ikuti pandangan Perunding Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris, tentang isu media sosial tempat buka ‘aib’ dan adakah mereka yang berkelakuan sebegini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda gangguan jiwa atau tekanan.

 

Jangan Sampai Tersasar Dari Ajaran Agama

IKLAN

“Untuk orang yang buka aib sudah tentu tidak wajar dan memang perlu dinasihatkan supaya mereka tidak tersasar daripada agama dan sebagainya. Memang mereka ini orang yang sebenarnya inginkan perhatian daripada warga media sosial. Mungkin mereka ada sejarah tersendiri contohnya tidak dipedulikan semasa kecil. Atau mereka ada masalah dalam keluarga,  mungkin diabaikan oleh ibu bapa, bersendiri dan mereka tidak tahu nak buat apa.

“Jadi yang menjadi tempat untuk mereka melempiaskan segala apa yang ingin ditunjukan sudah tentu media sosial. Cuma media sosial tidak ada baik dan buruk, baik dan buruk kita yang tentukan. Mula-mula memang kita anggap benda ni senda gurau, anggap biasa-biasa saja, nak buka aib atau nak lebih-lebih. Kadang tu, ada yang mencabar jadi kita ambil untuk sahut cabaran. Walhal benda ni di luar daripada kebaikan diri kita.

IKLAN
Isu Buka Aib Sendiri “Janganlah Hidup Kita Jadi Sumber Depresi Kepada Orang Lain” Saleha Idris
gambar hiasan

Terlampau Inginkan Perhatian

“Kenapa perkara sebegini berlaku, pertamanya kerana kita terlampau inginkan perhatian. Kerana mungkin orang tidak mendengar suara kita, bila kita luahkan perasaan mungkin ada yang menilaikan diri kita. Bila kita tunjuk depan masyarakat baru puas. Tapi perbuatan yang instant, keputusan yang segera, yang tidak bemaruah, tidak berpaksi pada agama, bangsa dan masyarakat tentulah keputusannya sudah tentu ‘cepat’.

IKLAN

“Kalau marah kita up benda ni. Sepatutnya apabila kita dalam emosi yang tidak stabil, untuk orang yang ada fikiran yang rasional dan logik pertimbangkan antara baik dan buruk. Jangan bila marah saja ‘up status’. Kita perlu menjaga diri sendiri. Media sosial sekarang ini kita boleh cari pakar jika ingin timba ilmu. Dimana carilah imu yang membawa kita kebaikan dalam menggunakan media sosial.

“Cadangan saya untuk mengatasi masalah ini, sudah tentu kita perlu berhati-hati dalam apa juga yang kita tulis. Kadang tu, orang yang suka buka aib pun, orang boleh tahu status kita yang kita tulis di media sosial, samada nak bantai orang atau luah perasaan atau sebarkan kebaikan.  Kalau nak sebarkan kebaikan itu lebih baik.

“Nasihat saya, jangalah hidup kita menjadi sumber depresi kepada orang lain, cuba-cubalah jadi sumber inspirasi yang lebih baik untuk diri kita, agama bangsa dan negara.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI